Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA
- Amanah Pendidikan Punjabi terima geran
- Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup
Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA Posted: Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA![]() MAHDZIR (tengah) bersama para peserta kursus pada majlis pelancaran kursus bina pasukan dan majlis pelancaran Kor Tani Mada di Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini. ILMU. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada pesawah, peniaga dan anak-anak para petani telah menyertai program bina pasukan dan pelancaran Kor Tani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Pusat Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini. Program tiga hari itu bertujuan meningkatkan kerjasama dan memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep serta tujuan Kor Tani Mada. Kumpulan itu merupakan perintis kepada projek berkaitan dengan pertanian serta keusahawanan dan ilmu yang mereka peroleh sepanjang program boleh disalurkan kepada usahawan Mada yang lain. Penutup program itu disempurnakan Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Amanah Pendidikan Punjabi terima geran Posted: Amanah Pendidikan Punjabi terima geran![]() MUHYIDDIN disambut oleh masyarakat Sikh sebaik tiba pada majlis perasmian bangunan baru Guru Nanak Institution di Ipoh baru-baru ini. DANA. Amanah Pendidikan Punjabi Malaysia menerima geran tahunan berjumlah RM500,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Institut Guru Nanak, Ipoh baru-baru ini. Muhyiddin berkata, geran itu bertujuan membantu Persatuan Khalsa Diwan Malaysia mengembangkan bahasa Punjabi di kalangan generasi muda komuniti tersebut di negara ini. "Tuntutan kaum Sikh agar bahasa Punjabi dibantu untuk berkembang di kalangan mereka adalah munasabah kerana generasi muda perlu fasih bahasa ibunda masing-masing agar tidak lupa sejarah dan budaya sendiri," katanya. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden Khalsa Diwan Malaysia, Santokh Singh Randhana. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup Posted: Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup![]() PARA pemenang peraduan Rev'd Up bergambar bersama Santokh (dua dari kanan) dan Hemalatha (empat dari kanan) di Petaling Jaya, baru-baru ini. MERIAH. Peraduan Rev-Cup Battle of the States anjuran Permanis Sdn. Bhd. (Permanis) yang juga pengedar minuman Revive Isotonic menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 kepada pemenang peraduan mencipta aktiviti sendiri berasaskan tema mingguan Rev'd Up di Euphoria di Subang Jaya baru-baru ini. Peraduan yang memerlukan peserta memuat naik aksi masing-masing dalam bentuk gambar atau rakaman video ke Facebook itu telah dimenangi peserta yang mewakili negeri Selangor. Naib Presiden Bahagian Pemasaran Permanis., R. Hemalatha berkata, selain itu, majlis yang sama juga telah mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Selangor, Datuk Santokh Singh, Datuk M. Chandran, Wong Choon Wah dan Azlan Johar menerima trofi Rev Cup. Pada majlis tersebut, beberapa pemenang lain telah menerima hadiah mengikut kategori masing-masing membawa pulang wang antara RM3,000 sehingga RM5,000. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan