Isnin, 5 Mei 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City terus tekan Liverpool

Posted:

City terus tekan Liverpool

City terus tekan Liverpool


AGUERO (kiri) membuka jaringan City pada aksi menentang Everton awal pagi semalam yang berkesudahan City menang 3-2 untuk menerajui kedudukan liga.


MANCHESTER City terus melontarkan tekanan ke atas Liverpool dalam misi memburu gelaran juara Liga Perdana England.

Selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Everton di Goodison Park awal pagi semalam, City kini mendahului carta liga dengan kelebihan jaringan.

Kedua-dua pasukan itu kini memiliki 80 mata, namun Liverpool berpeluang memintas kedudukan tersebut sekiranya meraih kemenangan ke atas Crystal Palace awal pagi esok.

Pengurus City, Manuel Pellegrini percaya, perebutan trofi Liga Perdana England masih terbuka.

Justeru, Pellegrini menasihatkan anak-anak buahnya supaya kekal waspada meskipun berpotensi untuk merampas semula trofi yang mereka menangi dua musim lalu.

"Ia satu perlawanan yang cukup mendebarkan namun harus diingat bahawa segala-galanya belum berakhir.

"Ini kerana, kami baru memenangi satu daripada tiga baki aksi liga.

"Jika mahu mendakap trofi liga musim ini, kami harus memenangi kesemuanya," kata Pellegrini.

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan

Posted:

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan


TENGKU Abdullah (tengah depan) menyampaikan sijil kepada para peserta yang menghadiri seminar kejurulatihan hoki di Kuantan semalam.


TAHAP kecergasan skuad hoki kebangsaan perlu diperbaiki sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Belanda hujung bulan ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, itu adalah arahan baginda kepada jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

"Saya tidak mahu menyentuh soal pemilihan pemain kerana itu tanggungjawab jurulatih, dia sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya berikan fleksibiliti itu kepada jurulatih, sama ada dia mahukan pemain junior atau senior namun apa yang lebih penting saya mahu tahap kecergasan mereka diperbaiki," titah baginda selepas menyempurnakan seminar kejurulatihan dan pengadilan hoki di Kuantan semalam.

Pasukan hoki kebangsaan tewas di tangan Kanada pada pusingan separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 yang berlangsung di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Faktor keletihan dilihat antara punca skuad negara sering melepaskan peluang menjaringkan gol dalam aksi separuh masa kedua perlawanan tersebut.

Situasi tersebut turut dapat dilihat dalam perlawanan menentang New Zealand yang mana skuad negara mendahului 4-1 selepas tamat separuh masa pertama sebelum diikat 4-4 pada separuh masa kedua meskipun akhirnya berjaya memenanginya menerusi penentuan pukulan penalti.

Titah Tengku Abdullah, semua pihak tidak perlu gusar dengan kegagalan skuad negara untuk mara ke final seperti yang disasarkan sebelum ini memandangkan skuad tersebut masih baharu dan belum benar-benar mantap.

"Mereka berusaha keras, kita nampak mereka 'terbang; sana, terbang sini (dalam perlawanan), itu bermakna semangat mereka kental, saya berharap ini kekal dan saya berbangga.

"Kita tak kalah teruk, hanya kalah satu gol dalam penentuan pukulan penalti," katanya.

Mengulas mengenai persediaan skuad negara menghadapi Piala Dunia, Tengku Abdullah menjelaskan ia sudah hampir selesai.

"Saya nak kata 100 peratus tidak, tapi dalam 80 peratus dah tercapai.

"Kita kena bagi sedikit sebanyak pujian kerana jurulatih berani buat pembaharuan dengan memasukkan pemain-pemain muda," katanya.

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

Posted:

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah membincangkan soal pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili negara.

Demikian titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) semalam.

Katanya, proses naturalisasi adalah dasar kepada individu dan bukan bergantung kepada kehendak FAM.

"Saya tidak kata ia tidak akan berlaku, tetapi kalau dia dapat passport (Malaysia) atas sebab-sebab tersendiri, mungkin dia kahwin dengan orang Malaysia atau dia ada anak orang Malaysia.

"Tetapi kalau nak ambil orang luar nak bagi passport Malaysia, saya pun tak setuju.

"Kalau dia bagus sangat mungkin kita boleh pertimbangkan. Seseorang itu hendaklah memiliki kemampuan luar biasa," titah baginda pada akhbar selepas menyempurnakan seminar kejurulatihan dan pengadilan hoki di Kuantan petang semalam.

Baginda menjelaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat seorang pemain kelahiran Brazil, Paulo Rangel untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Pemain berusia 29 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak 10 gol dalam 13 penampilan bersama skuad Gergasi Merah dalam saingan Liga Super musim ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak menyokong sebarang usaha untuk menggunakan khidmat pemain luar bagi memperkuatkan skuad kebangsaan.

Tengku Abdullah bertitah, baginda tidak bercakap mengenai mana-mana individu sebaliknya bercakap mengenai dasar dan polisi.

"Kami tidak pernah berbincang pasal itu (naturalisasi) dalam FAM, tetapi kita tak tahu masa depan, walau siapa pun presiden baharu (FAM)," titahnya yang juga merupakan calon untuk jawatan Presiden FAM pada Kongres ke-50 FAM pada 25 Mei nanti.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut mengingatkan ahli gabungan untuk memilih presiden yang terbaik, tanpa rasa takut atau berpihak pada sesiapa.

"Semua (calon) ada kelebihan tersendiri, itu (pemilihan) kuasa yang ada pada ahli gabungan.

"Saya tak pergi kempen, saya tak buat kempen, saya tak paksa. Pilihlah yang terbaik berdasarkan merit-merit tertentu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved