Isnin, 5 Mei 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite

Posted:

Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite

Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite


SELAIN pelantikan Natasha Hudson dan Amyra Rosli sebagai duta baharu Aurawhite, Izzue Islam (tengah) masih kekal sebagai duta untuk produk lelaki Aurawhite.


CANTIK, berbakat dan selaku pengguna produk Aurawhite menyebabkan dua pelakon, Natasha Hudson dan Amyra Rosli dipilih sebagai duta baharu untuk produk kecantikan terkenal Aurawhite.

Pemilihan mereka diumumkan oleh pengasasnya, Nurfuryna Mohd. Azmeer pada satu majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun terkejut dan gembira dengan tawaran yang diberikan, mereka berdua mengambil masa untuk menerima tawaran tersebut memandangkan Aurawhite merupakan satu jenama kecantikan yang popular di Malaysia.

Bukan soal wang ringgit tetapi menurut mereka, ia lebih kepada tanggungjawab besar yang harus dipikul selaku duta produk Aurawhite.

Natasha yakin dengan produk

Bertemu dengan Natasha Hudson usai majlis pelancaran selesai, secara jujur pelakon, model, ahli perniagaan serta blogger itu pada mulanya bukanlah pengguna produk Aurawhite.

Bagaimanapun pertemuan dengan pengasas produk itu kira-kira dua bulan yang lalu telah memberi peluang kepada Natasha untuk mencuba sendiri produk keluaran syarikat Aurawhite Global Sdn. Bhd.

"Sebelum ini banyak syarikat yang menawarkan untuk jadi duta produk tetapi saya seorang yang amat cerewet soal kesihatan diri.

"Selepas mencuba Aurawhite Stem Cell Collagen, selain untuk kecantikan dalaman dan kesihatan, ia juga menambahkan susu badan kerana saya masih memberi susu badan kepada anak kedua, Naeema Kalila yang berusia setahun," katanya yang mengikat kontrak selama setahun dengan Aurawhite.

Sehari selepas memuat naik ulasan tentang produk tersebut di Instagram, isteri kepada Carleed Khaza itu menerima tawaran untuk menjadi duta produk berkenaan.

"Memang saya terkejut kerana pada mulanya mereka tawarkan untuk menjadi model, tetapi tidak sangka pula turut ditawar jadi duta produk.

"Saya tidak akan menjadi duta sesuatu produk terutama produk kesihatan jika saya tidak menggunakannya kerana kepercayaan yang diberikan oleh pengguna itu merupakan satu tanggungjawab yang besar," ujarnya yang turut bergelar duta kepada Pusat Kecantikan Mary Chia dan produk Kubiq Kitchen.

Fokus kepada keluarga

Bercerita tentang kerjaya seninya yang kelihatan semakin suram, tegas Natasha, 32, selepas bernikah dengan Carleed Khaza dan melahirkan anaknya, Naeema, landasan yang ditujunya semakin berbeza dan jauh daripada lapangan seni.

Bukan mahu meletakkan titik noktah kepada kerjaya lakonan, namun tugas sebagai ibu membataskan kerjaya lakonan sebaliknya dia kini lebih fokus kepada bidang perniagaan busana muslimah yang semakin berkembang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Mamak Cupcake ketika sedang hamil Naeema empat bulan. Sejak itu saya langsung tidak berlakon lagi.

"Hala tuju saya sudah berubah sekarang iaitu dengan memberi fokus kepada keluarga dan perniagaan. Saya tidak ambil pembantu rumah kerana semuanya saya uruskan sendiri, jadi masa agak terhad.

"Tambahan pula, saya memberi susu badan kepada Naeema dan agak sukar untuk saya berlakon. Saya selesa bekerja dari rumah sahaja. Jika keluar ke mana-mana majlis, pasti saya akan membawa anak-anak sekali," tegasnya.

Selain itu, Nastaha juga sedang sibuk menyambung kuliah di peringkat diploma dalam jurusan Pengajian Islam di Yayasan Ta'lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat.

Bakal menamatkan pengajian pada Mei ini, Natasha memberitahu, dia ingin menyambung pelajaran sehingga peringkat ijazah.

"Tidak lama lagi Institut Arees bakal dibuka di Malaysia dan kami merupakan antara pelajar pertama. Memang cita-cita saya untuk menyambung pelajaran dan mendalami ilmu agama. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Walaupun sibuk dengan keluarga, itu bukan alasan untuk saya tidak menimba ilmu," balasnya.

Amyra pengguna Aurawhite

Rata-rata ramai yang terkejut apabila pelakon baharu Amyra Rosli dipilih sebagai duta Aurawhite selepas pelakon kontroversi Hanez Suraya menarik diri.

Diakui, Amyra memiliki kecantikan tersendiri, namun profilnya masih terlalu hijau dalam industri seni serta ditambah pula dengan kontroversi berkenaan disiplin ketika berlakon dengan aktres Fasha Sanda.

Bagaimanapun, rezeki menyebelahinya apabila dipilih menjadi duta Aurawhite mewakili produk penjagaan wajah White Diamond Exclusive.

"Rasa gembira kerana saya merupakan pelanggan tegar Aurawhite. Saya mempunyai masalah jerawat dan sejak memakai produk ini, wajah saya lebih segar serta sihat.

"Ini kali pertama saya menjadi duta produk. Bagi saya, ia satu tanggungjawab yang amat besar kerana orang meletakkan kepercayaan kepada saya," ujarnya.

Disoal tentang pemilihannya, akui Amyra dia sedar dirinya masih terlalu baharu dalam dunia seni dan berharap peluang diberi kepadanya untuk menunjukkan bakat serta kualiti yang ada pada dirinya.

"Saya sedar pasti ada yang bercakap sesuaikah saya jadi duta produk tetapi ingin saya tegaskan saya memang pakai produk ini dan percaya ia sebuah produk yang bagus.

"Rezeki diberikan oleh Allah. Meskipun nama saya pernah dikaitkan dengan kontroversi, namun masih ada yang percaya pada diri ini. Saya harap dengan pemilihan saya sebagai duta dapat membantu meningkatkan lagi kepercayaan pengguna dan jualan produk Aurawhite," ujarnya.

Kahwin muda

Menjawab isu disiplin yang mengaitkan namanya dan aktres terkenal Fasha Sandha baru-baru ini, Amyra memberitahu, semuanya terjadi atas sebab salah faham.

Mengakui tidak timbul sebarang masalah antara dia dan Fasha, bahkan pelakon itu menyatakan tidak kekok andai mereka digandingkan sekali lagi dalam projek yang akan datang.

"Semuanya berlaku akibat salah faham. Namun, saya ambil positif daripada kontroversi yang tercetus. Jika ditawarkan berlakon bersama Fasha dalam projek seterusnya, saya tidak kisah kerana memang hubungan kami baik sahaja," balas pelakon berusia 23 tahun itu.

Ujar tunang kepada pelakon Dazrin Kamaruddin itu, kontroversi yang tercetus banyak mematangkan dirinya sebagai anak seni.

"Selepas ini saya akan lebih berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri sendiri," katanya.

Bercakap mengenai hubungannya bersama Dazrin, kata Amyra yang mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas, mereka masih belum mempunyai tarikh untuk bernikah memandangkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya.

"Kami mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Buat masa ini kami belum mempunyai tarikh memandangkan masing-masing sibuk. Jika sudah ada tarikh saya akan kongsi bersama.

"Soal kahwin muda, saya bukan mengikut trend tetapi melihat ibu dan ramai ahli keluarga yang berkahwin muda hidup bahagia. Ia membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda," ucapnya.

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna

Posted:

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna


ADA sebab kenapa Nurfuryna memilih Natasha dan Amyra sebagai duta terkini Aurawhite.


PENGASAS produk Aurawhite, Nurfuryna Mohd. Azmeer memberitahu, Natasha dan Amyra merupakan pilihan yang tepat untuk produk Aurawhite.

Katanya, sebelum pemilihan dibuat pihaknya telah memilih beberapa nama artis popular, namun mereka telah memilih Natasha dan Amyra berdasarkan kualiti yang dimiliki mereka.

"Pemilihan Natasha dibuat sebab kami inginkan duta yang berhijab. Selain itu, Natasha juga terkenal dengan kejelitaannya serta sangat mementingkan kesihatan.

"Amyra pula seorang pelakon baharu dan kami merasakan imej segar Amyra sangat sesuai dengan produk untuk penjagaan kulit," kata Nurfuryna.

Apabila disoal, adakah kontroversi duta terdahulunya iaitu Hanez Suraya memberi kesan terhadap penjualan produk Aurawhite, kata Nurfuryna kontroversi itu langsung tidak memberi kesan.

Bahkan, penjualan produknya berjalan seperti biasa. Namun, pertukaran duta produk Aurawhite bukan disebabkan kontroversi Hanez Suraya, sebaliknya pelakon itu yang memilih untuk mengundur diri.

"Hubungan kami dan Hanez baik sahaja kerana sepanjang menjadi duta, dia memberi komitmen yang baik. Bukan pihak kami yang menamatkan kontraknya, tetapi Hanez mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya tidak menjejaskan produk Aurawhite," balasnya.

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Posted:

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

APEK mengaku bahawa kes dadah yang dilalui merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.


SETELAH dikenakan denda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 45, atau lebih mesra disapa Saiful Apek kini kelihatan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Perasaan lega terpancar pada wajah pelawak dan pelakon yang pernah menjadi hero bagi filem Cicakman itu apabila tempoh perbicaraan yang memakan masa empat tahun itu berakhir pada 25 April lalu.

Bagi lelaki ini, walaupun tempoh perbicaraan itu berakhir dengan menyaksikan dia dan tiga lagi rakannya didapati bersalah, namun kata Apek, apa yang berlaku akan menjadi satu pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan.

Bertemu Apek pada sesi rakaman program raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelantun lagu Aspalela itu tidak kekok apabila diminta untuk ditemu ramah pihak media.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon dan pelawak yang pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan senario yang gah pada tahun 90-an itu.

Kosmo!: Selepas lebih empat tahun, akhirnya kes Apek selesai baru-baru ini dengan menyaksikan anda dan tiga rakan lain didapati bersalah. Apakah pengajaran yang dapat anda simpulkan?

SAIFUL APEK: Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan kehidupan. Saya juga tidak akan mudah mempercayai seseorang, walaupun dia teman rapat saya. Bagaimanapun saya reda dengan apa yang menimpa saya selama ini. Walaupun pahit, kehidupan mesti diteruskan.

Boleh ceritakan pengalaman anda sepanjang prosiding kes berlangsung?

Ia merupakan sejarah hitam dalam hidup saya. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang empat tahun perbicaraan kes tersebut ialah tidur di dalam lokap dan tidak dibenarkan berjumpa dengan isteri dan anak-anak saya. Pada masa itu, perasaan sedih saya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Bagaimanakah penerimaan keluarga anda?

Alhamdulillah, mereka merupakan insan yang paling rapat dengan saya. Mereka juga tidak pernah berputus asa dalam memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada saya. Saya juga sangat bersyukur, walaupun setelah apa yang terjadi kepada saya, anak-anak saya dilihat tidak mendapat kesan daripada peristiwa tersebut dan hubungan dengan dua orang anak saya.

Adakah rakan anda menjauhi diri mereka daripada anda setelah mereka mendapat tahu anda terlibat dengan kes dadah?

Saya mengakui memang ada beberapa rakan yang menjauhi diri mereka daripada saya. Mereka mempunyai alasan mereka sendiri, terpulanglah kepada mereka. Biarlah rakan baik dan keluarga terdekat sahaja yang memahami saya.

Adakah kes tersebut menyebabkan tawaran lakonan dan pengacaraan anda telah berkurangan?

Tidak sama sekali, saya tidak pernah mendapat kesan daripada kes tersebut. Alhamdulillah, tawaran lakonan dan pengacaraan tidak pernah putus-putus diterima. Saya sangat berterima kasih kepada masyarakat kerana masih memberi peluang dan sokongan moral kepada saya.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Kini saya dan pihak produksi saya, Gitu-Gitu Production sedang dalam perancangan menyiapkan draf pertama untuk filem bergenre adi wira iaitu Kucingman. filem tersebut masih lagi dalam perancangan awal dan Insya-Allah, kalau tiada aral melintang filem tersebut akan memulakan penggambaran bermula September ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved