Kosmo Online - Negara |
- Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan
- Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepas
- Kilang Lynas mulakan operasi awal
Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan Posted: Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan
LONDON - Mahkamah Rayuan Britain kelmarin menggugurkan sabitan terhadap dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di sini, menurut beberapa laporan. John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu. Ekoran keputusan itu, Kafunda dihukum penjara empat tahun dan tiga bulan manakala Donovan dihukum lima tahun penjara kerana turut merompak pasar raya Tesco. Mereka dikesan merompak dan melakukan perbuatan ganas terhadap Asyraf menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Imej yang menunjukkan dua lelaki menyerang Asyraf di Barking, timur London telah ditonton berjuta-juta orang di laman YouTube. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan, Adrian Bruce Fulford dan Michael Bean memutuskan untuk membebaskan Kafunda dan Donovan secara terbuka walaupun pendengaran kes itu diadakan secara tertutup. Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British, kedua-dua hakim itu akan memberitahu alasan mereka membebaskan penyerang Asyraf itu pada tarikh lain. Ketika kejadian, Asyraf baru tiba sebulan di Britain untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Dalam imej itu, Kafunda berpura-pura membantu Asyraf yang cedera di muka setelah ditumbuk seorang lagi perusuh, Beau Isagba, 17, sebelum mencuri basikal miliknya. Isagba dihukum penjara tujuh tahun kerana menumbuk dan mencuri basikal Asyraf. Semasa kejadian, Asyraf dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk berbuka puasa. Bagaimanapun, ketika Kafunda berpura-pura membantu Asyraf, Donovan mencuri alat Sony Playstation dan 10 permainan bernilai RM1,519 dari dalam beg mangsa. Rusuhan itu berpunca daripada bantahan penduduk kulit hitam terhadap kematian suspek penjenayah, Mark Duggan, 29, yang ditembak polis. Sebelum ini, Kafunda dan Donovan menafikan mereka adalah lelaki dalam rakaman CCTV tersebut. Semasa perbicaraan berlangsung, Kafunda memberitahu, dia sejuta peratus pasti lelaki dalam CCTV bukan dirinya. Sementara itu, pihak pendakwa raya tidak akan mengemukakan permohonan perbicaraan semula ekoran keputusan itu. Menurutnya, isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut berkaitan dua saksi pendakwa yang identiti mereka tidak didedahkan semasa perbicaraan berlangsung Mac lalu. "Permohonan kami untuk kedua-dua saksi tersebut (memberi keterangan) dalam perbicaraan telah dibenarkan oleh hakim. Saksi-saksi berkenaan enggan memberikan bukti jika permohonan untuk melindungi identiti tidak diberikan. "Mahkamah Rayuan telah menggugurkan sabitan tersebut disebabkan (hakim mahkamah lebih rendah) membenarkan permohonan tersebut (melindungi identiti saksi)," katanya. Asyraf mengalami kecederaan teruk sehingga mengakibatkan plat dan pin logam rahangnya termasuk dimasukkan di mukanya. - Agensi | |
Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepas Posted: Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepasKUALA LUMPUR - Ibu pelajar yang diserang dan dirompak semasa rusuhan di London, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, terkejut apabila mengetahui dua lelaki yang didapati bersalah menyerang anaknya dilepaskan oleh mahkamah. Maznah Abu Mansor, 48, berkata, dia tidak dapat mengulas isu tersebut kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya. "Saya tidak mahu buat apa-apa andaian. Tentu mahkamah ada alasan mengapa keputusan membebaskan mereka diambil," katanya ketika dihubungi di Bandar Baru Ampang dekat sini semalam. Katanya, Asyraf berada dalam keadaan baik dan kini sibuk dengan pengajian tahun tiga bidang perakaunan di Kaplan College, London. Tambahnya, dia tidak pasti anaknya tahu tentang keputusan mahkamah tersebut. "Saya akan hubungi dia hujung minggu ini kerana saya tidak mahu ganggu dia sekarang sebab dia sibuk dengan kuliah," tambahnya. Mahkamah Rayuan Britain kelmarin menggugurkan sabitan terhadap dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak Asyraf pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di kota London. John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu. | |
Kilang Lynas mulakan operasi awal Posted: Kilang Lynas mulakan operasi awalOleh HAFIZ ABBAS ![]() KENDERAAN berat keluar masuk ke kilang Lynas yang KUANTAN - Kilang Lynas yang memproses bijih nadir bumi di Gebeng di sini memulakan operasinya secara rasmi semalam. Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad menjelaskan, pihaknya masih dalam peringkat awal pelarasan sistem dan belum beroperasi sepenuhnya. "Bahan mentah untuk dijadikan nadir bumi telah dimasukkan ke dalam loji tetapi kita masih melakukan percubaan dan pelarasan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tinjauan di pintu masuk kilang berkenaan mendapati beberapa kenderaan berat dan ringan keluar masuk dari kawasan kilang. ![]() SALAH satu tempat memproses sisa nadir bumi di kilang Lynas Mashal berkata, pada masa ini, seramai 500 pekerja warga tempatan sudah memulakan tugas. "Kita membawa masuk kira-kira 2,000 tan metrik bahan mentah ke sini untuk diproses. Apabila dapat beroperasi secara berterusan kelak, produk nadir bumi ini dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 45 hari," ujarnya. Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan tiga penduduk bandar ini untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) Lynas Advanced Material Plant. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan