Rabu, 28 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penjara kerana culik kanak-kanak

Posted:

Penjara kerana culik kanak-kanak

Penjara kerana culik kanak-kanak

28/11/2012 4:39pm

SEREMBAN — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat tahun ke atas seorang lelaki selepas dia mengaku bersalah menculik tiga orang kanak-kanak adik beradik dan mencuri sebuah kereta dekat Senawang, Khamis lepas.

Tertuduh, Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, Rose Azrool dituduh menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif Khairul Anwar, tiga tahun dan Muhammad Haziq Khairul Anwar, setahun, daripada jagaan Norhayati Shahimi, 42, pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.

Dia juga dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama.

Hukuman ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada hari yang sama beliau menculik kanak-kanak itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh tidak diwakili. — BERNAMA

KWSP hadkan caruman maksimum sukarela

Posted:

KWSP hadkan caruman maksimum sukarela

KWSP hadkan caruman maksimum sukarela

28/11/2012 4:10pm

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengenakan had maksimum RM60,000 setahun kepada semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, mulai 1 Januari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan.

"Caruman sukarela dalam konteks KWSP merujuk kepada caruman diterima daripada golongan bekerja sendiri, pemilik tunggal perniagaan, rakan kongsi atau mereka yang tiada pendapatan tetap bulanan termasuk suri rumah," katanya.

Menurut beliau, caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

"Kedua-dua borang tersebut boleh didapati di cawangan KWSP yang terdekat atau boleh dimuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my," katanya.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan. — BERNAMA

Pelajar kolej maut kemalangan

Posted:

Pelajar kolej maut kemalangan

Pelajar kolej maut kemalangan

28/11/2012 3:16pm

MELAKA — Seorang pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah maut selepas keretanya merempuh pagar dan garaj sebuah rumah di Kampung Lubok Redan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, Muhammad Nadzrin Mohd. Safar, 19, sedang dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Kuala Sungai Baru sebelum kereta jenis Proton Waja yang dipercayai dipandu laju itu terbabas di selekoh.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kenderaan mangsa kemudiannya merempuh pagar sebuah rumah milik seorang pekerja Majlis Perbandaran Alor Gajah sebelum berpusing dan merempuh garaj.

"Rempuhan tersebut menyebabkan garaj bertiang batu yang menempatkan sebuah kereta dan motosikal roboh sebelum menghempap kenderaan pemilik rumah itu," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan tersepit di tempat duduk hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved