Selasa, 22 Oktober 2013

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Imej santai tetapi berkeyakinan

Posted:

Imej santai tetapi berkeyakinan

Imej santai tetapi berkeyakinan

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KACA mata hitam dilihat sebagai pelengkap fesyen pada zaman ini.


MEMAKAI sepasang cermin mata gelap, pastinya memberikan pelbagai impak kepada diri si pemakai. Ia menambah keterampilan diri. Antaranya kelihatan lebih berkeyakinan, tampil bergaya dan santai selain memberi nilai tambah kepada personaliti seseorang. Namun, pemilihan cermin mata yang sesuai dengan imej diri sangat penting bagi mewujudkan imej diri yang diingini.

Pengedar kaca mata berjenama antarabangsa di Malaysia, Sin Kwang, baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharu jenama terpilih antarabangsa iaitu Bally, Police, Porche Design dan Charmant Blue Label dalam satu pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur. Koleksi cermin mata tersebut adalah antara yang bakal ke pasaran dalam masa terdekat iaitu bermula November ini hingga awal tahun depan.

Menjamin kesemua empat jenama cermin mata yang popular dalam arena global akan memberi lebih banyak pilihan untuk bergaya. Pengarah Negara Sin Kwang Optical, Winston Chong mengakui, koleksi baharu itu terdiri daripada pelbagai rekaan segar dan terkini, di samping rekaan yang dikemaskini dan ditambah nilai.

Bagi koleksi kaca mata Police, antara jenama kaca mata di pasaran yang terkenal dengan sifat maskulin dan lazimnya diserasikan dengan lelaki sofistikated yang mempamerkan imej berani, koleksi baharu yang diperluas menarik perhatian dalam kalangan wanita.

Cermin bayangan biru

Ditubuhkan pada tahun 1980 di Itali, jenama Police tampil dengan lebih 360 rekaan dengan 30 model tetapi masih mengekalkan lensa signaturnya iaitu cermin bayangan biru. Lensa biru oleh Police dilihat sebagai satu simbol kebebasan dan gaya underground yang diiktiraf oleh penggemar jenama ini.

Koleksi kali ini juga dikemaskini dengan penampilan yang lebih mengujakan menggunakan reka bentuk bingkai yang bersifat eksperimental. Setiap reka bentuk melalui penyelidikan dan pemerhatian terperinci dari segi estetika dan teknikal menekankan fesyen bersifat muda yang menyerlah. Dijual pada harga pasaran sekitar RM600 sehingga RM900, jenama Police oleh Sin Kwang dengan lensa biru polarized antara pilihan yang mampu dimiliki.

KOLEKSI Charmant Blue Label menggunakan bingkai kaca mata yang diperbuat daripada logam titanium.


Jenama buatan Jepun yang semakin mendapat nama di arena antarabangsa, Charmant Blue Label pula merupakan jenama yang diiktiraf sebagai pakar untuk bingkai cermin mata, khususnya untuk kegunaan seharian. Tarikan utama cermin mata ini ialah harga yang sangat berkemampuan dengan buatan menggunakan logam berkualiti tinggi iaitu titanium iaitu sejenis logam yang sering digunakan dalam bidang perubatan. Jenama itu menerima respons pasaran yang positif terhadap koleksi tahun 2013 yang kini di pasaran.

Sifat bingkai yang ringan, anggun dan sesuai untuk semua peringkat umur ini dijual hanya pada harga sekitar RM250 sehingga RM350 merangkumi tiga varian iaitu Sleek Titan, Pressure Mount dan Koleksi Kombinasi yang diyakini akan memenuhi cita rasa dan kepentingan pengguna yang pelbagai. Walaupun tidak memfokuskan kepada koleksi cermin mata gelap atau berfesyen, pilihan bingkai cermin mata harianCharmant Blue Labe yang selesa dijamin antara yang terbaik di pasaran.

Rekaan futuristik

Mengambil giliran seterusnya di atas pentas peragaan adalah pertunjukan fesyen cermin mata gelap jenama yang terkenal dengan kemewahan namanya itu sendiri, Porsche. Koleksi cermin mata gelap, Porsche Design sememangnya pilihan untuk mereka yang benar-benar berinspirasi dengan aura kemewahan Porcshe itu sendiri.

Memberi tumpuan khusus kepada kejuruteraan teknikal dan inovatif bagi melahirkan fungsi, daya tahan dan rekaan futuristik, Porsche Design menampilkan gaya moden unik dan pastinya berbeza daripada yang lain. Menggunakan tema The Urban Modernist, cermin mata Porsche Design membawakan reka bentuk yang tahan lasak, elegan dan tulen. Koleksi yang diilhamkan daripada bentuk seni geometri tampil dalam warna hitam dengan kontra warna burgundy. Kesemua koleksi baharu ini terdiri daripada lapan model cermin mata gelap dengan dua hingga tiga pilihan warna bagi setiap model.

Bukan itu sahaja, Porsche Design turut menambah koleksi edisi khas dua lensa untuk satu bingkai yang memberikan pengguna pilihan untuk bergaya dalam dua warna lensa berbeza dalam satu bingkai.

Terakhir sekali menjajah pentas pertunjukan adalah jenama Bally yang mempunyai sejarah berusia 160 tahun di Switzerland. Menariknya mengenai koleksinya kali ini ialah elemen ikonik seperti jalur Trainspotting merah dan putih, motif kambing gunung, lencana Bally dan Blok-B. Semuanya memberi tafsiran baharu kepada koleksi serba baru ini.

Bagi koleksi kaca mata lelaki, Bally mengetengah rekaan berbentuk aviator klasik dengan tangkai logam berselaput kulit. Koleksi wanita pula mempamerkan imej yang lebih anggun dengan bingkai berbentuk bujur dan keperincian feminisme bagi seluruh aspek fizikal cermin mata tersebut. Koleksi wanita dibahagi kepada dua iaitu fesyen serta sukan dan kasual, sementara koleksi lelaki terdiri daripada Top, pejabat dan kasual.

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Posted:

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Oleh ALIF ABU BAKAR

DARI kiri (depan): Khoon Hooi, Siew Lean, Jenny dan Fauziah Latiff pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan SK-II Timeless Classic di Mid Valley, Kuala Lumpur.


KEJELITAAN wanita diukur setara pada keremajaan kulit wajah dan kebijaksanaan menggayakan busana yang menepati bentuk tubuh. Apabila wajah dijaga dan dirapi secara menyeluruh, meskipun diri kian dimamah usia, ia memberi peluang kepada individu untuk berpenampilan bak orang muda untuk tempoh yang lebih panjang.

Mengangkat tema Timeless Beauty, produk kecantikan antarabangsa SK-II menerusi keluaran baharu mereka, SK-II Stempower Essence baru-baru ini meraikan para jelitawan yang bijak mengimbangi penjagaan kulit wajah dan kepentingan berfesyen.

Peraduan SK-II Timeless Classic yang dianjurkan bersempena dengan pelancaran produk terkini dalam rangkaian antipenuaan SK-II Stempower itu menyaksikan sembilan wanita bertuah terpilih untuk memenangi ceongsam elegan hasil kerja pereka tempatan, Khoon Hooi.

Juara peraduan tersebut, Fong Siew Lean menerima sehelai ceongsam bernilai RM3,880 yang akan direka khas mengikut bentuk tubuhnya oleh Khoon Hooi. Lapan pemenang lain masing-masing menerima sehelai ceongsam daripada koleksi sedia pakai Khoon Hooi.

LAPAN pemenang bagi peraduan SK-II Timeless Classic akan diberikan sepasang ceongsam daripada koleksi sedia pakai.


"Pemenang utama menerima rekaan eksklusif dan berbeza daripada koleksi sedia ada. Sementara itu, koleksi ceongsam yang dipaparkan hari ini dihasilkan dengan potongan tradisional, masih mengekalkan penerapan kolar Mandarin.

"Perbezaannya terletak pada tekstur kerana ia menggunakan material unik seperti cetakan harimau bintang, renda Perancis, syantung dan beberapa lagi fabrik campuran.

"Pemilihan warna pula lebih kepada penyerlahan ciri feminin seorang wanita. Selain merah yang sinonim terhadap sepasang ceongsam, saya turut menyediakan rona-rona dengan bayangan pastel," ujar Khoon Hooi yang menambah, harga bagi koleksi ceongsam sedia pakai rekaannya dijual pada lingkungan harga RM2,500 hingga RM4,000.

Sementara itu, mengulas kolaborasi SK-II dan Khoon Hooi sempena pengenalan produk baharu tersebut, Pengurus Perhubungan Awam SK-II, Goh Seng Jone memberitahu, keupayaan SK-II Stempower mengembalikan keremajaan kulit amat menepati nilai yang didukung ceongsam yang menjadi persalinan klasik masyarakat Cina sejak sekian lama.

"Ceongsam menjadi interpretasi terbaik terhadap perumpamaan tak lapuk dek zaman. Ia sejenis pakaian yang kekal menjadi pilihan ramai sejak zaman dulu, begitu juga rangkaian produk SK-II Stempower yang kini menjadi rahsia kecantikan untuk golongan wanita," ujar Seng Jone pada majlis pelancaran SK-II Stempower Essence di Kompleks Beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pemasaran Procter & Gamble Malaysia, Jenny Chew dan duta jenama SK-II Malaysia, Fauziah Latiff.

Kulit berseri umpama warna sakura

Posted:

Kulit berseri umpama warna sakura

Kulit berseri umpama warna sakura

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PENGURUS Produk Kumpulan Garnier, Frederick Ng memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai rangkaian produk Garnier Sakura White.


KECANTIKAN bunga sakura membuatkan ramai yang sanggup ke Jepun untuk menyaksikannya dengan mata sendiri.

Bayangkan, jika anda mampu memiliki kulit putih kemerahan bak sakura yang menjadi dambaan setiap wanita.

Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Garnier kini tampil dengan produk penjagaan kecantikan kulit baharu iaitu Garnier Sakura White.

Garnier Sakura White merupakan hasil inspirasi daripada keindahan dan kecantikan bunga sakura yang mekar selama tujuh hari dalam setahun.

"Bunga sakura sangat mempesonakan dan cantik kerana rona merah jambu lembut menggambarkan kelembutan, kehalusan dan penampilan yang berseri.

"Ciri-ciri tersebut merupakan kualiti yang boleh diguna pakai bagi menggambarkan kulit yang menjadi idaman setiap wanita," kata Pengarah Pemasaran Garnier, Christina Low.

Tambahnya, penampilan kulit yang sihat bermula dari dalam diri. Kini, dengan menggunakan Garnier Sakura White, wanita mempunyai akses kepada bahan unik yang berfungsi untuk memberikan warna merah jambu pada kulit mereka iaitu ekstrak bunga sakura.

Ekstrak bunga sakura dan vitamin B3 yang diformulasikan di dalam Garnier Sakura White memberi kesan yang mendalam.

Ia secara perlahan-lahan memberi khasiat dan mengecilkan pori sekali gus menyerlahkan warna merah jambu pada kulit.

Garnier Sakura White juga membantu mengurangkan sintesis melanin, menghalang kulit menjadi gelap, memperbaiki tekstur kulit dan pada masa yang sama memberikan keselesaan pada kulit.

Hasilnya, kulit menjadi lembap dan licin walaupun pada sapuan pertama. Penggunaan Garnier Sakura White setiap hari membantu menyerlahkan seri kulit.

Dalam tempoh empat minggu, kulit akan menjadi merah jambu sebanyak 60 peratus. Formula yang terkandung di dalam Garnier Sakura White juga sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

"Berpandukan falsafah Take Care, Garnier percaya bahawa setiap orang memiliki kecantikan semula jadi.

"Di Garnier, kami berbangga kerana dapat meningkatkan kecantikan dengan menawarkan produk yang membantu menjaga kulit anda dan seterusnya memberikan keyakinan serta kebahagiaan kepada anda," ujarnya pada majlis pelancaran produk Garnier Sakura White di ibu negara baru-baru ini.

Inovatif

Menurut Christina, Garnier Sakura White merupakan salah satu daripada rangkaian penjagaan kulit inovatif yang membantu wanita memperoleh kecantikan yang diingini.

"Menggunakan alam semula jadi sebagai inspirasi dan bahan-bahan aktif semula jadi terpilih merupakan rahsia keberkesanan penjagaan kulit sihat.

Garnier Sakura White terdiri daripada tiga produk iaitu Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam (RM6.90 bagi 50 mililiter (ml) dan RM12.90 bagi 100 ml), Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21/PA+++ (RM24.90 untuk 50ml) dan Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Ekstrak, RM9.90.

Rangkaian produk tersebut kini boleh didapati di pasar-pasar raya utama di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai produk Garnier Sakura White boleh didapati di www.facebook.com/GarnierMalaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved