Selasa, 22 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Posted:

Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AZRAAI hanya sempat membimbing Perak selama semusim biarpun kontraknya bersama PAFA masih berbaki setahun.


MOHD. Azraai Khor Abdullah tidak akan berganjak dengan keputusan beliau meninggalkan Perak.

Azraai berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dalam masa terdekat bagi menyelesaikan seba- rang perkara berbangkit.

"Keputusan saya muktamad, jadi saya harap ia dapat diselesaikan secara baik.

"Banyak perkara yang perlu diteliti memandangkan saya masih memiliki kontrak bersama Perak.

"Tengoklah dalam sehari dua ini, saya akan jumpa mereka (pihak pengurusan PAFA) dan berbincang lanjut mengenai perkara itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, pada sidang akhbar khas di Ipoh, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyangkal laporan media tempatan semalam bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan bersama dengan Azraai untuk menamatkan kontrak pengendali berusa 61 tahun itu lebih awal.

Zainol Fadzi berkata, terdapat beberapa terma dan syarat yang masih belum diputuskan dan memerlukan perbincangan lanjut antara Azraai dan pihak pengurusan PAFA.

Azraai yang mula membimbing Perak pada awal musim ini, masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan PAFA.

Dalam pada itu, Azraai menafi- kan desas-desus beliau akan kembali mengendalikan Kedah musim depan.

"Ia hanya satu khabar angin, selagi belum ada 'hitam-putih', ada baiknya saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Buat masa ini, saya hanya mahu berehat dan menenangkan fiki- ran," jelas beliau.

Resume Azraai bersama Kedah tidak lagi perlu dipertikaikan hasil kejayaanya membantu skuad Kenari itu melakar gelaran trebel selama dua musim berturut-turut bermula 2006/2007.

Azraai yang pernah dilantik mengendalikan skuad Harimau Muda A pada 2010, kemudiannya berhijrah ke Negeri Sembilan setahun kemudian sebelum membantu Sang Rusa mendakap gelaran Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Beliau menyertai skuad Seladang apabila menggantikan jurulatih sementara dari Korea Sela- tan, Jang Jung.

Perak sudah ada pengganti Azraai

Posted:

Perak sudah ada pengganti Azraai

Perak sudah ada pengganti Azraai

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


ZAINOL FADZI (kiri) bersama Abu Bakar pada sidang akhbar khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam.


SEHARI selepas Mohd. Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya, semalam Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan Abu Bakar Fadzim sebagai ketua jurulatih baharu skuad Perak.

Prestasi Chong Wei merudum?

Posted:

Prestasi Chong Wei merudum?

Prestasi Chong Wei merudum?

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@
kosmo.com.my


CHONG WEI (kanan) jelas kecewa selepas gagal mempertahankan
kejuaraan Terbuka Denmark tahun ini.


KEKALAHAN Datuk Lee Chong Wei kepada bintang muda China, Chen Long pada final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark kelmarin memberi bayangan bahawa pemain No. 1 dunia itu sudah melepasi zaman kemuncaknya.

Chong Wei bukan sahaja dilihat bergelut dengan pencabarnya itu, malah kesungguhan yang ditunjukkan Chen Long turut membuktikan bahawa barisan pemain China cukup komited memburu gelaran pada setiap kejohanan anta- rabangsa.

Apa tidaknya, kemenangan 24-22, 21-19 yang dicatatkan Chen Long dalam tempoh satu jam itu turut melengkapkan kemenangan keempat pemain-pemain China di Kompleks Sukan Odense, Denmark itu.

China terlebih dulu mendominasi kategori perseorangan wanita menerusi Wang Yihan sebelum beregu campuran, Zhang Nan-Zhao Yunlei dan beregu wanita, Bao Yixin-Tang Jinhua melakar kejayaan masing-masing pada kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.26 juta) itu.

Dengan perbezaan umur tujuh tahun, Chen Long turut menjadikan medan final Terbuka Denmark itu untuk menyamai rekod kemenangan 7-7 dengan Chong Wei yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31 semalam.

"Sejujurnya, saya tidak bermain dengan baik kerana saya telah melakukan banyak kesilapan. Tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi setiap pemain kerana kami terpaksa menghadapi banyak kejohanan.

"Kekalahan juga adat dalam perlawanan kerana saya tidak semestinya akan sentiasa mencatatkan kemenangan dan pada usia saya sekarang... dapat mara ke final secara konsisten sebenarnya sudah cukup bagus.

"Sekurang-kurangnya saya masih mempamerkan tahap fizikal yang bagus," kata Chong Wei.

Berbanding Chong Wei, dua lagi pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren dan Chong Wei Feng terpaksa mengakhiri kempen masing-masing lebih awal.

Liew Daren terpaksa menarik diri ketika menentang pemain India, Kashyap Paru- palli pada pusingan pertama selepas mengalami kecederaan buku lali.

Wei Feng pula yang melakukan kejutan menumbangkan pilihan keenam dari Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam aksi pembukaan, tersungkur di tangan Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) pada pusingan kedua.

Keputusan hambar Liew Daren dan Wei Feng yang dikatakan sebagai pengganti Chong Wei suatu hari nanti, menimbulkan pertanyaan sampai bila Malaysia mahu mengharapkan sentuhan pemain No. 1 dunia itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved