Rabu, 21 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

Posted:

Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

PLUS akan memberi diskaun tol 10 peratus untuk pengguna lebuh raya pada 25 Disember ini.


KUALA LUMPUR - Para pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena perayaan Krismas yang akan disambut pada Ahad ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd. Saleh Santhiman berkata, pemberian diskaun dan rebat tol itu melibatkan 20 syarikat konsesi yang mengendalikan 24 buah lebuh raya.

Beliau dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, antara lebuh raya tersebut ialah Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) yang menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan mulai 11 malam pada 24 Disember hingga 8 pagi, 25 Disember.

Selain itu, pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SLDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) pula akan menikmati kadar rebat sepanjang masa sebanyak 10 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 pada 25 dan 27 Disember.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Posted:

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


CONTOH alat pengesan kebocoran NGV yang dijual mengikut jenis kenderaan.


KUALA LUMPUR – Mulai Januari depan, kira-kira 46,000 kenderaan gas asli (NGV) di negara ini wajib dipasang dengan Alat Pengesan Kebocoran Gas yang telah diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Alat itu diwajibkan dipasang pada semua kenderaan NGV berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai penggunaan NGV telah diluluskan oleh Parlimen dan akan diwartakan tahun depan.

Menurut Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib, alat keluaran tempatan berharga RM150 itu terbukti dapat mengesan kebocoran NGV dalam kenderaan.

"Ia boleh dipasang di 170 bengkel kenderaan berdaftar di seluruh negara dengan harga RM150 itu termasuk caj pemasangan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Syarat baharu visa pelajar asing

Posted:

Syarat baharu visa pelajar asing

Syarat baharu visa pelajar asing


MAHMOOD


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas ini hanya akan mengeluarkan visa kepada pelajar asing apabila mereka ditawarkan tempat pengajian di kolej atau universiti.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi kaedah itu, visa dikeluarkan selepas pelajar terbabit menerima tawaran kolej atau universiti di negara ini.

"Sebelum ini mereka menggunakan visa lawatan sosial dan baru cari universiti atau kolej untuk belajar.

"Tetapi selepas ini, kita akan perkenalkan one tier visa. Dia mesti dapat universiti dulu, baru visa ini keluar sebelum dia datang ke sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, polisi itu bertujuan mengawal kemasukan warga asing yang mahu menyambung pelajaran di negara ini.

Katanya, isu berkaitan pelajar warga asing sentiasa diberi perhatian dan usaha menanganinya turut dilaksanakan melalui penubuhan unit khas pas pelajar dengan kerjasama kementerian itu dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved