Rabu, 21 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Keterbatasan berlakon seketika

Posted:

Keterbatasan berlakon seketika

Keterbatasan berlakon seketika

UMMI mengakui telah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum menerima lamaran Ellie untuk filem Penanggal.


"TIDAK pernah cakap akan berhenti berlakon tapi saya cuma kata akan berhenti seketika," luah kata-kata pelakon manis Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 21.

Buktinya, setelah dua tahun tidak memegang skrip lakonan sama ada filem ataupun drama, Ummi kini kembali beraksi menerusi filem Penanggal arahan sulung pelakon Ellie Suriaty.

Disebabkan perkara itu kata Ummi, dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung dunia seni yang ditinggalkannya sementara untuk memberi fokus dalam pelajaran.

Ummi yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang pemasaran perniagaan di sebuah universiti di Melbourne, Australia bagaimanapun mengakui makin serasi dengan kehidupan di sana.

"Saya sangat gembira berada di sana, selepas habis belajar rasa seperti hendak terus menetap di sana," katanya yang turut melihat fenomena pelajar Malaysia yang kebanyakan belajar di sana enggan pulang setelah tamat pengajian.

Tambah Ummi, tarikan persekitaran di negara itu sedikit sebanyak membuatkan dia serasi dengan citra masyarakat dan budaya setempat.

Selama tiga tahun berada di sana, Ummi kini berbaki lagi dua tahun untuk menamatkan sesi pembelajarannya. Sebelum menyewa rumah bersama rakannya sekarang, sepanjang tempoh dua tahun pertama dia selesa tinggal bersendirian.

Jadi, sempena cuti semester selama tiga bulan bermula November hingga Februari setiap tahun, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu sempat meluangkan masa menjenguk keluarga di Malaysia.Pada kesempatan itu juga, sekiranya mempunyai peluang berlakon, kata Ummi apa salahnya jika diraih sebaik mungkin.

Jatuh cinta watak Murni


UMMI NAZEERA bergandingan dengan Azri Iskandar dalam filem arahan sulung Ellie Suriati yang diberi judul, Penanggal.


Ketika ditemui di Restoran Al-Andalus, Kuala Lumpur sempena pelancaran filem Penanggal baru-baru ini, Ummi juga menegaskan dia tidak akan menolak sekiranya ada tawaran berlakon ketika cuti semester.

"Saya akan terima tawaran berlakon lagi kalau ada, hidup ini juga berkisar pada cabaran. Bagi saya kepuasan itu lebih terasa kalau dapat berlakon apatah lagi semasa cuti semester yang lengang daripada sebarang aktiviti.

"Malah, berlakon umpama satu eskapisme yang selama ini penat belajar, keluarga juga sudah tetapkan syarat. Kalau keputusan peperiksaan saya baik, saya dibenarkan berlakon," cerita Ummi.

Namun, ada batasan yang Ummi letakkan setelah dia tamat belajar. Katanya dia akan tetap berlakon tapi akan sedikit terhad daripada sebelum ini.

Sebelum mendapat tawaran berlakon dalam filem Penanggal yang mula penggambaran pada awal bulan ini, Ummi mengaku terpaksa menolak beberapa tawaran sebelum ini.

"Saya jenis orang yang tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa, jika tawaran itu datang sewaktu saya sedang sibuk belajar saya terpaksa tolak.

"Lagipun, ketika tawaran-tawaran sebelum ini datang hati saya belum terbuka untuk berlakon. Tapi, untuk watak dalam filem Penanggal, tiba-tiba jatuh cinta balik untuk terima tawaran daripada Kak Ellie," bicara anak gadis seorang ahli perniagaan itu.

Bermandi lumpur

Semasa sesi tayangan ringkas Penanggal kepada media baru-baru ini, terdapat satu babak Ummi kelihatan keluar daripada lumpur. Kata Ummi, babak itu dirakam ketika hari pertama penggambaran.Memang berat dan sarat peranan yang ditawar kepadanya kali ini.


PENAMPILAN Ummi yang kelihatan lemah-lembut ini amat bersesuaian dengan karakter perempuan Melayu klasik yang digambarkan dalam filem Penanggal.


Babak itu ujar Ummi menunjukkan dirinya seolah-olah 'dimakan' oleh ilmu hitam ketika sedang mandi. Dibenam dalam lumpur bagi Ummi merupakan satu kepuasan.

Penanggal mengisahkan Murni (lakonan Ummi Nazeera) yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungan. Di sana, Murni didera oleh orang-orang kampung yang mendapat tahu dirinya adalah penanggal namun diselamatkan oleh Syed Yusof (Azri Iskandar) yang dalam perjalanan ke Kota Lama.

"Watak Murni berat dari segi fizikal dan mental, memang saya sudah bayangkan watak ini sejak membaca skrip dan secara mentalnya saya sudah bersedia," bicaranya yang mengalami lebam-lebam badan sejak lima hari pertama penggambaran.

Tambah Ummi, dia percaya pada rezeki dan tuah pada raut wajahnya yang menurut Ellie kena dengan karakter perempuan Melayu klasik memandangkan Penanggal menggunakan latar masa sekitar tahun 1930-an.

"Mungkin sesetengah karakter saya tidak boleh bawa, tapi sejak berkerja di bawah arahan Kak Ellie saya sangat mengaguminya. Dia sangat penyayang walau pada mulanya saya rasa takut tapi sebenarnya dia adalah pengarah yang berjiwa halus walau kata orang garang. Terbukti selepas habis babak dalam lumpur dia terus berlari ke arah saya dan memeluk saya," getus Ummi lagi yang menanti-nanti cabaran baharu setiap hari.

Selain Ummi, Penanggal turut dibintangi Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Datuk Sharifah Aini, Kuswadinata, Fauziah Nawi, Anne Abdullah dan Rozie Othman.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert terbaik Search

Posted:

Konsert terbaik Search

Konsert terbaik Search

Oleh HARYATI KARIM


LAUTAN 15,000 penonton yang membuktikan konsert Search kali ini benar-benar memiliki aura tarikan yang tiada tolok bandingnya.


KONSERT Search Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan (MIECC) Sabtu lalu boleh dianggap konsert yang terbaik daripada Search.

Impak kerana terlalu ramai yang ingin menonton konsert Search, kesesakan lalu lintas telah bermula daripada plaza tol Seri Kembangan lagi, perjalanan daripada plaza tol ke MIECC yang mengambil masa lima minit pada hari biasa telah mengambil masa selama hampir satu jam.

Itu petanda awal kejayaan konsert itu. Buktinya, masuk sahaja ke dalam MIECC, segera terserlah visual lautan manusia menanti kemunculan aksi Search.

Menurut pihak penganjur, konsert itu mencatat kejayaan luar biasa dengan mengumpul 15,000 penonton meskipun telah beralih lokasi atas faktor cuaca dari Padang Astaka Petaling Jaya ke MIECC.

Malah, tiket yang berharga RM69 juga dikatakan hampir habis apabila orang ramai berpusu-pusu membeli tiket pada saat-saat akhir. Search yang dianggotai oleh Amy selaku vokal, Kid (gitar), Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazid (dram) ternyata cukup gembira dengan sambutan yang diberikan oleh peminat setia mereka.

Amy juga dilihat gagal mengawal emosinya dan hampir menitiskan air mata jantannya sewaktu menyanyikan lagu terakhir Fantasia Bulan Madu.

"Memang kami semua secara peribadi sangat gembira apabila berjaya meraikan ulang tahun ke-30 Search dengan melangsungkan konsert di tiga lokasi yang berbeza di Semenanjung Malaysia. Satu pengalaman yang sangat manis buat Search.


AMY bijak dan sukses dalam mengawal penonton yang menyaksikan persembahan terhebatnya bersama Search ini.


"Sebenarnya memang saya hampir mengeluarkan air mata pada lagu terakhir kerana perasaan bercampur baur. Gembira kerana kami berjaya melangsungkan konsert yang menjadi idaman kami selama ini serta sokongan peminat, sedih kerana pejam celik, sudah 30 tahun kami di sini.

"Selepas ini tidak tahu, bila lagi kami akan membikin konsert seperti ini. Konsert ini merupakan hadiah buat diri kami juga hadiah buat peminat Search. Memang ini konsert terbaik Search," kata Amy pada sesi sidang media usai konsert berakhir.

Cuci darah

Sepanjang konsert yang berdurasi tiga jam bermula pada pukul 9.10 malam dengan dendangan sebanyak 26 buah lagu terbaik Search termasuk Isabella, Fenomena, Pemuzik Jalanan dan Panggung Khalayan, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas. Tidak ada sekelumit rasa bosan menerjah diri, setiap lagu didendangan oleh Amy turut dinyanyikan bersama oleh peminat yang menghafal setiap bait lirik dengan tepat.

"Kalau ikutkan saya tidak jangka konsert ini akan mengambil masa selama tiga jam. Jika kami masukkan semula lagu, durasi tiga jam tidak akan cukup. Jadi, lagu yang dipilih semuanya lagu terbaik Search dan merupakan pilihan yang tepat," balas Amy yang memberitahu Search kini dalam proses pembikinan album terkini serta filem pertama mereka berjudul Search: Meniti Titian.


AKSI hebat Amy yang berbaring sambil dijulang peminat ketika mendendangkan lagu Gadisku.


Amy bijak mengawal pentas dan penonton, namun dia hampir terjatuh akibat tersadung ketika menyanyikan lagu Isi Atau Kulit, tetapi nasib baik dia masih sempat mengimbangkan dirinya dan meneruskan nyanyian seperti biasa.

Pemain dram, Yazid Ahmat, 49, yang menghadapi masalah kesihatan seperti buah pinggang dan darah tinggi dilihat memberi persembahan yang cukup mengkagumkan meskipun dia menerima rawatan dialisis setiap minggu untuk mencuci darah.

"Saya main dram macam biasa, Alhamdulillah kesihatan mengizinkan. Saya mendapat sokongan yang bagus daripada krew pentas, jika tidak saya tidak mampu bertahan selama tiga jam. Ini merupakan momen terbaik Search dan saya tidak mahu ketinggalan," kata Yazid.

Tidak hanya vokal Amy yang kedengaran pada malam konsert itu, kerana sifu Datuk M. Nasir berduet dengan Search menerusi tiga buah lagu iaitu Mat Rock, Paranoid dan Meniti Titian Usang.

Dua buah lagu, Mat Rock dan Paranoid itu cukup rancak dan rock habis dilihat tidak kena gayanya apabila dinyanyikan oleh M.Nasir. Mungkin satu eskperimen yang dicuba mereka, namun hakikatnya, M.Nasir tenggelam di sebalik kelantangan vokal Amy.

"Kami jarang buat persembahan bersama, apabila diberi peluang ia merupakan satu penghormatan. Sejak mereka merancang konsert ini, Amy sudah beritahu untuk menyanyi bersamanya dan lagu dipilih oleh Search sendiri.

"Sepatutnya key lagu itu direndahkan sedikit, suara saya tidak sampai kerana ia lebih kepada suara bass, apa pun saya cukup gembira bersama-sama meraikan ulang tahun ke-30 Search," tutur M. Nasir.


SIFU M. Nasir berkongsi momen penuh bermakna ini bersama Search.


M.Nasir yang merupakan pencipta lagu Fantasia Bulan Madu itu menegaskan tiada band lain sezamannya yang mampu menandingi fenemona yang dicetuskan oleh band Search.

"Search sebuah band yang hebat. Ada banyak band yang seangkatan mereka sudah hilang populariti, malah ada yang sudah tidak aktif tetapi Search masih berdiri di sini, malah populariti mereka masih sama seperti dahulu.

"Daya ketahanan mereka cukup utuh. Tidak semua mempunyai tarikan untuk penonton datang menonton konsert secara berbayar. Search mempunyai tarikan itu, lihat sahaja jumlah penonton yang datang hari ini, itu sudah membuktikan di mana tahap Search hari ini," ucap M. Nasir.

Konsert yang turut dihadiri ramai artis tanah air seperti Aizat, Altimet, Six Sense, AC Mizal, Ella, dan Hasnol Rahmat.

Sebelum menggegarkan MIECC, Search terlebih dahulu menghiburkan peminatnya di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November) dengan jumlah penonton seramai 7,000 orang dan Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dengan penonton seramai 10,000 orang.

Selepas berakhirnya konsert Fenomena 30 Tahun Search di Semenanjung Malaysia, Search akan muncul untuk konsert di dua lokasi iaitu di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mata Ringgit produksi pelajar

Posted:

Mata Ringgit produksi pelajar

Mata Ringgit produksi pelajar

Oleh HARYATI KARIM


BARISAN pelakon teater Mata Ringgit (depan dari kiri, Nur Afiqah Mohd. Seth, Nooratiqah Zulkepli, Nur Syafiqah Roslan) serta (belakang dari kiri), Muhd. Aznujaimie Mustafa, Shahrul Anwar Sallehudin dan Mohd. Hairul Anuar Misran.


HUJUNG minggu lalu selama tiga hari berturut-turut bermula 9 Disember, sehingga 11 Disember lalu, teater Mata Ringgit telah dipentaskan di Amphitheatre, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Teater yang diarahkan oleh Nurul Ain Othman itu merupakan projek penilaian akhir semester enam buat pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Universiti Teknologi Mara Shah Alam, yang merangkumi aspek pengarahan, seni lakon, sinografi dan pengurusan industri kecil.

Meskipun ia hanyalah sebuah projek yang dibikin pelajar, namun selepas menonton sendiri teater yang diadaptasi daripada teater Nyonya itu, jelas terbukti kualiti yang ditampilkan oleh pelajar boleh dibanggakan baik daripada segi lakonan mahupun pengarahan.

Teater Mata Ringgit didukung oleh watak Mona seorang wanita cantik yang telah berkahwin dengan lelaki berusia dan kaya raya. Bagaimanapun sedang suaminya terlantar di hospital, Mona didatangi lelaki bernama Iskandar yang cuma menggodanya menggunakan wang ringgit.

Dalam masa yang sama, tiga orang cucu tiri Mona, iaitu Helmi, Erin dan Sabri turut menuntut harta pusaka selepas menyedari keadaan datuk mereka. Ringkas tetapi cukup menghiburkan walaupun pada permulaan cerita agak meleret tetapi kekuatan lakonan barisan pelakon terutamanya pelakon pembantu yang memegang watak cucu tiri Mona dapat menutup segala kelemahan yang ada.

Pengarahnya, Nurul Ain menjelaskan dia memilih karya Nyonya untuk diadaptasi kerana kekuatan yang ada dalam karya tersebut selain trend wanita muda kini lebih suka memilih lelaki tua untuk dijadikan suami.

"Saya memilih karya Nyonya kerana kekuatannya selain mesej tentang wanita muda suka berkahwin dengan lelaki tua yang kaya-raya. Sebelum karya Nyonya saya pilih beberapa karya lain tetapi ditolak oleh pensyarah. Apabila saya pilih Nyonya untuk diadaptasi, ia diterima kerana karya Nyonya tidak membosankan.

"Saya olah sebanyak 50 peratus daripada skrip asal dan mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya. Judulnya daripada Nyonya saya ubah menjadi Mata Ringgit. Bagi saya karya ini berjalan dengan laju dan ia padat dengan watak yang pelbagai. Saya yakin penonton terhibur menonton setiap watak yang ditonjolkan dalam teater ini," kata Nurul Ain.

Bercakap mengenai persembahan sulungnya, kata pengarah yang berusia 23 tahun itu, dia berpuas hati dengan respons yang diberikan penonton. Namun, sebagai pengarah, masih ada yang boleh diperbaiki untuk menjadikan teater Mata Ringgit lebih baik.

Pelakon utamanya yang memegang watak Mona, Nooratiqah Zulkepli merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teater wajar dipuji kerana lakonan yang baik dan mampu meningkat naik, jika bakatnya diasah lagi.

Katanya, melakonkan watak Mona satu cabaran besar buatnya kerana dia memerlukan stamina yang tinggi.

"Watak Mona boleh dikatakan ada dalam setiap babak. Perjalanan cerita berjalan dengan laju dan stamina yang tinggi amat diperlukan. Saya ditolak, berlari, bergaduh, semuanya memerlukan kekuatan fizikal.

"Saya masih baharu dan perlu banyak perbaiki mutu lakonan, Apa yang saya berikan hari ini adalah yang terbaik yang mampu saya lakukan," tuturnya.

Jelas Nooratiqah lagi, sebelum memegang watak Mona dia tidak pernah menonton karya Nyonya sebelum ini. Meskipun diberi peluang untuk menontonnya sebelum latihan bermula, katanya, dia lebih selesa melakonkan watak Mona dengan caranya sendiri.

"Saya bimbang kalau saya tonton teater Nyonya, saya akan terikut-ikut dengan gaya persembahan pelakonnya. Sebab itu, saya lebih selesa tidak menontonnya supaya watak Mona ini saya persembahkan dengan cara saya sendiri tanpa terikut sesiapa," katanya yang ingin bergelar seorang pelakon masa depan.

Seorang lagi watak penting dalam cerita ini adalah watak Iskandar yang dilakonkan oleh Hairul Anuar Misran. Mempunyai pengalaman dalam produksi sebenar serta pernah berlakon dalam beberapa drama tempatan, namun ini merupakan kali pertama dia diberi peluang untuk memegang watak utama.

"Ini kali pertama saya pegang watak utama. Semasa latihan saya agak gementar kerana bimbang sama ada saya mampu lakukannya atau tidak. Teater bukan macam drama yang boleh berhenti jika kita lakukan kesalahan.

"Watak saya sebagai Iskandar boleh dikatakan seperti lelaki gatal. Dia sudah beristeri tetapi masih sibuk menggoda isteri orang. Dia menggunakan kuasa wang ringgit untuk membeli cinta Mona. Berlakon dalam teater ini satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya, mungkin selepas ini saya akan terus aktif dalam dunia lakonan jika ada tawaran yang datang," kata pemuda berusia 23 tahun itu lagi.

Teater Mata Ringgit secara keseluruhannya sebuah teater kecil, ringkas namun berbekas mesej serta mampu menghiburkan penonton.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved