Khamis, 20 September 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kelab Boling Padang Warga Emas anjur pertandingan

Posted:

Kelab Boling Padang Warga Emas anjur pertandingan

PEMAIN dari Kelab Boling Padang Warga Emas Seremban yang menyertai pertandingan sempena Hari Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.


PATRIOTIK. Seramai 40 ahli Kelab Boling Padang Warga Emas Seremban menyertai pertandingan boling padang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengerusinya, Abd. Razak Hitam berkata, pertandingan itu diadakan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Selain beriadah bersama ahli, beliau berkata, pertandingan itu juga memupuk semangat cintakan negara kepada para ahli yang terdiri daripada golongan warga emas.

"Kita mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari bersejarah ini dan pertandingan yang diadakan ini akan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli.

"Selain itu, pertandingan ini juga satu latihan persediaan kepada pemain yang akan beraksi dalam beberapa pertandingan dalam dan luar negara tidak lama lagi," katanya.

Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza

Posted:

Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza

SABRI (berdiri, tiga dari kanan) bersama Kumpulan Rajawali gembira selepas menjadi juara Pertandingan Dikir Barat Kemerdekaan BB Plaza di Kuala Lumpur baru-baru ini.


JUARA. Kumpulan Rajawali menjadi juara Pertandingan Dikir Barat Kemerdekaan Bukit Bintang (BB) Plaza sempena ulang tahun kali ke-55 kemerdekaan negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Penyewa BB Plaza, Hassan Said berkata, pasukan itu telah mengalahkan lapan kumpulan lain yang menyertai pertandingan yang sama.

"Sempena dengan sambutan hari kemerdekaan, timbul idea untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Piala Merdeka BB Plaza dan kami telah memilih pelawak terkenal, Sabri Yunus sebagai penyelaras untuk menguruskannya," katanya.

Kumpulan Rajawali menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Menurut Hassan, walaupun kali pertama pertandingan dikir barat dianjurkan, pihaknya yakin ia mampu menjadi salah satu tarikan tersendiri.

Karnival Jelajah Sihat sempena Hari Malaysia

Posted:

Karnival Jelajah Sihat sempena Hari Malaysia

AHMAD (tiga dari kanan, barisan tengah) dan M. Nasir (dua dari kanan) bersorak 1Malaysia pada Karnival Jelajah Sihat di Stadium Mini Pontian, Johor baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Bagi membangkitkan kesedaran dan menyemarakkan lagi Hari Malaysia, kira-kira 500 penduduk daerah Pontian menganjurkan Karnival Jelajah Sihat yang diadakan di Stadium Mini Pontian, Johor baru-baru ini.

Karnival selama dua hari itu antara lain bertujuan memberikan penerangan kepada masyarakat melalui pameran mengenali negara serta aktiviti sampingan seperti promosi makan secara sihat dan aktiviti fizikal.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir yang diundang khas untuk menghiburkan para tetamu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved