Ahad, 19 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

19/06/2011 7:38pm

KUALA TERENGGANU – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.

Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.

Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.

"Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.

Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

Posted:

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

19/06/2011 6:17pm

SETIU – Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu yang telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu akan dinamakan semula dan dikenali sebagai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penjenamaan semula itu adalah sebagai mengiktiraf penglibatan peribadi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah menyemarakkan minat rakyat di seluruh negara dalam sukan ini.

"Selain itu juga, sejak dianjurkan lima tahun lepas, sukan itu telah mempamerkan peningkatan dan kejayaan yang amat membanggakan dan kini sudah tiba masa untuk menaikkan taraf sukan ini... iaitu menjadikan ia sukan terunggul bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2011 dan majlis penyampaian hadiah Kejohanan Kuda Lasak Malaysia-Thailand Open Endurance Challenge Trophy '11 di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

Posted:

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

19/06/2011 5:02pm

KUANTAN - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.

"Bagaimanapun satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu, saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menasihati pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.

Akhbar semalam melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang"s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved