Kosmo Online - Negara |
Posted: Majikan ingkar arahan menteriOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE ZAINAL (kiri) memberi taklimat kepada pekerja-pekerja Dawama selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke premis syarikat itu di Hulu Klang, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Seramai 380 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) mendakwa masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada majikan berhubung pembatalan notis cuti tanpa gaji meskipun arahan itu telah dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam (gambar) kelmarin. Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Alwit, 50, berkata, majikan langsung tidak bertemu pihaknya meskipun arahan pembatalan notis telah dikeluarkan oleh Subramaniam sebelum ini. "Mana hitam putih (dokumen pembatalan notis cuti tanpa gaji), sekurang-kurangnya jumpa kami dan terangkan kepada kami. "Ini tidak, pihak majikan masih dengan sikap membisu termasuk tidak memberitahu kami mengenai pembatalan notis itu," katanya sambil ditemani Setiausaha Kehormat kesatuan, Mohd. Fadel Yusof kepada pemberita di Hulu Klang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Adili segera untuk terima balasan Posted: Adili segera untuk terima balasanOleh MOHD.AZLI ADLAN MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Sharifah (dua dari kiri) ketika membuat lawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kelmarin. IPOH - "Kami harap pembunuh adik saya dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin untuk menerima balasan atas perbuatan kejam mereka. "Ekoran kejadian itu, bapa saya (Kasim Idris, 75) yang terlantar di hospital sejak enam bulan lalu kerana penyakit usus telah pengsan beberapa kali kerana terkejut manakala ibu, Sharifah Razali, 72, dilanda kesedihan yang teruk." Demikian rintih Ruzaina (gambar kecil), 41, kakak Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, 38, yang mati akibat dicekik perompak dalam kejadian di tingkat dua, Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, dekat sini kelmarin. Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan polis memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu semalam. Menurut Ruzaina, mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih dengan kecekapan polis menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dalam tempoh yang singkat. "Adik yang periang dan menjadi harapan keluarga tiba-tiba menemui ajal akibat perbuatan kejam dan ganas mereka yang tidak berhati perut itu. Pembunuh itu tidak berperikemanusiaan kerana ketika saya lihat jenazah arwah sewaktu dimandikan, mukanya cedera teruk. "Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya tetapi masih sukar untuk menerima cara kematiannya yang begitu kejam," ceritanya ketika dihubungi semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Tangani isu profesional berhijrah Posted: Tangani isu profesional berhijrahOleh JUNHAIRI ALYASA JUNIWATI (tengah) berbual dengan wakil-wakil syarikat minyak dan gas yang terlibat menandatangani MoU di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas negara kini berhadapan dengan masalah apabila ramai tenaga kerja profesional dan berpengalaman yang berkhidmat dengan beberapa syarikat tempatan kini berhijrah ke Arab Saudi. Menurut Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Juniwati Rahmat Hussin, walaupun masalah tersebut tidak serius namun usaha perlu dilakukan segera bagi memastikan industri minyak dan gas negara terus berkembang dengan pesat. "Kita kehilangan ramai pekerja yang berpengalaman menyebabkan program-program latihan merupakan proses yang berterusan bagi memastikan pekerja baharu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan. "Sasaran kami ketika ini ialah melatih pekerja berdasarkan kepakaran masing-masing dan kami tidak mahu mengambil jalan mudah mengambil pekerja daripada syarikat lain sebaliknya bekerjasama dengan mereka," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga kerja mahir di sini semalam. Syarikat terbabit ialah Baker Huges, Kencana Petroleum Berhad, SapuraCrest Petroleum dan Technip Geoproduction yang memberi peluang kepada 1,200 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjalani latihan amali di organisasi itu selama lapan bulan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan