Kosmo Online - Varia |
Menu ala Amerika Hard Rock Hotel Posted: Menu ala Amerika Hard Rock HotelSET Ramadan Platter menawarkan nasi goreng atau twistet Mac, ayam barbeku, sandwic kambing, sandwic sirlion, mini burger keju Hard Rock dan sebagainya. HOTEL berkonsepkan hiburan pertama negara, Hard Rock Hotel (HRH) Batu Feringghi, Pulau Pinang menyediakan juadah enak kepada para pelanggannya untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan. Pelanggan boleh memilih dua lokasi berbeza untuk berbuka puasa iaitu sama ada di Starz Diner, Hard Rock Hotel atau di Hard Rock Cafe. Berkonsepkan bufet, Starz Diner menyajikan kira-kira 30 menu berkonsepkan hidangan Melayu sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan seperti ulam-ulaman bersama sambal belacan, rojak buah, soto ayam dan pelbagai kuih-muih. Hidangan utamanya pula seperti ayam percik, sate, kari kepala ikan dan murtabak yang dihidangkan bersama nasi, sambal belacan serta ikan bakar. Sebagai penghilang dahaga, air sirap bandung cukup istimewa untuk membasah tekak atau anda boleh mencuba teh tarik serta kopi tarik ala Hard Rock Hotel. Menurut Pengurus Besarnya, John Primmer, menu Melayu sesuai dengan selera masyarakat tempatan semasa bulan Ramadan terutama mereka yang berbuka bersama keluarga, rakan-rakan atau berbuka beramai-ramai. "Pelanggan yang inginkan cita rasa ala Amerika sepenuhnya, set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe pasti memenuhi selera sambil dihiburkan dengan persembahan muzik. "Setiap hidangan ini mengandungi nasi goreng atau twistet Mac, ayam barbeku, sandwic kambing, sandwic sirlion, mini burger keju Hard Rock, kentang bakar, popia sayuran dan ayam tupelo. "Set hidangan ini cukup untuk dua orang dewasa yang turut disajikan bersama sup pilihan serta pencuci mulut," ujarnya. Pada harga RM58 seorang dan separuh harga bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, bufet Starz Diner atau set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe memang memberi pengalaman berbuka puasa yang berbeza kepada pelanggan. Kecuali pada hari Ahad, bufet di Starz Diner digantikan dengan bufet Ramadan di Pizzeria HRH pada harga RM60 seorang. Ujar Primmer, pihaknya turut menyediakan pakej bankuet Ramadan kepada pelanggan untuk majlis berbuka puasa pada harga RM55 seorang. "Sepanjang Ramadan ini HRH turut menawarkan pakej kadar bilik istimewa iaitu RM390 semalam yang meliputi pakej sahur dan berbuka untuk dua orang sama ada di Starz Diner atau Hard Rock Cafe," ujarnya. - ZAKI SALLEH Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Aiskrim durian vanila klasikNEW Zealand Natural menawarkan 25 perisa aiskrim untuk berbuka puasa. CUACA yang panas ketika menjalani ibadah puasa membuatkan anda terbayangkan aiskrim yang sejuk dan enak. Namun bagi mereka yang mahu menjamah sesuatu yang ringan, aiskrim pasti menjadi pilihan untuk berbuka puasa atau dijadikan hidangan pencuci mulut selepas menjamu selera. Bagi mereka yang mahu menikmati aiskrim bersama rakan dan keluarga, New Zealand Natural menawarkan dua set istimewa Ramadan sehingga 4 September ini. Set pertama sesuai dinikmati untuk dua orang iaitu banana split yang dihidangkan bersama dua cawan kopi pada harga RM27.90 berbanding harga biasa RM34.70. Mereka yang datang lebih daripada tiga orang pula boleh memesan set kedua iaitu Mount Cook yang dihidangkan bersama tiga cawan kopi pada harga RM44.90 berbanding harga biasa RM55.60. "Promosi ini ditawarkan di semua cawangan New Zealand Natural kecuali di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. "Untuk set kedua iaitu Mount Cook, pengunjung boleh memilih lima daripada 25 perasa yang ditawarkan," kata Pengarah Operasi NZ Natural Sdn. Bhd., Paul Y. N. Khong. Lebih menarik, penggemar durian boleh menikmati aiskrim berperisa durian yang diadun bersama aiskrim vanila klasik menepati cita rasa tempatan. PENGUNJUNG boleh memilih perisa aiskrim untuk set Mount Cook. Tambah Paul, terdapat dua rasa terbaharu iaitu mocca almond fudge yang pastinya merangsang deria rasa anda. Antara perasa lain yang ditawarkan ialah chocolate ecstasy, serbat mangga, boysenberry, cookies & cream dan macadamia supreme. "Bagi mereka yang berdiet, tidak perlu bimbang kerana aiskrim New Zealand Natural mengandungi 97 peratus bebas lemak. "Semua perasa aiskrim yang dijual adalah halal dan mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," ujarnya ketika ditemui di pusat beli-belah Sunway Piramid baru-baru ini. Katanya, ahli New Zealand Natural berpeluang mendapat beberapa keistimewaan seperti diskaun 10 peratus, kutipan poin, hadiah hari lahir, ganjaran sebagai pembeli tertinggi, menjadi orang pertama yang merasai perasa baharu dan beberapa tawaran eksklusif. Mereka yang mahu menjadi ahli perlu berbelanja lebih RM75 ke atas. Dalam pada itu, New Zealand Natural memberi diskaun sebanyak 30 peratus pada tarikh 30 hari bulan setiap bulan. Cawangan New Zealand Natural boleh didapati di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, Suria KLCC, The Curve, Centro Klang, Sunway Pyramid, The Waterfront, Desa Parkcity, Queensbay Mall dan Sunway Carnival, Pulau Pinang. - NURUL IZZA ROSLY Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan