Kosmo Online |
- Pura-pura pinjam cangkul untuk menyamun
- Dua pencuri kereta ditahan orang ramai
- Ditahan miliki mercun, bunga api
Pura-pura pinjam cangkul untuk menyamun Posted: [unable to retrieve full-text content]BESUT - Seorang lelaki berpura-pura ingin meminjam cangkul sebelum bertindak menyamun seutas rantai emas daripada seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Air Putih Kerandang, dekat sini semalam. |
Dua pencuri kereta ditahan orang ramai Posted: Dua pencuri kereta ditahan orang ramai05/08/2011 9:33pm KUALA LUMPUR - Dua suspek curi kereta ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri setelah kereta yang dicuri itu berlanggar dengan sebuah kereta lain di Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng di sini petang ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kedua-dua suspek itu telah diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Menurut rakan pemilik kereta itu yang enggan dikenali, pada kira-kira 3.30 petang tadi, dia ternampak kereta rakannya yang dilaporkan hilang semalam di tempat letak kereta Megan Avenue dan telah mengetuk cermin tingkap kereta tersebut. Tindakannya itu membuatkan suspek terus memecut kenderaan itu keluar dari kawasan letak kereta sebelum melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu oleh seorang anggota tentera, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Ditahan miliki mercun, bunga api Posted: Ditahan miliki mercun, bunga api05/08/2011 9:32pm KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang buruh kontrak kerana memiliki sejumlah mercun dan bunga api dipercayai untuk dijual pada musim perayaan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, suspek yang berusia 33 tahun ditahan kira-kira 5.45 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Limbong, Paka, Dungun. "Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya menjumpai 21 kotak mercun dan empat kotak bunga api," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Katanya suspek merupakan individu pertama di negeri ini yang ditahan atas kesalahan memiliki mercun dan bunga api pada tahun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan