Ahad, 28 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


6,000 pelajar Malaysia selamat

Posted:

6,000 pelajar Malaysia selamat

6,000 pelajar Malaysia selamat

28/07/2013 10:09pm

KUALA LUMPUR - Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin.

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam ini.

Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut.

"Kita telah keluarkan arahan supaya mereka (pelajar) tidak keluar daripada lokasi penempatan masing-masing dan menjauhi kawasan yang sedang bergolak itu.

"Ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) tidak perlu risau dengan apa yang sedang berlaku kerana langkah-langkah keselamatan telah diambil," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan konflik di Mesir semakin buruk apabila sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh, manakala 1,000 orang lagi cedera dalam per tempuran dengan polis di Kaherah awal pagi semalam. - KOSMO!

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

Posted:

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

28/07/2013 9:19pm

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem The New Village yang dilihat seolah-olah cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.

"GPMS menganggap ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GPMS turut meminta Kementerian Dalam Negeri melihat kandungan filem itu dengan teliti kerana ia membabitkan keselamatan negara.

Akhbar hari ini melaporkan filem yang disifatkan sebagai mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' itu bakal ditayangkan mulai 23 Ogos, sempena bulan kemerdekaan negara.

Laporan itu berkata perkara berkenaan didedahkan sebuah blog selepas sedutan tayangan filem itu mula tersebar sejak akhir-akhir ini.

Ezaruddin turut menegaskan penayangan filem itu akan menimbulkan rasa kurang senang dan melukai banyak pihak termasuk golongan bekas tentera yang berjuang pada zaman menentang komunis. - Bernama

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

Posted:

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

28/07/2013 8:39pm

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenal pasti sebanyak 200,000 hektar tanah terbiar seluruh negara yang berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman padi.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanah tersebut merupakan tanah hak milik individu, namun terbiar tanpa diusahakan dengan sebarang kegiatan pertanian yang boleh menjana pendapatan.

"Kita sedang berhubung dengan tuan punya tanah terbabit dan jika segalanya selesai termasuk urusan penyerahanan (hak milik), kawasan tersebut akan dimajukan segera untuk tanaman padi, manakala tanah terbiar lain juga akan dikaji untuk projek lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat kepada penduduk miskin di Masjid Kampung Charuk Puting, di sini hari ini.

Beliau menambah, masyarakat perlu mengubah tanggapan negatif bahawa sektor pertanian hanya untuk penduduk kampung kerana ia kini berpotensi menjana pendapatan dan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan negara jika dimajukan lebih terancang.

"Penduduk luar bandar perlu komited dan bersungguh-sungguh membabitkan diri dengan aktiviti dan program pertanian seperti ternakan lembu, ternakan ikan air tawar dan pertanian berskala besar yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

"Kementerian komited membantu golongan petani, penternak, peladang dan nelayan dari segi memberi bantuan subsidi dan pinjaman bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka," katanya.

Beliau berkata, mereka perlu aktif dalam sektor pertanian kerana majoriti penduduk di kawasan kampung mempunyai keluasan kawasan tanah bagi mengusahakan projek pertanian yang berimpak tinggi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved