Ahad, 28 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

Posted:

120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

PENYOKONG Morsi membantu seorang lelaki yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Bandar Nasr, Kaherah semalam.


KAHERAH - Sekurang-kurangnya 120 penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh manakala 1,000 yang lain cedera dalam pertempuran dengan polis di sini pagi semalam, kata para doktor dan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Ali ketika memberitahu agensi berita AFP mendakwa polis melepaskan tembakan peluru hidup.

Bagaimanapun, agensi berita milik pemerintah, MENA yang memetik seorang pegawai keselamatan menafikan pihak polis menggunakan peluru hidup.

Menurut laporan MENA, pertempuran meletus pada waktu subuh di jalan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan polis melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan yang membaling batu.

Morsi digulingkan menerusi rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 3 Julai lalu.

Sejak itu, beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin berkumpul di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di sini bagi menuntut Morsi dilantik semula sebagai presiden.

Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi dan penentang rampasan kuasa turut berhimpun di jalan-jalan di Iskandariah hingga mencetuskan pertempuran sengit dan mengorbankan tujuh orang serta mencederakan 194 yang lain.

Pertumpahan darah berlaku beberapa jam selepas Menteri Dalam Negeri sementara, Mohammed Ibrahim memberi amaran bahawa pihaknya akan segera bertindak menyuraikan kumpulan yang berhimpun di bandar Nasr, Kaherah.

Kekacauan mula timbul apabila pihak berkuasa mendakwa Morsi terlibat dalam kes pembunuhan dan beliau ditahan untuk disoal siasat selama 15 hari.

Menurut MENA, Morsi didakwa merancang pembunuhan sejumlah tahanan, para pegawai dan anggota tentera ketika kebangkitan rakyat Mesir menentang diktator Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Pemimpin Islam yang digulingkan itu turut disyaki bekerjasama dengan kumpulan Hamas di Palestin untuk menyerang dan memusnahkan beberapa buah penjara serta melepaskan sejumlah tahanan termasuk dirinya.

Morsi berkemungkinan besar akan dihantar ke penjara Torah yang kini turut dihuni oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.- AFP

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar

Posted:

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar


DUA orang mangsa yang cedera akibat serangan bom di pekan Parachinar, Pakistan dirawat di sebuah hospital kelmarin.


PESHAWAR - Dua serangan berani mati menggegarkan kawasan pasar sibuk di barat laut Pakistan kelmarin dan mengorbankan 51 orang serta mencederakan lebih 150 yang lain, kata beberapa pegawai.

Serangan bom berkembar di pekan Parachinar, daerah Kurram dekat sempadan Afghanistan berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa.

Angka korban dan mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut disahkan oleh ketua hospital awam di Kurram, Dr. Sabir Hussein.

"Kami telah menghantar 20 mangsa yang kritikal ke hospital besar di Peshawar dan Kohat," katanya kepada agensi berita AFP.

Dalam pada itu, jurucakap pentadbiran di Parachinar, Riaz Mehsud berkata, kedua-dua letupan itu dilakukan oleh pengebom berani mati.

Menurut Riaz, letupan menyebabkan sejumlah kereta sorong berterbangan. Ia turut merosakkan lebih 15 premis dan dua buah kereta.

"Kami menemui banyak anggota tubuh termasuk milik pengebom berani mati. Terdapat kesan darah dan cebisan daging manusia di lokasi kejadian," katanya.

Letupan tersebut berlaku di sebahagian besar kawasan pengikut Syiah. Namun, pihak berkuasa menyatakan mereka belum dapat mengecam identiti mangsa.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. Tetapi, siri serangan yang dilancarkan pengikut pelampau Sunnah terhadap minoriti Syiah Pakistan kian meningkat terutama di Kurram.

Pengikut Syiah mewakili 20 peratus daripada 180 juta penduduk di negara kuasa nuklear itu.

Lebih 6,000 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa serangan di Pakistan sejak enam tahun lalu. - AFP

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar

Posted:

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar <i>Times of London</i>

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar Times of London


Tayyip Erdogan


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan mengancam untuk menyaman akhbar Times of London kerana menyiarkan satu surat terbuka sekumpulan selebriti dan ahli akademik yang mengkritik cara beliau menangani protes antikerajaan di Turki.

Aktor Sean Penn, Susan Sarandon dan Ben Kingsley merupakan antara selebriti yang menandatangani sekeping surat yang menuduh kerajaan pimpinan Erdogan memerintah secara diktator dan menyebabkan kematian lima orang penunjuk perasaan selepas mereka bertempur dengan polis.

"Times menggunakan ruang dalam akhbar untuk mendapatkan wang. Ini adalah zaman kejatuhan Times. Kami akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Times," kata Erdogan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen NTV.

Erdogan menyifatkan mereka yang menandatangani surat tersebut yang disiarkan dalam satu halaman penuh sebagai tidak menyokong demokrasi sepenuhnya.

"Jika mereka benar-benar percayakan demokrasi, mereka tidak akan menggelar sebuah parti yang memenangi 50 peratus daripada undi rakyat sebagai diktator," tambah Erdogan.

Surat itu juga menuduh Erdogan tidak mengamalkan prinsip kebebasan media kerana telah memenjarakan berpuluh-puluh orang wartawan sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved