Rabu, 7 September 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


10 maut gempa di Aceh

Posted:

10 maut gempa di Aceh

10 maut gempa di Aceh

BEBERAPA penduduk memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi di Singkil, Aceh semalam.


JAKARTA – Seramai 10 orang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah pantai barat, di Selatan Aceh awal semalam.

Pengesahan angka kematian itu dibuat oleh Menteri Sosial, Salim Segaf Al-Jufrie.

Gempa bumi itu menyebabkan penduduk berasa panik sehingga mereka melarikan diri dari rumah, hotel dan hospital.

Ia berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan sekali gus menyebabkan penduduk di beberapa bandar dan kampung di Pulau Sumatera terjaga kerana merasai gegaran.

Gempa bumi itu berpusat 100 kilometer (km) ke barat daya bandar Medan dan kedalaman 78km di dalam tanah.

Datuk Bandar di Subulussalam, Maura Sakti memberitahu stesen televisyen TVOne, seorang budak lelaki berusia 12 tahun turut terbunuh dalam gempa bumi itu. – Agensi

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk

Posted:

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk


BUAYA paling besar pernah ditangkap terperangkap di sebuah teluk di bandar Bunawan, Filipina pada Sabtu lalu.


MANILA – Sejumlah penduduk kampung yang menangkap seekor buaya gergasi di bandar Bunawan pada Sabtu lalu dipercayai yang paling besar pernah ditangkap hidup-hidup, kata beberapa pegawai semalam.

Buaya jantan seberat 1,075 kilogram (kg) dan sepanjang 6.4 meter itu disyaki membaham seorang petani yang hilang pada Julai lalu di bandar Bunawan dan membunuh seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan kepalanya putus dua tahun lalu.

Namun seorang pemburu, Rollie Sumiller yang memeriksa perut buaya tersebut dengan memaksa haiwan berkenaan muntah tidak menemui sebarang petunjuk ia telah memakan manusia itu dan beberapa ekor buaya yang dilaporkan hilang.

"Masyarakat lega," kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap.

Namun, katanya: "Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini."

Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu.

Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu.

Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia.

"Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang," katanya.

Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter.

Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia.

Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982.

Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan.

Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu.

Namun, buaya itu mudah membaham makanan itu dan tali yang mengikat daging tersebut putus.

Satu kabel logam kemudian digunakan dan ia menyebabkan rahang buaya tersebut tersangkut menyebabkan haiwan itu ditangkap dengan bantuan kira-kira 30 lelaki tempatan di sebuah teluk di sini. – AFP

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean

Posted:

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean


ROWAN ATKINSON berlakon dalam salah satu adegan filem Mr. Bean's Holiday.


LONDON – Pelakon Rowan Atkinson yang melakonkan watak Mr. Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem, lapor sebuah akhbar semalam.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya, dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr. Bean.

Siri televisyen pertama Mr. Bean muncul selama lima tahun sejak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun ia mendapat kritikan.

Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 dan Mr. Bean's Holiday empat tahun lalu selain Johnny English.

Dia kini sibuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dan Rosamund Pike.

Namun, dia berkata: "Saya berasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr. Bean). Saya suka Mr. Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat."

Atkinson berkata, umurnya semakin meningkat.

"Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr. Bean," katanya. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved