Jumaat, 7 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Parlimen Crimea mahu berpisah dari Ukraine

Posted:

Parlimen Crimea mahu berpisah dari Ukraine

Parlimen Crimea mahu berpisah dari Ukraine

BEBERAPA anggota kumpulan bersenjata Crimea berkawal di bangunan Parlimen wilayah berkenaan di Simferopol semalam.


SIMFEROPOL, UKRAINE - Para wakil rakyat Crimea semalam meng- umumkan tarikh 16 Mac ini untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan sama ada wilayah berkenaan akan berpisah dari Ukraine bagi menyertai Rusia.

"Referendum ini merupakan tindak balas kami berhubung huru-hara di ibu negara Ukraine, Kiev," kata seorang wakil rakyat wilayah berkenaan, Sergei Shuvainikov.

"Kami sendiri akan menentukan masa depan kami," tambahnya.

Parlimen Crimea yang mempunyai 100 kerusi mengundi 78-0 dengan lapan menarik diri untuk mengadakan pungu- tan suara bagi membolehkan wilayah itu menyertai Rusia.

Crimea yang didiami penduduk majoriti berketurunan Rusia sebelum ini memperoleh kuasa autonomi meluas daripada Kiev.

Konflik Ukraine dengan Rusia berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.

Yanukovych melarikan diri selepas beliau menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi mereda- kan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara anggota-anggota polis dengan penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.

Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasa- ran di Eropah.

Namun, Rusia kemudian tidak mengiktiraf Turchnov sebagai Presiden sementara.

Sebaliknya, Rusia masih mengiktiraf Yanukovych sebagai Presiden Ukraine kerana beliau mempunyai hubungan amat rapat dengan Moscow.

Sejumlah askar-askar Rusia kemudian didapati mengawal beberapa lokasi di Semenanjung Crimea.

Semenanjung itu juga mempunyai sebuah pangkalan tentera Rusia. - Agensi

Asteroid lintas bumi lebih dekat dari bulan

Posted:

Asteroid lintas bumi lebih dekat dari bulan

Asteroid lintas bumi lebih dekat dari bulan


GAMBARAN artis menunjukkan sebuah asteroid sebesar padang bola sepak melintasi orbit bumi kelmarin.


WASHINGTON - Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak melintasi bumi kelmarin pada jarak yang lebih dekat dari bulan.

Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata, objek berkenaan tidak mengenai bumi atau menyebabkan sebarang kesan.

Katanya, kejadian itu dianggap jarang berlaku untuk sebuah objek angkasa yang melintasi bumi lebih hampir berbanding bulan.

"Sebuah asteroid yang dikenalpasti melintasi bumi pada Rabu lalu pada jarak yang lebih dekat berbanding bulan,'' kata NASA dalam laman webnya.

Asteroid tersebut melintasi bumi pada jarak kira-kira 350,000 kilometer lebih dekat berbanding bulan yang berada pada jarak kira-kira 385,000 kilometer.

NASA menemui objek berkenaan melalui usaha mengesan asteroid yang dikenali sebagai Program Pemerhatian Objek Berhampiran Bumi. - AFP

Dibuang keluarga kerana penyakit

Posted:

Dibuang keluarga kerana penyakit

Dibuang keluarga kerana penyakit


SAROTIN yang hidup sendirian selepas dibuang ahli keluarganya terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan hidup.


BANDUNG, Jawa Barat - Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil.

Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka.

Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya.

Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula.

Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya.

Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved