Jumaat, 7 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lebih 5,000 penduduk bantah pembinaan tempat simpan abu mayat

Posted:

Lebih 5,000 penduduk bantah pembinaan tempat simpan abu mayat

Lebih 5,000 penduduk bantah pembinaan tempat simpan abu mayat

07/03/2014 11:10pm

ALOR SETAR - Lebih 5,000 penduduk, melibatkan tujuh kawasan perumahan, membantah cadangan membina sebuah bangunan columbarium (tempat penyimpanan abu mayat) di Jalan Kilang Tebu di sini.

Pengerusi Persatuan Taman Setia, Yusni Ahmad mendakwa pembinaan columbarium akan menimbulkan masalah bagi penduduk di kawasan berhampiran iaitu Kampung Baru, Tambak Bunga, Taman Samudera, Taman Setia, Taman Kuantan, Taman Mega dan Jalan Kilang Tebu.

Beliau berkata, cadangan pembinaan bangunan itu telahpun diluluskan semua pihak termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan akan dibina pertengahan tahun ini.

Yusni berkata, bantahan dibuat berikutan lokasi yang terlalu dekat dengan rumah penduduk dan pihak yang terlibat juga tidak pernah meminta pandangan penduduk sebelum melaksanakan projek itu.

"Kami akan menyerahkan surat bantahan kepada pejabat Menteri Besar agar projek itu dibatalkan bagi memastikan keharmonian antara kaum terjamin," katanya ketika ditemui di tapak pembinaan columbarium berkenaan hari ini. - Bernama

PRK Kajang: Calon boleh hilang kelayakan jika ejen penyokong ganggu proses penamaan

Posted:

PRK Kajang: Calon boleh hilang kelayakan jika ejen penyokong ganggu proses penamaan

PRK Kajang: Calon boleh hilang kelayakan jika ejen penyokong ganggu proses penamaan

07/03/2014 10:10pm

KAJANG - Calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang boleh hilang kelayakan untuk berbuat demikian jika ejen mereka didapati sengaja mengganggu proses penamaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, ejen dan penyokong calon yang hadir pada hari berkenaan perlu mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, antaranya Seksyen 24A yang melarang penyokong membawa pembesar suara, alat muzik, bersyarah atau berkempen.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM3,000.

"Di bawah undang-undang, jika anda didenda lebih daripada RM2,000 dan jika anda ditangkap dan dibuktikan adalah ejen calon, calon akan terlibat sama, boleh menyebabkan tidak layak," katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Bangi hari ini. - Bernama

Komik 'Ultraman The Ultra Power' diharam kerana boleh rosakkan akidah

Posted:

Komik 'Ultraman The Ultra Power' diharam kerana boleh rosakkan akidah

Komik 'Ultraman The Ultra Power' diharam kerana boleh rosakkan akidah

07/03/2014 9:21pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.

Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

"Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut jika tidak dibendung, perkara berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved