Selasa, 4 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pengguna tidak bayar lebih

Posted:

Pengguna tidak bayar lebih

Pengguna tidak bayar lebih

BERMULA 1 April 2015, kerajaan akan melaksanakan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang digunakan sebelum ini.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober tahun lalu.

Rata-rata rakyat Malaysia menganggap penggunaan GST akan menambahkan lagi beban mereka dalam menanggung perbelanjaan kehidupan sehari-hari. Mereka beranggapan, jika GST dilaksanakan, rakyat mungkin perlu membayar lebih daripada harga yang sepatutnya.

Namun, hakikatnya pelaksanaan GST merupakan usaha kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baharu dan memperkemas kaedah kutipan cukai.

Hakikatnya, sistem cukai baharu tersebut menjadikan pengguna tidak membayar lebih di atas pembekalan barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan kerana cukai akan ditetapkan berkadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut. Ini sekali gus membolehkan pengguna menikmati harga lebih murah bagi pelbagai jenis keperluan.

Perkara ini diakui oleh seorang pelajar Sarjana Perhubungan Awam Antarabangsa dan Pengurusan Komunikasi Global di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK), Nurdhiya Aizat Othman yang menetap di UK sejak September tahun lalu.

Pengalaman berada di negara yang mempraktikkan GST atau juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT) itu telah membuka matanya mengenai kebaikan sistem tersebut.

"Sebelum datang ke sini, saya ada meluangkan masa untuk mengkaji serba sedikit mengenai negara ini dan salah satunya ialah VAT.

"Ia boleh dianggap sebagai persediaan untuk saya berbelanja secara berhemah dan mengurangkan pembelian terhadap barangan berjenama yang diminati sebelum ini," katanya melalui kiriman e-mel kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah anak kelahiran Raub, Pahang itu, meskipun mempunyai visa berstatus pelajar di UK, dia tetap membayar VAT berbanding mereka yang datang ke sana sebagai pelancong.


PENGGUNA tidak perlu rasa terbeban kerana bukan semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST. – Gambar hiasan


Tuntut perbelanjaan

"Bagi pelancong, mereka boleh menuntut semula perbelanjaan VAT yang meliputi bil penginapan di hotel, makanan dan minuman serta bayaran sewa kereta daripada pejabat kastam di lapangan terbang negara ini.

"Secara umumnya, hampir kesemua barangan di sini dikenakan cukai sebanyak 20 peratus dan hanya sebahagian kecil sahaja pada kadar lima peratus manakala makanan mentah tidak dikenakan VAT," jelasnya.

Justeru, Nurdhiya Aizat berkata, dia lebih gemar membeli bahan mentah dan memasaknya di asrama bagi menjimatkan perbelanjaan sehari-hari.

Dalam pada itu, dia menjelaskan kerajaan di sana telah menggunakan hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan VAT untuk menambah baik pentadbiran negara terutama dalam perkara meliputi kemudahan dan perkhidmatan asas yang disediakan kepada rakyat.

Memetik portal rasmi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, GST atau juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.

GST dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun GST dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

GST adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan seperti yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

Pasukan khas

Asas utama GST ialah ciri-ciri kawalan kendiri yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak kerajaan dan juga peniaga. Sehubungan itu, sistem penyampaian kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.


Jadual menunjukkan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus seperti yang tertera dalam Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975. Sumber portal Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Rakyat perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosioekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

"Sejak beberapa dekad lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem GST berperingkat. Hari ini, hampir 90 peratus penduduk dunia hidup dalam negara dengan GST. Antaranya termasuklah China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India,"jelas laman web itu.

Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat, Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) (Tesco Malaysia), Azlam Shah Alias berkata, pihaknya sudah menjangka terlebih dulu rancangan pelaksanaan GST ini.

Sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan sebuah pasukan khas berkenaan GST di ibu pejabat Tesco yang terletak di pusat beli-belah Kepong Village Mall, Kepong, Kuala Lumpur. Pasukan tersebut terdiri daripada 30 orang kakitangan di peringkat pengurusan bagi merangka pelan selanjutnya.

"Pasukan ini juga bertanggungjawab untuk mengendalikan segala perubahan pada sistem dan proses sedia ada supaya dapat bersedia sepenuhnya sebelum pelaksanaannya nanti.

"Bagaimanapun, jangka masa yang singkat merupakan cabaran paling besar kami bagi menghadapi GST kerana ia akan membabitkan perubahan harga melibatkan kira-kira 60,000 rangkaian produk yang dijual di Tesco," katanya ketika ditemui di Kepong baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Projek GST 1, Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman berkata, GST adalah satu bentuk cukai kepenggunaan iaitu cukai yang dikenakan ke atas perbelanjaan.

Menurut beliau, walaupun GST adalah cukai kepenggunaan namun ia adalah berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang sedang dilaksanakan pada kadar antara lima sehingga 10 peratus di Malaysia pada masa kini.

"SST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekal termasuk barangan dan perkhidmatan yang diimport.

"Sementara bayaran GST akan dikenakan pada setiap tahap berlakunya penambahan nilai dalam proses yang terlibat. Ini secara amnya bermaksud GST dibayar oleh semua golongan," terangnya apabila GST dilaksanakan, SST akan dihapuskan.


NURDHIYA mengakui GST yang diamalkan di United Kingdom mempunyai banyak kebaikan sepanjang beliau belajar di negara itu.


Tambah Ezleezan, pelaksanaan GST tidak bertujuan untuk menangani masalah defisit negara atau menambah hasil negara. Sebaliknya, pelaksanaan GST merupakan suatu proses menjadikan sistem percukaian negara lebih komprehensif.

"Selain itu, pelaksanaannya perlu bagi menggantikan SST yang mempunyai banyak kelemahan. Isu cukai atas cukai, cukai bertindih, aktiviti pindahan harga dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang dan perkhidmatan yang dieksport antara kelemahan yang dapat dilihat.

"Kelemahan-kelemahan ini bukan sahaja merugikan negara dari segi pungutan hasil tetapi merugikan pengguna kerana perlu membayar lebih. Pelaksanaan GST dijangka dapat menangani kelemahan pada sistem percukaian pada masa kini," jelasnya.

Cukai gantian hanya enam peratus

Posted:

Cukai gantian hanya enam peratus

Cukai gantian hanya enam peratus


PELAKSANAAN GST yang akan dibuat mulai April tahun hadapan dapat menggelakkan barang atau perkhidmatan dikenakan cukai berganda.


MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebenarnya dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan pematuhan cukai-cukai lain seperti cukai pendapatan dan duti kastam.

Namun, pengenaan GST hanyalah ke atas nilai tambah bagi sesuatu peringkat pengagihan supaya barang atau perkhidmatan berkenaan tidak dikenakan cukai berganda.

Ini kerana semua bahan mentah dan barangan modal yang telah dibayar cukai pada peringkat input dan digunakan untuk tujuan perniagaan, boleh dituntut semula daripada kerajaan.

Pengarah Projek GST 1, Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman menjelaskan, GST bukan satu cukai yang baharu tetapi ia adalah cukai gantian.

Ia dikenakan pada kadar enam peratus sahaja yang akan menggantikan dua cukai semasa iaitu cukai jualan yang dikenakan pada kadar lima dan 10 peratus, manakala cukai perkhidmatan enam peratus.

"Struktur GST yang dijangka dilaksanakan di Malaysia pada 1 April tahun hadapan adalah berbeza dengan negara-negara yang telah lama melaksanakannya. Ia dibentuk dengan mengambil kira kedudukan sosioekonomi rakyat.

"Tidak semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST. Antara barangan yang tidak akan dikenakan GST adalah makanan asas seperti beras, tepung, gula rempah ratus, ikan, telur dan minyak masak.

"Untuk mengekalkan daya saing negara, barangan yang dieksport juga dikecualikan daripada GST dan perkhidmatan-perkhidmatan asas seperti sistem pengangkutan awam, sistem pendidikan dan kesihatan telah dikecualikan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pelaksanaan ini tidak terlalu membebankan rakyat memandangkan ia bukan suatu cukai yang baharu tetapi hanya menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Secara sedar ataupun tidak, kita sebagai pengguna sudah pun membayar cukai.


PEMBELIAN perabot turut dikenakan cukai jualan.- Gambar hiasan


Elemen cukai

Sebagai contoh, apabila membeli baju atau perabot, ia sudah mempunyai elemen cukai jualan pada harga barang tersebut. Cukai perkhidmatan dibayar apabila kita menikmati makanan di restoran makanan segera mahupun melanggan siaran televisyen berbayar.

"Kadar GST yang dicadangkan iaitu enam peratus dilihat antara yang terendah berbanding negara-negara pengamal GST lain seperti Denmark yang mengenakan kadar 25 peratus.

"GST juga dapat mengurangkan ketirisan kutipan cukai dalam kalangan peniaga sehingga menyukarkan mereka mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan berlebihan dan sistem yang lebih telus," katanya ketika ditemui.

Beliau mengingatkan bahawa struktur GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia adalah bersifat progresif dengan memberi perhatian terhadap pengguna dengan kadar cukai sifar terhadap barangan dan perkhidmatan asas.

Dalam mewujudkan dan meningkatkan kesedaran umum terhadap GST, katanya, pihak kerajaan sama pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sedang giat menjalankan pelbagai program pendidikan di seluruh negara.

Sehingga kini, lebih 160 buah negara di seluruh dunia telah melaksanakan GST di negara masing-masing. Negara-negara maju yang terlibat ialah United Kingdom, Jepun, Jerman, Sweden, Belanda, Denmark dan Singapura, sementara negara-negara jiran adalah Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Sementara itu, pengusaha makanan sejuk beku bayi Kebi Bebi Enterprise, Khairul Dariah, 40, memberitahu, pihak berwajib harus peka dengan situasi yang dihadapi oleh kebanyakan peniaga produk industri kecil dan sederhana (IKS).

"Kami menyahut dan menyambut baik pelaksanaan GST jika diberi pemahaman yang jelas berhubung manfaat yang diperoleh.

"Difahamkan kami boleh membuat tuntutan semula terhadap kos input yang dikenakan cukai daripada kerajaan. Namun begitu, proses ini tidak dijelaskan secara terperinci sehingga segelintir peniaga menolak pelaksanaan sistem baharu ini," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Penjelajah angkasa Afrika pertama

Posted:

Penjelajah angkasa Afrika pertama

Penjelajah angkasa Afrika pertama


KESEMPITAN wang memaksa Maseko berhenti belajar dan bekerja sebagai DJ di sebuah kelab hiburan.


TIADA seorang pun dalam keluarga Mandla Maseko pernah menjejak kaki di luar negara kelahiran mereka, Afrika Selatan, namun deejay muda itu bakal mencipta sejarah dengan berada di angkasa lepas pada tahun hadapan.

Berasal dari daerah Mabopane yang terletak berdekatan Pretoria, jejaka berusia 25 tahun itu berpeluang untuk berada sejauh 103 kilometer di angkasa pada tahun 2015 selepas memenangi satu pertandingan yang dianjurkan akademi angkasa dari Amerika Syarikat (AS).

Dia menewaskan jutaan peserta dari 75 negara seluruh dunia untuk melayakkan dirinya sebagai salah seorang daripada 23 'angkasawan segera' yang lain yang akan mengembara selama sejam di sub orbit menggunakan kapal angkasa Lynx Mark II.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan awam yang terpaksa menangguhkan pembelajarannya kerana kesempitan wang itu bakal merasai pengalaman graviti sifar dan pengembaraan yang biasanya dengan kos AS$100,000 (RM334,650) seorang.

Melainkan jika terdapat individu kulit hitam kaya dari Afrika Selatan yang menempah tiket lawatan angkasa itu dan mengembara sebelum tahun hadapan, Maseko akan menjadi warga Afrika berkulit hitam pertama yang memasuki angkasa lepas.

Seperti seorang remaja tipikal di kampungnya, dia masih tinggal bersama ibu bapa dan empat adik-beradiknya yang lain. Ironi kemenangan beliau itu diumumkan hanya beberapa jam selepas berita kematian Presiden Kulit Hitam Pertama Afrika Selatan, Nelson Mandela pada 5 Disember 2013.

Dalam keterujaannya meraih tempat eksklusif berkenaan, Maseko telah membayangkan satu perbualan dengan Mandela.

"Saya telah menyempurnakan pertandingan tersebut dan kini obor seterusnya. Teruskan larian anda dan jadilah individu kulit hitam Afrika Selatan pertama di angkasa," katanya berkenaan perbualan.

KEMENANGAN Maseko menjadikan dia sebagai warga Afrika kulit hitam pertama menjejak kaki ke angkasa lepas.


Perjalanannya dari sebuah kawasan kelas pertengahan ke termosfera bermula dengan satu lompatan dari sebuah dinding. Ia disebabkan oleh syarat kelayakan yang mengkehendaki peserta mengambil gambar ketika melompat dari dinding pada sebarang ketinggian.

Pilihan pertama beliau ialah melompat dari atap rumah tiga bilik keluarganya tetapi dilarang oleh ibunya, Ouma, kerana takut anak beliau itu jatuh dan patah kaki. Tidak berputus asa, Maseko beralih ke dinding perimeter kediamannya yang setinggi dua meter sambil dirakamkan oleh rakannya menggunakan telefon bimbit.

Ternyata usaha lelaki itu tidak sia-sia kerana berjaya dipilih untuk menyertai cabaran pada peringkat seterusnya.

Beliau akhirnya berjaya mendapat tempat dalam roket berkenaan setelah berjaya mengharungi ujian fizikal dan kebolehan yang sukar dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Akademi Angkasa Apollo Axe dan tajaan dari syarikat Unilever dan firma pelancongan angkasa lepas, Space Expedition Corporation (SXC).

Kegembiraan terhadap kemenangan itu jelas menggambarkan tercapainya impian yang dimiliki sejak kecil.

Pencapaian

Ahli keluarganya berkata, mereka tidak pernah meragui pencapaian Maseko yang pernah menjadi pembantu paderi di gereja Aglican di kampungnya.

"Ketika mengandungkan Mandla, saya tahu bahawa dia akan menjadi seorang bintang suatu hari nanti," ujar ibunya.

Dilahirkan oleh ibu yang bertugas sebagai pembersih sekolah dan bapanya yang bekerja sebagai pembuat barangan automotif, kejayaan Maseko itu telah meletakan di perbandaran Soshanguve dalam peta galaksi.

Perancangan masa panjangnya adalah menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan aeronautik dan layak sebagai pengembara angkasa dengan impian utama untuk meletakkan bendera Afrika Selatan di bulan.

MASEKO dan 23 angkasawan lain dari seluruh negara akan dibawa mengembara ke angkasa selama sejam.


Menteri Sains dan Teknologi Afrika Selatan, Derek Hanekom berkata, Maseko dilihat sebagai contoh terbaik kepada profesional dan peminat angkasa lepas masa hadapan.

"Pengalaman beliau datang tepat waktunya ketika Afrika Selatan sedang bersedia untuk merealisasikan cita-cita angkasa lepasnya sebagai hos teleskop radio astronomi paling besar dan berkuasa dunia," ujarnya.

Pengarah projek program tersebut, Bernie Fanaroff, turut mengangkat Maseko sebagai duta dalam bidang sains.

"Apa sahaja yang mampu mengangkat profil sains adalah sesuatu yang baik kerana ia menarik minat golongan muda terhadap apa yang boleh dicapai dalam arena sains dan kejuruteraan," kata beliau.

Selama seminggu Maseko berada di Akademi Angkasa Kennedy, Florida, AS untuk menjalankan latihan mencabar seperti terjunan udara dan latihan daya g atau daya yang disebabkan oleh pecutan graviti.

Semasa di sana, beliau telah bertemu dengan angkasawan AS, Buzz Aldrin yang juga merupakan lelaki kedua menjejakkan kaki di permukaan bulan selepas Neil Armstrong dalam misi angkasa Apollo 11 pada tahun 1969.

Bagi Maseko, ia satu pengalaman yang penuh magis.

"Ini pasti perasaan yang dialami ketika berada di ruang angkasa nanti," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved