Selasa, 4 Februari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Hanyut di lautan lebih setahun

Posted:

Hanyut di lautan lebih setahun

Hanyut di lautan lebih setahun

ALBARENGO dibantu seorang jururawat lelaki semasa dia tiba di Majuro semalam.


MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.

Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup.

Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.

Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan.

Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll.

Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.

Wajah nelayan itu mirip aktor Tom Hanks yang berjambang semasa dia berlakon dalam filem Cast Away yang ditayangkan pada tahun 2000.

Dalam cerita itu, Hanks yang berlakon sebagai seorang kakitangan syarikat penghantar surat dan bungkusan, terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.

Albarengo memberitahu pihak berkuasa, dia keluar belayar untuk menangkap ikan jerung pada penghujung Disember 2012 dari Mexico yang terletak sekitar 10,000 kilometer dari sini.

Namun, dia dan seorang rakannya yang berusia antara 15 hingga 18 tahun telah dihanyutkan ombak selepas bot yang dinaikinya ditiup angin dan mereka kemudiannya sesat di lautan.

Namun, rakannya itu telah meninggal dunia sebulan selepas mereka hanyut di lautan.

Seorang pembikin filem yang berpangkalan di sini, Jack Nieden- thal memberitahu agensi berita Reuters, Albarengo turun dari bot tersebut dengan mukanya dipenuhi janggut.

"Dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kedua-dua kakinya amat kurus. Saya tidak bersedia untuk menganggap kisahnya itu sebagai satu penipuan," tambahya.

Seorang jururawat lelaki kemudian membantunya menuruni tangga bot tersebut sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan.

"Dia sepatutnya keluar menangkap ikan selama sehari sahaja tetapi dihanyutkan ombak akibat tiupan angin utara," kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kepulauan Marshall, Tom Armbruster kepada media.

Nelayan itu memberitahu Armbruster, dia berasal dari El Salva- dor tetapi telah menetap di Mexico selama 15 tahun.

Armbruster menjadi penterjamah kerana nelayan tersebut hanya boleh berbahasa Sepanyol.

Nelayan itu tinggal di Tapachula dekat sempadan Mexico dengan Guatemala dan bekerja untuk syarikat Camoronera Dela Costa.

Albarengo berkata, dia mahu menghubungi keluarganya iaitu isteri dan seorang anak perempuan- nya di El Salvador.

Namun begitu, dia tidak dapat mengingati nombor telefon rumahnya itu.

Edidor Marshall Islands Journal, Giff Johnson berkata, semasa ditemui dua orang penduduk, nela- yan tersebut hanya memakai sepasang seluar dalam.

Menurutnya, terdapat air di dalam bot gentian kaca yang dinaiki- nya itu.

Ketua Imigresen Kepulauan Marshall, Damien Jacklick berkata, pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.

Menurutnya, Jabatan Luar kepulauan itu merancang untuk menghubungi beberapa pegawai di luar negara bagi membolehkan dia dihantar pulang.

Namun, nelayan itu menyatakan, dia tidak dapat mengingati semua kejadian yang berlaku semasa botnya hanyut. - Agensi

Aktor Hollywood ditemui mati

Posted:

Aktor Hollywood ditemui mati

Aktor Hollywood ditemui mati

GAMBAR fail menunjukkan Hoffman bergambar bersama Oscar ekoran kemenangannya sebagai pelakon lelaki terbaik pada Anugerah Academy kali ke-78 di Hollywood pada 5 Mac 2006.


NEW YORK - Pelakon pemenang anugerah Oscar, Philip Seymour Hoffman ditemui mati di dalam apartmennya di sini kelmarin, lapor saluran berita NBC News.

Dua sumber pihak berkuasa memberitahu NBC bahawa kematian Hoffman dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah berlebihan.

Mayat aktor tersebut yang berpakaian ditemui oleh seorang rakannya di dalam bilik air kediamannya.

"Kami amat bersedih dengan kematian Hoffman dan menghargai kasih sayang dan sokongan yang diberikan kepada kami," kata keluarga pelakon tersebut dalam satu kenyataan kepada saluran televisyen CNBC.

Dalam pada itu, pejabat koroner belum mengesahkan punca sebenar kematian aktor berkenaan, manakala polis masih menyiasat kes tersebut.

Hoffman mempunyai tiga orang anak bersama seorang teman wanitanya, Mimi O'Donnell.

Dia memenangi anugerah Oscar sebagai Aktor Terbaik pada 2005 untuk filem biografi, Capote.

Pelakon tersebut pernah menerima tiga pencalonan anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Charlie Wilson's War (2008), Doubt (2009) dan terbaharu, The Master pada tahun lalu. - Agensi

Gunung Sinabung meletus lagi selepas 16 orang maut

Posted:

Gunung Sinabung meletus lagi selepas 16 orang maut

Gunung Sinabung meletus lagi selepas 16 orang maut


GUNUNG Sinabung menghamburkan debu dan asap dapat dilihat dari Kampung Payung, Sumatera Utara semalam.


KARO - Gunung Sinabung di utara Sumatera, Indonesia yang meragut 16 nyawa sekali lagi menghamburkan abu dan batu ke udara semalam.

Letusan terbaharu itu menyebabkan usaha mencari mangsa-mangsa bencana tersebut terpaksa ditangguhkan.

Sebelum usaha menyelamat dihentikan, satu pasukan penyelamat menemui lapan bangkai motosikal rentung tertanam di bawah abu Gunung Sinabung yang meletus pada Sabtu lalu.

Letusan itu adalah yang pertama mencatat korban sejak Gunung Sinabung di Sumatera kembali aktif pada September tahun lalu selepas pasif selama beberapa tahun.

Agensi Mitigasi Kebangsaan Indonesia menyatakan, Gunung Sinabung yang beberapa kali meletus dalam sehari, menghambur abu panas dan batu setinggi 2,500 meter ke udara.

"Kami memutuskan untuk menghentikan sementara operasi mencari dan menyelamat kerana faktor keselamatan," kata ketua cawangan setempat agensi berkenaan, Rochmali.

Kebanyakan mangsa yang maut dalam letusan kelmarin merupakan pelancong tempatan termasuk empat pelajar sekolah menengah yang mati serta-merta apabila mereka diselubungi terkena gas dan abu panas.

Sinabung merupakan antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved