Selasa, 4 Februari 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dakwah Pahrol melalui tulisan

Posted:

Dakwah Pahrol melalui tulisan

Dakwah Pahrol melalui tulisan

ANTARA koleksi buku terbaharu tulisan Pahrol Mohamad yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca.


PENULISAN dakwah merupakan aktiviti penyampaian maklumat tentang Islam bagi mengajak manusia ke arah kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka.

Selain berkongsi maklumat, pendekatan seperti ini juga bertujuan mentarbiah jiwa pembaca supaya terkesan untuk mencintai Allah SWT, patuh dan tunduk dengan suruhan-Nya.

Itulah gaya penulisan pilihan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, 53, dalam 20 buah buku karyanya. Antara bukunya yang popular termasuklah Mukmin Profesional, Semuanya Soal Hati dan Beduk Diketuk.

Walaupun berkelulusan dalam bidang teknologi makanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), namun selepas tamat pengajian pada tahun 1988, beliau telah bergiat aktif dalam bidang penulisan khususnya dalam penulisan dakwah dan pendidikan Islam.

Sejak itu, minatnya dalam bidang penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah terbitan tempatan seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selepas 26 tahun bergelumang dalam bidang penulisan, kini beliau merupakan Ketua Pengarang di syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. (Telaga Biru) merangkap Ketua Editor Majalah Solusi.

Walaupun pernah menjawat jawatan kaunselor di Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997 dan 1998, namun disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan Pahrol sanggup melepaskan jawatan tersebut.

Menurut anak kelahiran Ipoh, Perak itu, minatnya dalam bidang penulisan timbul daripada hobi membaca karya-karya penulisan Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan kitab Ihya Ulumuddin hasil karya tokoh ilmuwan Islam, Imam al-Ghazali sejak di bangku sekolah.

Namun, minatnya terhadap penulisan dakwah timbul hasil penglibatan dalam bidang dakwah.

"Saya dapati berdakwah secara lisan sudah ramai yang melakukannya, namun dakwah melalui penulisan artikel atau buku-buku masih kurang," katanya ketika ditemu bual di pejabatnya baru-baru ini.


PAHROL MOHAMAD bergambar bersama sebahagian karyanya.


Cerita-cerita santai

Beliau berpendapat, penulisan boleh dianggap sebagai pendakwah, pendidik dan pemimpin yang paling baik kepada masyarakat secara tidak rasmi.

Sementara itu, mengulas mengenai salah satu buku terbaharunya yang berjudul, Angguk Geleng yang diterbitkan oleh Telaga Biru pada bulan April tahun lalu, setakat ini buku setebal 258 muka surat itu telah terjual hampir 15,000 naskhah.

Buku berharga RM22 itu menghimpunkan 115 cerita santai yang mengandungi pengajaran dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Katanya, manusia yang lalai tidak suka digesa atau dipaksa untuk melakukan kebaikan secara mengejut, sebaliknya mereka suka dipujuk, dibelai dan diajak ke arah positif dengan kasih sayang.

"Melalui buku ini, pembaca diajak ke arah kebaikan secara tidak sedar melalui pemikiran dan emosi yang tidak diundang hasil cerita-cerita yang terdapat dalam buku ini," jelasnya.

Menurut Pahrol, buku tersebut diilhamkan daripada gerakan kepala yang mengangguk dan menggeleng, namun pada masa yang sama fikiran dan hati turut tunduk mengiya atau berpaling daripada jalan kebenaran.

Terkini, beliau giat menyiapkan tiga buah buku dakwah untuk dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijangka berlangsung pada bulan April ini.

Aplikasi KakaoTalk dilancar di Malaysia

Posted:

Aplikasi KakaoTalk dilancar di Malaysia

Aplikasi KakaoTalk dilancar di Malaysia


APLIKASI sosial mudah alih, KakaoTalk boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma di telefon pintar.


WALAUPUN platform sosial mudah alih ini mula bertapak di Malaysia kira-kira dua tahun lalu, namun masih ramai yang tidak mengetahui bahawa ia masih belum mempunyai pejabat rasmi di Malaysia hingga akhir tahun lalu.

Dengan pelancaran secara rasmi di The Bee, Publika Kuala Lumpur baru-baru ini, maka terjawab sudah penantian aplikasi sosial mudah alih yang berasal dari Korea Selatan, Kakao Talk yang pasti menjanjikan para penggunanya satu pengalaman berskala epik.

Disediakan sebagai aplikasi yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma, KakaoTalk kini boleh didapati di telefon pintar iOS, Android, Blackberry, Windows, sistem operasi Bada dan aplikasi komputer peribadi anda.

Pengurus KakaoTalk Malaysia, Mellissa Lee berkata, pelancaran tersebut secara rasminya telah memperkenalkan MoL dan Friendster sebagai rakan kongsi KakaoTalk di Malaysia setelah menandatangani suatu perjanjian sekitar bulan Jun tahun lalu.

"Selain itu, ia bakal menyaksikan laman sosial, Friendster berfungsi untuk mempromosikan platform Kakao. MoL pula berfungsi sebagai sistem transaksi atas talian untuk penggunaan permainan, kedai dan ciri-ciri lain yang terdapat pada Kakao," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kakao Corporation, Sirgoo Lee.

Di samping itu, majlis pelancaran telah dihangatkan dengan pelbagai persembahan yang berkonsepkan epic together-gether .

Acara KakaoTalk Buggy Ride turut membawa golongan media dan rakan kongsi perniagaan mengelilingi pusat membeli-belah itu selain dihiburkan dengan persembahan flashmob seperti komunikasi mesej jarak jauh menggunakan kad. Tidak ketinggalan pelawak popular Malaysia, Douglas Lim dan Kuah Jenhan tampil memeriahkan parti tersebut.

Pesta buku ala taman tema

Posted:

Pesta buku ala taman tema

Pesta buku ala taman tema


PESTA Buku Antarabangsa Putrajaya 2014 ala taman tema yang bakal diadakan pada Mac depan menjanjikan kelainan kepada penggemar buku di negara ini. - Gambar hiasan


PESTA buku semakin kerap diadakan di negara ini. Ia merupakan satu petanda baik yang menunjukkan rakyat Malaysia semakin gemar membaca buku.

Penganjuran pesta-pesta ini memberi peluang kepada si pencinta buku bagi mendapatkan bahan bacaan pada harga jauh lebih rendah berbanding di pasaran.

Bagi memberikan kelainan, syarikat buku terkenal, Kumpulan MPH Malaysia Sdn. Bhd. (MPH) dengan kerjasama Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan jualan buku secara besar-besaran dengan penerapan konsep taman tema.

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014 di (PICC) yang bakal diadakan pada 19 hingga 23 Mac depan menawarkan pelbagai seleksi buku, majalah, buku elektronik (e-Book), alat bantuan belajar, alat tulis dan peralatan digital di dalam ruang pameran yang berkeluasan lebih 5,574.2 meter persegi.

Bersempena dengan konsep taman temanya, PBAP 2014 akan membawa pembaca ke dalam sebuah pekan buku untuk menerokai alam penuh keajaiban yang dipanggil Bookerville.

Pengarah MPH, Datuk Abdullah Abdul Rahman berkata, pesta buku berkenaan bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang memperkaya, mendidik dan menghiburkan pengunjung.

"Ia sekali gus dapat menarik pelancong luar negara untuk menyertai pesta yang juga diadakan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Tawaran harga menarik tidak terhad kepada buku yang sudah lama diterbitkan malah ada juga buku-buku terkini yang diberikan potongan harga yang pastinya menambat hati pembaca," katanya pada sidang akhbar PBAP 2014 di PICC, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, PBAP 2014 bakal menarik lebih 300,000 pengunjung sepanjang lima hari pesta buku tersebut berlangsung.

Selain itu, penampilan selebriti dan aktiviti hiburan bagi kanak-kanak seperti cabaran permainan dan aktiviti seni kraf turut disediakan kepada pengunjung.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved