Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan

Posted:

Rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan

Rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan

09/07/2013 10:17pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia di Mesir selamat meskipun terdapat insiden serangan dan rompakan terhadap tiga pelajar negara ini di Kaherah, Ahad lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, insiden itu merupakan kes terpencil yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan demonstrasi dan kekacauan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sudah menyalurkan bantuan sewajarnya kepada pelajar terlibat serta menasihati mereka agar tidak mendekati kawasan konflik atau menyertai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan politik semasa di Mesir.

"Rakyat Malaysia turut diingatkan agar mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kedutaan Besar Malaysia serta pihak berkuasa tempatan dan pelajar yang telah menamatkan peperiksaaan akhir mereka, digalakkan untuk segera pulang ke negara ini.

"Wisma Putra akan terus memantau perkembangan terkini secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin," katanya.

Krisis politik di negara Arab itu bertambah buruk apabila tentera mengguling Presiden Mohammed Morsi dengan kekacauan terbaharu yang menyaksikan sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh. - Bernama

Bonus: CUEPACS mohon dua setengah bulan

Posted:

Bonus: CUEPACS mohon dua setengah bulan

Bonus: CUEPACS mohon dua setengah bulan

09/07/2013 10:05pm

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

"Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati," katanya. - Bernama

CUEPACS serah kertas cadangan penambahbaikan skim gred penguatkuasaan badan beruniform

Posted:

CUEPACS serah kertas cadangan penambahbaikan skim gred penguatkuasaan badan beruniform

CUEPACS serah kertas cadangan penambahbaikan skim gred penguatkuasaan badan beruniform

09/07/2013 10:09pm

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah menyerahkan kertas cadangan kepada pihak kerajaan berkaitan penambahbaikan skim gred penguatkuasaan badan beruniform.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kertas cadangan itu diserah kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di pejabatnya hari ini.

"Cadangan penambahbaikan ini melibatkan sebanyak tujuh badan penguatkuasaan undang-undang yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam, Bomba, Imigresen, Penjara, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan, yang keseluruhannya melibatkan seramai 120,000 orang," katanya.

Beliau berkata, ia selaras dengan beban dan risiko yang dihadapi anggota badan beruniform ketika ini ini, dan sudah tiba masanya skim jawatan mereka dikaji semula serta dinaik taraf.

"Kita cadang seperti mereka berada di gred 17 sekarang dinaikkan ke gred 27 sampailah ke peringkat yang tertinggi, seperti jawatan ketua pengarahpun kita mahu ke gred yang lebih baik," katanya.

Osman berharap kerajaan dapat mempertimbang kertas cadangan itu sewajarnya dan meminta ia diselesai sebelum 31 Disember ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved