Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia tagih magis Revington

Posted:

Malaysia tagih magis Revington

Malaysia tagih magis Revington

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

REVINGTON (tengah) berjaya menaikkan kembali prestasi skuad hoki negara sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih pada Ogos tahun lalu.


JIKA skuad hoki negara berhasrat beraksi pada Piala Dunia di The Hauge, Belanda tahun depan, mereka harus menjuarai kempen Piala Asia 2013 yang akan berlangsung di Ipoh, Ogos depan.

Namun, untuk muncul juara dalam saingan yang bakal menyaksikan tujuh negara lain - Pakistan, Jepun, Oman, Korea Selatan, India, China dan Bangladesh merebut satu slot automatik ke Piala Dunia 2014 itu, Malaysia perlu menagih sentuhan jurulatih, Paul Revington.

Sentuhan Revington semestinya amat penting dalam situasi itu setelah prestasi Malaysia dilihat banyak meningkat di bawah kendaliannya.

Namun, satu-satunya persoalan yang timbul ketika ini ialah 'jodoh' jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu dengan Malaysia.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong mengakui, khidmat Revington masih lagi diperlukan, sekurang-kurangnya hingga Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

"Jika boleh MSN mahu beliau terus kekal meskipun skuad bimbingannya gagal layak ke Piala Dunia dalam kempen di Johor Bahru baru-baru ini.

"Mengikut kontrak, Revington bersetuju untuk mengendali Malaysia sehingga Sukan Olimpik 2016 di Brazil, jadi masih ada tempoh lebih kurang tiga tahun lagi.

"Namun, saya akan berbincang dahulu dengan Presiden MHC (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) minggu depan sebelum berjumpa dengannya (Revington).

"Jika beliau mahu teruskan (melatih Malaysia), MSN tiada masalah dan jika beliau tetap mahu pergi, kita tidak boleh menghalangnya," jelas Zolkples kepada Kosmo!.

Revington perlu menamatkan terus spekulasi tentang masa depannya ketika ini supaya Malaysia boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap misi menamatkan kemarau layak beraksi pada Piala Dunia buat kali pertama sejak kali terakhir tampil pada edisi 2002.

Piala Asia 2013 yang berlangsung pada 24 Ogos hingga 1 September depan dilihat sebagai peluang terakhir buat Malaysia untuk layak ke Piala Dunia selepas gagal melakukannya pada edisi 2006 dan 2010.

"Kita tidak meletakkan sasaran dalam satu kejohanan sahaja terhadap beliau (Revington), sebaliknya dalam semua kejohanan yang akan dilangsungkan sehingga tiba temasya Olimpik 2016.

"Gagal di Johor Bahru memang sesuatu yang amat mengecewakan tetapi kita masih ada satu lagi peluang ke Piala Dunia iaitu dengan menjuarai Piala Asia 2013 di Ipoh.

"Justeru saya harap beliau akan meneruskan tugasnya itu kerana sebelum ini, beliau telah menjalankan peranannya dengan baik sehingga menyaksikan kita muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013, Mac lalu," kata Zolkples.

Dalam saingan Piala Asia 2013, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara edisi tahun lalu, Pakistan, Jepun dan Oman manakala Korea Selatan yang muncul tempat keempat di Johor Bahru diundi dalam Kumpulan B bersama India, China dan Bangladesh.

'Hamidin paling layak ambil alih tempat saya'

Posted:

'Hamidin paling layak ambil alih tempat saya'

'Hamidin paling layak ambil alih tempat saya'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


IMBAS... Hamidin (kanan) dan Azzuddin pernah saling bekerjasama di Wisma FAM.


"SAYA yakin beliau (Datuk Hamidin Mohd. Amin) tidak berdepan masalah dalam usaha merapatkan hubungan sesama ahli gabungan pada masa akan datang."

Demikian reaksi mantan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang menganggap Hamidin sebagai individu paling layak bagi menggantikan tempatnya.

Azzuddin yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkata, beliau percaya dengan pengalaman Hamidin yang terlibat dengan pengurusan bola sepak tempatan hampir 20 tahun mampu memberi impak lebih berkesan terhadap struktur pengurusan FAM pada masa akan datang.

"Saya memiliki latar belakang ketenteraan dan beliau (Hamidin) pula mempunyai pengalaman mentabdir dunia bola sepak tempatan hampir 20 tahun.

"Berbekalkan pengalamannya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Naib Presiden FAM dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, saya yakin beliau tahu untuk menguruskan perkara-perkara yang sepatutnya.

"Tiada seorang yang sempurna termasuk saya. Mungkin ada kelemahan pada diri saya sendiri yang saya tidak dapat lihat tetapi mungkin ahli gabungan FAM di luar sana tahu kelemahan saya.

"Namun, saya tetap percaya kredibiliti Hamidin untuk memberikan penambah baikan kepada FAM di peringkat yang lebih tinggi," kata Azzuddin.

Terdahulu, Azzuddin yang mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad telah diraikan pada majlis perpisahan beliau sebagai Setiausaha Agung FAM di Wisma FAM semalam.

Sepanjang bertugas bersama FAM selama enam tahun, Azzuddin kerap menjadi tumpuan, baik dalam kalangan peminat, pemerhati bola sepak mahupun rakan-rakan beliau dalam badan induk itu terutama membabitkan Artikel 88.

Antara individu-individu yang pernah berdepan dengan Statut FAM itu ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin turut mengumumkan Australia bakal dilantik secara rasmi sebagai ahli gabungan AFF ke-12 pada 25 Ogos depan.

"Saya akui ada kebimbangan yang disuarakan ahli gabungan AFF seandainya mereka (Australia) berminat untuk menyertai Piala AFF 2014.

"Namun, apa yang boleh saya sahkan adalah mereka tidak bercadang untuk menyertai kejohanan itu," katanya.

Messi, Neymar gegar Bukit Jalil

Posted:

Messi, Neymar gegar Bukit Jalil

Messi, Neymar gegar Bukit Jalil

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

MESSI (kiri) dan Neymar sah akan bersama Barcelona ketika menentang skuad Harimau Malaya bulan depan.


SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini mungkin menjadi pengalaman paling berharga bagi peminat-peminat bola sepak tanah air.

Ini kerana mereka bakal disajikan dengan 'juadah' luar biasa daripada dua bintang sensasi dunia, Lionel Messi dan Neymar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos depan.

Messi dan Neymar akan memperkuat cabaran gergasi Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan menentang skuad Harimau Malaya ketika umat Islam di negara ini masih berada dalam mood raya.

Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia yang juga promoter eksklusif Siri Jelajah Asia 2013 Barcelona, Effendi Jagan Abdullah mengesahkan kehadiran Messi dan Neymar, sekali gus memadam terus khabar angin bahawa dua bintang dunia tersebut tidak akan menyertai kelab The Catalan itu ke Kuala Lumpur.

"Saya ingin tegaskan Messi dan Neymar sah akan datang ke sini bersama pemain Barcelona yang lain kecuali jika mereka cedera.

"Ini kerana Jelajah Asia 2013 ini adalah persiapan pra-musim pertama Barcelona bagi menghadapi Atletico Madrid dalam aksi Piala Super yang juga perlawanan pembuka tirai musim baharu Liga Sepanyol," jelas Effendi.

Effendi berkata demikian pada Majlis Pengenalan Tren dan Bas Istimewa RapidKL sebagai pengangkutan rasmi bagi Jelajah Asia 2013 Barcelona di Subang semalam.

Turut hadir, Pengarah Kumpulan Divisyen Landasan Keretapi, Syarikat Prasarana Negara Berhad, Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Major Events yang mewakili Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Zulkefli Sharif.

Sementara itu, Khairani memberitahu, RapidKL dijangka melanjutkan jadual tren yang melibatkan laluan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil sehingga pukul 1 pagi bagi memudahkan peminat bola sepak tempatan menyaksikan perlawanan tersebut.

"Tren dan bas istimewa ini akan memaparkan wajah-wajah pemain bintang Barcelona bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia dan mempromosikan lagi tentang kedatangan mereka ke Kuala Lumpur.

"Peminat juga boleh mendapatkan kad pengangkutan bagi bas RapidKL, LRT dan monorel yang terhad sempena jelajah ini dengan harga RM20 dan RM10," ujar Khairani.

Tiket aksi itu dijual dengan harga RM98, RM208, RM388 dan RM688.

Peminat juga berpeluang menyaksikan sesi latihan Barcelona dengan membeli tiket berharga RM25, namun mereka boleh memasuki secara percuma jika membeli tiket perlawanan berharga RM388 dan RM688.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved