Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ahli UMNO sertai Explorace Pasar Tani Kuala Besut

Posted:

Ahli UMNO sertai Explorace Pasar Tani Kuala Besut

Ahli UMNO sertai Explorace Pasar Tani Kuala Besut

MOHD. MAHDI (tengah) bersama para peserta program Explorace Pasar Tani Kuala Besut bersama hadiah kemenangan masing-masing di Besut, Terengganu baru-baru ini.


BERTANDING. Sebanyak 70 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO menyertai Explorace Pasar Tani Kuala Besut anjuran Puteri UMNO kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.

Program yang bermula di pekarangan sebuah pasar raya di daerah itu disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut, Mohd. Mahdi Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putra.

Penyelaras Pergerakan Puteri UMNO di DUN itu, Wan Ismaliza Wan Ismail berkata, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli parti, khususnya menyediakan juadah seharian untuk keluarga.

"Dalam tempoh tiga jam program berlangsung, setiap kumpulan yang dianggotai lima peserta perlu bekerjasama membeli bahan untuk penyediaan makanan seperti roti canai dan sup belut," katanya.

PPDK Sungai Limau Dalam anjur program cari harta karun

Posted:

PPDK Sungai Limau Dalam anjur program cari harta karun

PPDK Sungai Limau Dalam anjur program cari harta karun


KU ABD. RAHMAN (tengah) bersama peserta sebelum melakukan upacara pelepasan Program Kembara Mencari Harta Karun 2013 di Jerai, Kedah baru-baru ini.


SEMANGAT. Program Kembara Mencari Harta Karun 2013 anjuran ahli Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah diadakan di PPDK Nur Kasih Sungai Limau Dalam, Jerai, Kedah baru-baru ini.

Program itu merupakan anjuran bersama PPDK Sungai Limau Dalam dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Yan.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak.

Penyelaras program, Syed Jahaya Syed Abdul Rahman berkata, pada program itu peserta berpeluang melawat PPDK Mustika Yan, Merbok, Bedong dan Mesra Ria Gurun selain berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan serta menyertai aktiviti sukaneka.

Lawatan sambil belajar kakitangan PPD Segamat

Posted:

Lawatan sambil belajar kakitangan PPD Segamat

Lawatan sambil belajar kakitangan PPD Segamat


FADLAN (duduk, tengah) bersama sebahagian daripada kakitangan PPD Segamat di Johor baru-baru ini.


LAWATAN. Kira-kira 60 kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat, Johor melakukan lawatan ke Universiti Antarabangsa Madinah (Mediu) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Timbalan Rektor Mediu, Dr. Fadlan Othman berkata, rombongan itu telah diberikan penerangan dan maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan lawatan seperti itu daripada mana-mana institut atau agensi yang mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai operasi Mediu.

Dalam lawatan tersebut, semua kakitangan PPD terlibat dibawa mengunjungi kelas-kelas pengajian, perpustakaan digital dan kemudahan lain yang disediakan pihak universiti kepada pelajar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved