Selasa, 9 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


51 penyokong setia Morsi dibunuh

Posted:

51 penyokong setia Morsi dibunuh

51 penyokong setia Morsi dibunuh

MAYAT seorang penyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi dibawa ke sebuah rumah mayat di Kaherah semalam.- AP


KAHERAH - Sebanyak 42 penyokong setia Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Morsi dibunuh semalam semasa mereka menunjuk perasaan kerana membantah rampasan kuasa oleh tentera pada minggu lalu.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.

Pergerakan tersebut menyatakan, penyokong-penyokong mereka menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh polis dan askar yang melepaskan tembakan pada waktu subuh di luar sebuah ibu pejabat unit elit pengawal republikan di sini.

Pihak tentera menyalahkan pengganas berhubung tragedi itu, manakala beberapa saksi kejadian berkata, pasukan keselamatan cuma melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata ke arah kumpulan tersebut.

Mereka sebaliknya memberitahu, sekumpulan 'samseng' berpakaian preman telah melepaskan tembakan rambang dalam insiden tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Presiden, Adly Mansour telah menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman bagi menyiasat kejadian itu.

Parti Islam Al-Nur yang memenangi hampir satu perempat kerusi Parlimen pada pilihan raya 2011 dan menyokong penggulingan Morsi memberitahu, mereka menarik diri daripada rundingan untuk membentuk sebuah kerajaan baharu susulan insiden berdarah itu.

Seorang wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian memberitahu, penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin membaling batu ke arah anggota polis dan tentera yang berkawal.

Tindakan tersebut katanya, menyebabkan pasukan keselamatan membedil gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

"Sejumlah penyokong Morsi sedang solat subuh apabila anggota polis dan tentera melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah mereka," kata kata Ikhwanul Muslimin pula.

Seorang pegawai kanan perubatan menyatakan, sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dan 322 cedera dalam insiden berdarah itu.

Puluhan mayat dilihat disusun di lantai sebuah hospital di sini.

Pihak tentera mendakwa, serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas bersenjata yang cuba menyerbu ibu pejabat pasukan elit tersebut.

Susulan tragedi itu, sayap politik Ikhwanul Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menyeru rakyat Mesir supaya bangkit menentang 'pihak yang cuba merampas revolusi mereka menggunakan kereta kebal (tentera)'.

FJP turut menyeru masyarakat antarabangsa campur tangan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Mesir sekali gus mengelakkan sebuah Syria baharu dalam dunia Arab.

Pertumpahan darah itu berlaku beberapa jam sebelum Adly Mansour dijadual mengumumkan pemangku Perdana Menteri Mesir.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan bahawa AS tidak menyokong mana-mana parti politik atau kumpulan di Mesir susulan penyingkiran Morsi.

Pemerintahan setahun Morsi bergelora selepas beliau dituduh menggagalkan revolusi 2011 yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak dengan menumpukan kuasa kepada Ikhwanul Muslimin dan gagal memulihkan ekonomi. - AFP

Lima terbunuh hotel runtuh

Posted:

Lima terbunuh hotel runtuh

Lima terbunuh hotel runtuh


PEKERJA-PEKERJA penyelamat giat mencari mangsa-mangsa di bawah runtuhan Hotel City Light yang runtuh di Secunderabad, India semalam.- AP


SECUNDERABAD, India - Sebuah hotel dua tingkat di sini runtuh semalam menyebabkan lima pekerja restoran terkorban manakala 15 yang lain cedera, kata seorang pegawai polis tempatan.

"Nahas tersebut melibatkan Hotel City Light pada awal pagi ini (semalam)," kata pegawai polis berkenaan, B. Surender.

Menurutnya, hampir 25 orang sedang bekerja di hotel itu apabila dinding bahagian dapur tiba-tiba runtuh.

Bangunan tersebut terletak berhampiran sebatang jalan raya yang sibuk di negeri Andhra Pradesh.

"Lima pekerja itu telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami cedera serius. Kami masih berusaha untuk membersihkan runtuhan dan mencari mangsa yang terperangkap," katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum pasti jumlah mangsa yang berada di bawah runtuhan hotel itu.

"Menurut beberapa pekerja di sekitar hotel itu, bangunan ini sudah berusia dengan dinding-dindingnya juga retak," jelas pegawai polis berkenaan.

Beberapa bangunan di India runtuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan kebanyakan kes melibatkan blok pangsapuri di bandar raya Mumbai termasuk satu kes pada bulan April lalu yang mengorban- kan 74 orang.

Tragedi ini menjadi petanda kelemahan standard pembinaan di India dengan banyak bangunan dibina secara haram tanpa pemeriksaan keselamatan. - AFP

Khemah unik di Amsterdam

Posted:

Khemah unik di Amsterdam

Khemah unik di Amsterdam


TAPAK Perkhemahan Urban menampilkan khemah-khemah yang menggabungkan elemen seni dan keselesaan penghuninya.- agensi


AMSTERDAM - Sebuah tapak perkhemahan di sini menawarkan kepada para pelancong peluang untuk tinggal di dalam beberapa buah khemah dan karavan yang dibina sebegitu unik, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Khemah yang siap terbina itu sesuai untuk mereka yang tidak mahir memasang khemah, takutkan serangga atau dilanda banjir pada awal pagi.

Dibina menyerupai sebuah kebuk, khemah itu tergantung pada ketinggian beberapa meter dari tanah.

Tapak perkhemahan itu akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pelawat yang berkunjung ke tapak perkhemahan itu, Viegenbos boleh memilih jenis penginapan yang diinginkan termasuk khemah kebuk dan kapsul terapung di samping kediaman boleh lipat.

Program perkhemahan itu berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2013.

Harga penginapan yang ditawarkan bermula dari AS$20 euro (RM82) hingga AS$80 euro (RM329) untuk semalam. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved