Rabu, 12 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sajian Barat warnai Hari Natal

Posted:

Sajian Barat warnai Hari Natal

Sajian Barat warnai Hari Natal

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


CHEF Samsuddin mempertaruhkan pelbagai hidangan tradisional Barat bagi memeriahkan sambutan Hari Natal di Hotel Sunway Putra.


AYAM Belanda dan ikan salmon adalah antara hidangan istimewa yang lazim disediakan bagi meraikan Hari Natal. Penyediaannya bukan mudah dan pastinya berasaskan resipi istimewa yang mungkin mencabar kepakaran memasak seseorang di rumah.

Namun begitu, bagi yang enggan bersusah payah, bolehlah menikmati menu makanan itu di Coffee House, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Krismas nanti.

Terletak di aras sembilan, restoran itu menawarkan bufet istimewa sempena Hari Natal bermula dari 24 hingga 25 Disember nanti.

Rasailah sendiri keenakan aneka hidangan yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Samsuddin Ahmad.

Antara menu yang wajib dicuba ialah ayam belanda panggang dengan rulade ayam dan aprikot yang dihidangkan bersama sos kranberi dan kuah giblet.

Menggunakan ayam belanda halal dari Australia, ia diadun dengan pelbagai herba asli yang pastinya membangkitkan selera pengunjung.

Tempahan diterima mulai 1 Disember lalu sama ada untuk dinikmati di restoran atau dibawa pulang.

Di samping itu, pengunjung juga boleh mencuba aneka hidangan pembuka selera seperti salmon salai dengan asparagus, ayam salai yang dihidang bersama buah-buahan segar, bisque udang karang Boston serta aneka salad yang disediakan.

Restoran itu juga turut menyediakan aneka pencuci mulut yang pasti memuaskan keinginan pengunjung. Antaranya ialah kek buah Inggeris, eggnog sabayon, pai labu dan kacang pekan dan rolls strawberi. Harga yang ditawarkan bermula dari RM60+++ seorang.


ADUNAN rempah tradisional menghasilkan hidangan ayam belanda panggang yang enak.


Bagi yang mahu merasai keenakan makanan dari Negara Matahari Terbit pula bolehlah berkunjung ke Gen@10 Japanese Restaurant.

Menawarkan panorama berlatarbelakangkan Kuala Lumpur, pengunjung pasti terpesona menikmati lebih 90 jenis hidangan yang disediakan di restoran itu.

Antaranya ialah sashimi, sushi, tempura, teppanyaki, yakimono dan sebagainya di samping aneka makanan laut serta pencuci mulut.

Di samping itu terdapat juga hidangan panas yang disediakan. Pengunjung boleh mencuba sukiyaki daging, miso shiru, ikan makerel dengan mi soba, unagi kabayaki dan sanma lada hitam.

Promosi di restoran itu bermula dari RM88++ seorang.

Sebelum pulang, apa kata singgah seketika di bahagian lounge lobi. Terdapat puluhan hamper pelbagai saiz yang boleh dipilih dan sesuai dijadikan hadiah kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau yang tersayang. Harganya pula bermula dari RM150++.

Bagi sebarang maklumat lanjut atau tempahan, talian 03-4042 9888 sambungan 9032 (Coffee House) atau 1011 (Gen@10 Japanese Restaurant) boleh dihubungi, atau e-mel ke dinesph@sunwayhotels.com.

Hotel Sunway Putra terletak di Jalan Putra dan dahulunya dikenali sebagai Hotel Legend.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved