Rabu, 12 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mekanik kejam dera anak tiri

Posted:

Mekanik kejam dera anak tiri

Mekanik kejam dera anak tiri

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

RENTETAN gambar menunjukkan seorang lelaki begitu rakus mendera seorang kanak-kanak dengan mengangkat badan mangsa, menendang, memukul dengan senduk dan memaksanya berlutut dengan mengangkat tangan di sebuah rumah di Klang.


KLANG – Perbuatan kebinatangan seorang mekanik yang mendera anak tiri lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan memakan diri apabila dia diberkas selepas aksi kejamnya itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum dimuat naik di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 32 tahun tersebut diberkas pada pukul 8 malam kelmarin di rumahnya di Taman Mas, Kapar di sini iaitu tempat di mana kejadian dera itu berlaku. Dia diberkas apabila polis menerima laporan jirannya sejam selepas dia melihat rakaman tersebut.

Difahamkan, ketika serbuan, suspek berada di dalam rumah itu bersama mangsa tetapi isterinya telah melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Jani Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan menemui kesan kecederaan dan calar di badan serta kepalanya.

Katanya, polis percaya mangsa telah didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelacur promosi Krismas dicekup

Posted:

Pelacur promosi Krismas dicekup

Pelacur promosi Krismas dicekup

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada 11 pelacur yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara kelmarin.


PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan mempromosikan khidmat hubungan seks tanpa had selama 24 jam bersama pelacur dengan bayaran RM600 sempena sambutan Krismas pada 25 Disember ini terbongkar apabila premis itu diserbu di Kota Damansara di sini kelmarin.

Pelanggan boleh membawa pelacur yang disediakan oleh pusat itu ke tempat yang disukai tanpa sekatan oleh 'majikannya' dan boleh memilih sama ada mahu tidur dengan salah seorang daripada 20 wanita dari Thailand, Vietnam, Filipina atau wanita dari mana-mana negara yang ditawarkan.

Bagaimanapun, kegiatan persundalan sejak lima bulan lalu itu terbongkar apabila polis daripada Bahagian Cegah Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut dan menahan 11 pelacur asing berusia antara 20 hingga 37 tahun.

Difahamkan, sembilan lagi wanita telah pulang ke negara masing-masing untuk memperbaharui pas lawatan sebelum kembali ke negara ini.

Pegawai operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, ketika serbuan, terdapat 15 pelanggan sedang asyik berhibur bersama pelacur di situ.

"Siasatan mendapati pelanggan boleh membawa pulang pelacur terbabit untuk melakukan seks tanpa sekatan dengan bayaran antara RM300 hingga RM600 semalam selain menjadi teman sosial," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lemas di Johor, jumpa di Indonesia

Posted:

Lemas di Johor, jumpa di Indonesia

Lemas di Johor, jumpa di Indonesia

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


JENAZAH Anuar yang ditemui di Bengkalis, Sumatera selamat tiba di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Banda Hilir, Melaka semalam.


MELAKA – Misteri kehilangan seorang peniaga minuman sejak dua minggu lalu terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui terdampar di Pantai Indah Desa Selat Baru, Bengkalis, Sumatera, Indonesia pada Sabtu lalu oleh nelayan republik itu.

Anuar Abdullah, 44, dipercayai terjatuh ke dalam sebatang sungai berhampiran rumah rakannya di Kampung Pinang Balan, Batu Pahat, Johor dan dipercayai lemas sebelum mayatnya dihanyutkan hingga ke pantai di Bengkalis.

Lokasi mayat itu ditemui dengan tempat mangsa terjatuh adalah kira-kira 70 kilometer.

Mayat Anuar yang dibawa pulang dari Indonesia selamat tiba di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Banda Hilir di sini pada pukul 9 pagi semalam.

Isteri mangsa, Marliana Sirat, 36, dari Taman Nira, Batu Pahat ketika dihubungi berkata, suaminya itu keluar dari rumah pada pukul 9.30 pagi 28 November lalu untuk menghantar seorang anaknya ke rumah ibunya di Parit Guntung, Batu Pahat.

Bagaimanapun, suri rumah itu memberitahu, sejak itu, suaminya tidak pulang dan dia juga telah mencari arwah di merata-rata tempat sebelum menemui motosikal arwah di rumah rakannya di Kampung Pinang Balan.

"Rakan arwah memberitahu pada hari sebelum hilang, arwah dilihat berjalan menghala ke arah sungai," katanya.

Marliana yang sedang hamil tujuh bulan berkata, apabila suaminya masih tidak pulang beberapa hari kemudian, dia melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Batu Bahat pada 2 Disember lalu.

"Saya kemudian diberitahu oleh anggota polis pada Sabtu lalu bahawa mayat arwah ditemui di Bengkalis, Sumatera.

"Tidak sangka mayat suami saya akan hanyut sejauh ini," katanya sambil memberitahu jenazah suaminya akan dibawa ke kampung halaman di Machang, Kelantan sebelum dikebumikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved