Rabu, 12 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Thailand optimis mampu akhiri misi Harimau Malaya

Posted:

Thailand optimis mampu akhiri misi Harimau Malaya

Thailand optimis mampu akhiri misi Harimau Malaya

SCHAFER (kanan) berjabat tangan dengan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal pada sidang akhbar di Hotel Golden Tulip Sovereign, Bangkok semalam.


BANGKOK - 'Wajah sebenar' pengendali Thailand, Winfried Schafer akhirnya terdedah.

Ternyata kata-kata manis beliau memuji penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu sekadar satu sandiwara.

Semalam, Schafer secara terbuka mengutuk penyokong Harimau Malaya, selain optimis pasukannya mampu menyambar slot final biarpun tanpa kehadiran beliau di bangku simpanan gara-gara rayuannya tidak dilayan oleh pihak penganjur.

Ketika aksi separuh akhir pertama lalu, Schafer diperintah meninggalkan padang kerana didakwa mempertikai keputusan pengadil dari Iran, Torki Mohsen Ramezanali.

Menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai malam ini, Schafer memberitahu, penyokong di Thailand jauh lebih profesional berbanding penyokong Malaysia.

"Di sini, tidak akan ada pancaran laser dan balingan mercun seperti di Malaysia.

"Penyokong mereka (Malaysia) tidak profesional, penyokong kami jauh lebih baik," kata Schafer pada sidang akhbar di Hotel Golden Tulip Sovereign di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada ketiadaan beliau bakal memberikan kelebihan buat Harimau Malaya, Schafer menafikan perkara itu.

Menurut Schafer, pembantu jurulatih Thailand, Mano Polking akan mengambil alih tempat beliau, seterusnya merancang strategi yang dirancangnya.

"Kami bukan bermain untuk seri, sebaliknya mahu menewaskan Malaysia di sini.

"Pasukan saya tidak pernah tewas setiap kali saya tiada di tepi padang, jadi saya tidak perlu bimbang," katanya.

Harimau Malaya tidak panik

Posted:

Harimau Malaya tidak panik

Harimau Malaya tidak panik


RAJAGOBAL (dua dari kanan) mengendalikan latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Dhebhasadin, Bangkok semalam.


BANGKOK - "Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan pemain-pemain saya. Kita tunggu sahaja perlawanan (malam ini)."

Itu reaksi pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang kekal tenang menjelang aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF 2012 berdepan Thailand di Stadium Supachalasai di sini malam ini.

Biarpun kelebihan peraturan tempat gol di tempat lawan dilihat lebih memihak kepada Thailand selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu, Rajagobal tidak mahu anak- anak buahnya tertekan dengan situasi itu.

Selain itu, perang psikologi lawan ekoran padang latihan yang teruk juga disifatkan Rajagobal sebagai dugaan yang perlu dikendalikan dengan cukup matang oleh anak-anak buahnya.

"Kami perlu berfikiran positif, kegagalan menjalani latihan sempurna gara-gara masalah padang juga bukan satu alasan.

"Masih ada 90 minit buat kami. Bagi saya, tiada apa yang mustahil dan perlawanan ini pastinya cukup mendebarkan," kata Rajagobal pada sidang akhbar di Hotel Golden Tulip Sovereign di sini semalam.

Pada masa sama, Rajagobal juga percaya anak-anak buahnya tidak gentar dengan sokongan lebih 20,000 penyokong Thailand yang dijangka membanjiri Stadium Supachalasai malam ini.

"Kita sudah ada pengalaman beraksi menentang mereka dalam perlawanan persahabatan di Bangkok (7 November lalu), jadi ia bukan satu masalah buat kami," katanya.

Mengenai status barisan kesebelasan utamanya, Rajagobal memberitahu, setakat ini setiap pemain bersedia untuk diturunkan kecuali Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

"Pemain seperti Khyril Muhymeen (Zambri) dan S. Kunanlan juga sudah bebas daripada kecederaan," katanya yang masih berteka-teki mengenai formasi dan kesebelasan utama Harimau Malaya malam ini.

Dalam pada itu, masalah padang latihan terus menyelubungi kem Harimau Malaya apabila terpaksa menggunakan padang lain pada saat-saat akhir malam tadi.

Ia ekoran latihan akhir kedua- dua pasukan tidak dapat dijalankan di Stadium Supachalasai bagi menjaga kualiti padang demi perlawanan malam ini.

Disebabkan itu, latihan Harimau Malaya malam tadi terpaksa diadakan di Stadium Dhebhasadin yang terletak di sebelah Stadium Supachalasai manakala lokasi sesi latihan skuad Thailand pula dirahsiakan daripada pengetahuan media.

Temasya AUG 2012 buka tirai

Posted:

Temasya AUG 2012 buka tirai

Temasya AUG 2012 buka tirai


MUN YEE membawa Jalur Gemilang ketika perarakan masuk kontinjen Malaysia pada majlis perasmian pembukaan AUG 2012 di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Laos semalam.


VIENTIANE, Laos - Tirai temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 disingkap secara rasmi semalam.

Upacara perasmian penuh berwarna-warni itu berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, Laos. Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.

Upacara perasmian bermula dengan perarakan masuk semua 11 kontinjen negara yang bertanding pada temasya edisi ke-16 kali ini.

Seperti dijadualkan, Malaysia menjadi kontinjen keempat yang memasuki pekarangan stadium yang mempunyai kapasiti 25,000 tempat duduk itu.

Ketua Kontinjen Malaysia ke AUG 2012, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim mengetuai perbarisan 220 atlet dan pegawai yang memasuki stadium.

Atlet terjun wanita negara, Leong Mun Yee pula diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang buat kontinjen Malaysia.

Kontinjen Malaysia merupakan antara 2,500 atlet dari 11 negara anggota ASEAN yang menyertai temasya AUG kali ini.

Upacara menaikkan bendera AUG dijalankan sebelum Thammavong membacakan pengisytiharan perasmian temasya edisi ke-16 itu, diikuti ucapara menyalakan obor.

Ia disusuli dengan persembahan nyanyian serta kesenian dan kebudayaan rakyat Laos.

Antaranya ialah nyanyian Chorus Song serta tarian Little Bees Dance, Healthy and Lively Athletes, Great minds and Spirit in Sports dan persembahan khas untuk temasya AUG kali ini.

Upacara perasmian diakhiri dengan pertunjukan bunga api sebagai simbolik bermulanya temasya AUG kali ini.

Serentak dengan itu juga, maka bermulalah perjuangan barisan atlet negara dalam misi memburu keseluruhan 245 pingat emas yang ditawarkan.

Seramai 306 atlet negara yang beraksi dalam 17 acara sukan telah diberi tanggungjawab dalam mencapai sasaran 36 pingat emas.

Acara olahraga, akuatik (renang dan terjun) serta memanah menjadi taruhan kontinjen Malaysia untuk membawa pulang seberapa banyak pingat emas pada temasya AUG kali ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved