Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Berhak pilih cara berpakaianUMPAMA serampang dua mata apabila aktiviti yang kita lakukan dapat melangsaikan dua perkara yang diimpikan dalam masa serentak. Begitulah perkara yang dialami oleh penyanyi dan pencipta lagu yang berbakat, Ana Raffali kerana dia bukan sahaja dapat menunaikan impiannya untuk membuat busking atau persembahan jalanan di stesen-stesen komuter, malahan dapat beramal bagi mengumpul dana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membantu golongan miskin menyambut bulan Ramadan menerusi program Sinar Kasih Ramadan. Program yang berlangsung pada 21 Julai lalu, memerlukan Ana dan kumpulannya, Marhaens menaiki komuter dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Seremban, Negeri Sembilan sebelum memulakan busking amal tersebut. Ana tampil semata-mata untuk menarik lebih ramai orang awam tampil beramal membantu golongan yang memerlukan bantuan tersebut. Pengalaman mengikuti program amal tersebut sememangnya tidak dapat dilupakan apabila dapat melihat sendiri Ana menyanyi dengan penuh semangat di setiap stesen terpilih walaupun dia sebenarnya tidak sihat pada ketika itu. Persembahan yang termasuklah di stesen KTM Seremban, Bangi, UKM, Kajang, Mid Valley dan KL Sentral itu sebenarnya telah memerlukan Ana melakukan pengorbanan memandangkan keadaan kesihatannya ketika itu. "Walaupun tidak beberapa sihat sejak kebelakangan ini kerana demam, namun amanah yang diberikan oleh YBK perlu saya tunaikan kerana sudah lama saya nantikan program sebegini. ANA bersama kumpulannya, Marhaens tidak kekok membuat busking biarpun di stesen komuter. "Pelbagai persediaan telah dibuat untuk menjayakan program ini seperti mengambil vitamin C serta makanan tambahan lain agar saya tetap bertenaga untuk meneruskan aktiviti hari ini," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Impian termakbul Ana ternyata berpuas hati kerana impiannya untuk membuat persembahan di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) tercapai apabila KTM Berhad (KTMB) telah memberi kerjasama menyediakan tempat sepanjang program tersebut berlangsung. Dia yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran berkata, keinginannya untuk membuat persembahan secara langsung di stesen komuter mula timbul sejak masih belajar lagi. "Sudah lama saya nak buat persembahan nyanyian di sini kerana waktu belajar dulu saya agak kerap menggunakan komuter untuk berulang-alik dari rumah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam," katanya. Ana amat bersyukur, apabila peluang kali ini datang berganda kerana bukan sahaja impiannya tercapai malahan Ana Raffali juga dapat beramal untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik khususnya golongan miskin. ANA tidak menyangka impiannya selama ini untuk menyanyi di stesen komuter kini sudah tercapai. "Berterima kasih pada KTMB kerana bagi peluangnya menyempurnakan program Sinar Kasih Ramadan untuk membuat persembahan serta pada masa yang sama dapat beramal. "Saya harap dengan cara ini, lebih ramai orang akan mengenali program tersebut pada masa yang sama dapat beramal," ujarnya. Aktiviti dii bulan Ramadan Sering mencari idea-idea baharu untuk meningkatkan kualiti persembahan nyanyian, Ana seperti tidak pernah kenal erti letih kerana sanggup meluangkan hampir waktu sehariannya bersama pengguna KTM semata-mata untuk mendekati pendengar dengan lebih dekat. "Membuat persembahan secara busking dapat mendekatkan diri kepada pendengar kerana tiada pentas yang menjadi penghalang antara pendengar dengan penyanyi," katanya. PENGERUSI Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom tidak ketinggalan menghulurkan derma untuk program Sinar Kasih Ramadan. Tambahnya, melakukan persembahan tersebut juga dapat mengeratkan hubungan dengan ahli kumpulan Marhaens serta memantapkan lagi komunikasi antara mereka khususnya ketika melakukan persembahan nyanyian. Sementara itu, ditanya perancangan aktiviti sepanjang bulan puasa yang bakal tiba kelak, Pengurus Pemasaran Korporat About The Letter A Sdn. Bhd., yang juga pengurus peribadi Ana, Azlie Halim berkata, ia bergantung kepada jadual harian Ana kerana aktivitinya masih dalam perancangan. "Jadual Ana sepanjang bulan Ramadan masih dalam perancangan, kemungkinan ada persembahan di majlis-majlis amal seperti Majlis Amal Ramadan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Hattan, Ramli Sarip masuk sawah Posted: Hattan, Ramli Sarip masuk sawah
PENDUDUK Kampung Dadong, Air Putih Kemaman, Terengganu berhak untuk berasa teruja dan gembira kerana tanggal 29 Julai ini sekumpulan artis-artis popular dari Kuala Lumpur akan berkampung di halaman mereka untuk menjayakan Pesta Mengemping sempena dengan musim menuai padi. Program untuk merapatkan rakyat dengan kelompok artis ini dikendalikan oleh artis popular tanah air Hattan. Seperti yang diketahui ramai Hattan adalah antara artis tempatan yang sering mengadaptasikan kehidupan desa dalam karya seninya jadi bertepatan dia menganjurkan program sebegini. Niat murni Hattan bersama rakan-rakan artis untuk mendekati masyarakat desa tidak keseorangan kerana Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah menyatakan persetujuan untuk bersama turun padang demi mendekati denyut nadi rakyat di desa. Antara nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan yang telah mengesahkan untuk bertandang ke Kampung Dadong ialah Ramli Sarip, Black Mentor, Lina AF 9, Zarina AF, Yus Maharajalawak, Achong dan Rudy Kristal. "Program Pesta Mengemping diisi dengan aktiviti bertemu penduduk, sukan rakyat dan berakit. Motifnya hanya satu iaitu mendekatkan artis dengan penduduk desa dan pada masa yang sama mendengar dan mengambil pendapat mereka mengenai apa jua isu semasa. "Bagi saya program sebegini boleh merubah persepsi negatif terhadap artis yang selama ini dilabelkan sebagai pengejar populariti, selain artis dikatakan kurang mesra dengan peminat di desa. Dengan ada program sebegini diharap artis tidak dipandang serong lagi," jelas Hattan mengenai motif program anjurannya itu.
Tambah penyanyi itu lagi: "Program ini juga ingin mendekati anak-anak muda demi membetulkan hala tuju mereka. Kalau mereka berminat dengan bidang seni, kami akan memberi panduan yang betul. Kelas gitar juga akan diadakan pada hari tersebut dan ia akan dikendalikan oleh Rudy dari kumpulan Kristal." Artis-artis yang bertandang ke Kampung Dadong akan dilibat sama dalam acara sukan rakyat dan acara-acara lain yang dianjurkan sempena dengan Pesta Mengemping ini. Hattan juga berterima kasih kepada Shabery Chik yang kebetulan merupakan Ahli Parlimen Kemaman kerana memberi sokongan kepada program yang dianjurkannya ini. Kemuncak program Pesta Mengemping nanti ialah Konsert Rakyat, di mana persembahan para artis akan dilakukan di dalam sawah padi. Orang ramai yang menonton konsert ini nanti tidak akan dikenakan sebarang bayaran. "Motif pemilihan sawah sebagai tapak konsert adalah untuk mengingatkan artis yang dibawa, bahawa tanah sawah inilah yang menjadi punca rezeki penduduk Kampung Dadong. Konsert ini dipersiapkan seperti mana konsert berbayar di Kuala Lumpur bezanya tiada bayaran dikenakan," jelas Hattan lagi. Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga merancang untuk mengadakan program sebegini di beberapa negeri lagi. Hattan juga mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan program sebegini. - MALIAH SURIP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Posted: Amaran daripada Amy WinehouseANTARA ribuan peminatnya yang memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi tersebut. LADY GAGA menyifatkan kejayaan dirinya menjadi bintang tersohor hari ini adalah kerana seorang wanita. Penyanyi terkenal British, Adele pula menyifatkan wanita yang sama seperti yang disebut Gaga itu sebagai individu yang bertanggungjawab merintis jalan buat dirinya dan seorang lagi penyanyi British terkenal, Duffy untuk turut mencipta nama di Amerika Syarikat. Wanita yang dimaksudkan Gaga dan Adele itu ialah Amy Winehouse. Namun bermula Sabtu lalu, tiada lagi figura yang cukup dikenali dengan fesyen rambut 'sarang tebuan'nya yang unik itu. Meninggal dunia atas sebab yang belum dapat dipastikan dari segi perubatan buat masa ini, dia menghembuskan nafas yang terakhir pada usia yang masih muda. Namun, apa yang mengejutkan adalah Winehouse sendiri sememangnya telah menjangka dia akan meninggal dunia pada usia 27 tahun dan menyertai 'Kelab 27' yang mana 'ahli-ahlinya' terdiri daripada ikon muzik tersohor yang meninggal dunia pada usia 27 tahun termasuklah Jimi Hendrix, Janis Joplin dan vokalis Nirvana, Kurt Kobain. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehab itu ditemui sudah tidak bernyawa oleh pengawal peribadinya, Andrew Morris pada pukul 4 petang, 23 Julai lalu di kediamannya di Camden yang terletak di bahagian selatan London. Dia dikatakan kali terakhir menghubungi pengawal peribadinya pada pukul 10 pagi dan sehubungan itu, timbul desas-desus mengatakan Winehouse sudah meninggal dunia enam jam sebelum kematiannya itu disedari Andrew. WINEHOUSE meninggal dunia pada usia 27 tahun, sama seperti vokalis Nirvana, Kurt Cobain dan Jimi Hendrix. Menurut laporan akhbar Britain, The Sun, punca kematian penyanyi itu tiada kaitan dengan dadah tetapi berkemungkinan disebabkan keracunan alkohol, namun perkara itu belum dapat dipastikan kesahihannya. Biarpun punca kematiannya belum dapat dipastikan, namun ia jelas boleh dikaitkan dengan personalitinya yang dikatakan agak obses terhadap dadah, alkohol dan makanan. Sahabat Winehouse yang pernah tinggal bersamanya buat seketika dahulu, Alex Foden memberitahu akhbar Britain Daily Mirror: "Malang sekali, dia mempunyai personaliti yang sangat obses. Dia melakukan semua perkara secara ekstrem, khususnya apabila berkaitan makanan, dadah dan alkohol." Tambahnya: "Dia sangat suka makan. Dia akan makan dengan banyak dan kemudiannya berlari ke tandas untuk memuntahkannya semula atau dia tidak akan makan selama empat hingga lima hari tetapi hanya makan dadah, gula-gula dan minum arak dalam tempoh tersebut." Menurut Alex lagi, Winehouse selalu memberitahunya, dia akan meninggal dunia pada usia muda dan bakal menyertai 'Kelab 27'. Dia mendakwa bahawa masalah dadah yang dialami rakannya itu berada pada tahap ekstrem apabila Winehouse kadang-kadang sanggup membelanjakan sehingga 1,000 pound sterling (RM4,857) untuk satu malam bagi membeli dadah untuk dinikmati bersama semua kawan-kawannya. PEMERGIAN Winehouse amat mendukacitakan peminatnya. Katanya: "Dia sangat pemurah dan suka belanja kawan-kawannya untuk menikmati dadah, biasanya dari jenis heroin dan kanabis. Paling teruk, dia pernah membelanjakan sebanyak RM4,857 membeli dadah untuk dihabiskan dalam tempoh satu malam bersama kawan-kawannya. Namun, dia biasanya tahu jumlah dadah yang diambilnya." Namun, apa yang positif tentang pemenang lima Anugerah Grammy itu adalah dia seorang yang sangat pembersih. "Winehouse sangat mementingkan kebersihan dan memastikan kediamannya sentiasa berada dalam keadaan kemas. Dia akan memasak dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk menikmati hasil masakannya itu. Mendiang Amy hanyalah seorang gadis yang mahu disayangi oleh semua orang." Apa yang ditakdirkan berlaku terhadap Amy yang akhirnya dikebumikan di Golders Green Crematorium, di utara London pada 26 Julai lalu itu sesungguhnya menjadi peringatan dan amaran keras buat bintang-bintang rock ternama lain yang 'seangkatan' dengannya iaitu yang juga menghadapi masalah ketagihan dadah dan alkohol. Seperti kata pemain gitar bass band Blur yang juga sudah bertahun-tahun menghidap masalah ketagihanan dadah dan arak, Alex James, 42, ketika bercakap kepada akhbar The Sun: "Apa yang dialami Amy Winehouse itu dengan mudah sahaja boleh juga dialami oleh saya pada peringkat umur yang sama!" Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan