Jumaat, 29 Julai 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Makanan lembut tapi khasiat hilang

Posted:

Makanan lembut tapi khasiat hilang

Makanan lembut tapi khasiat hilang

Oleh NURUL IZZA ROSLY



LAZIMNYA, kebanyakan kita menganggap nikmat makan sebagai satu perkara remeh yang tidak perlu disyukuri. Namun, kita lupa bahawa perbuatan mudah seperti menyuap makanan ke dalam mulut, mengunyah dan menelan adalah satu perkara yang amat mencabar dan sukar bagi golongan pesakit yang nazak.

Sesetengah ubat-ubatan atau terapi mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan pesakit hilang selera makan dan mengganggu sistem pencernaan mereka.

Keadaan tersebut agak biasa berlaku malah, ada segelintir pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan ataupun air.

Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan nutrien penting tertentu di dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang pesakit itu menjadi lemah, letih dan hilang daya tahan penyakit atau kurang kekuatan untuk menjalani rawatan.

Oleh yang demikian, kebanyakan penjaga atau ahli keluarga pesakit akan memaksa pesakit untuk menjamah makanan.

Kepayahan menjamah makanan membuatkan penjaga pesakit menyediakan makanan dengan memasaknya sehingga lembut supaya senang ditelan.


PEMBERIAN makanan melalui tiub merupakan salah satu cara memberi pesakit makan.- Gambar hiasan


Makanan yang dimasak terlalu lama mungkin senang dimakan oleh pesakit, namun ia bukanlah penyelesaian yang betul kerana kebanyakan kandungan nutrisi di dalam makanan tersebut akan musnah dalam proses tersebut.

Pesakit yang tidak mampu mengambil makanan biasanya tergolong dalam kelompok mereka menghidapi penyakit peringkat akhir, masalah buah pinggang, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) atau warga emas yang sakit tua.

Pelbagai perubahan berlaku kepada seseorang individu yang bergelar warga emas. Antara perubahannya ialah kemerosotan deria rasa, hidu, penglihatan, pendengaran, sentuhan, kurang selera makan, masalah pencernaan, sembelit, masalah metabolisma, masalah kardiovaskular, ginjal, sistem saraf dan sebagainya.

"Semua perubahan tersebut mempengaruhi status nutrisi dan kesihatan yang menyebabkan peningkatan risiko untuk mengalami kekurangan nutrisi atau zat.

"Apabila kekurangan nutrisi, seseorang pesakit itu berisiko untuk mendapat penyakit dan komplikasi terhadap penyakit sedia ada," kata Pengurus Perhubungan Perubatan Pemakanan Wyeth Nutrition, Dr. Shree Jacob.


PESAKIT tenat tidak mampu untuk makan makanan pejal yang lebih banyak khasiat.


Oleh yang demikian, pengambilan makanan tambahan penting bagi pesakit atau warga emas untuk mendapatkan tenaga, protein mikronutrien.

Pengambilan makanan tambahan itu dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan tahap kesihatan serta zat nutrisi dalam tubuh badan.

"Sokongan nutrisi dapat membantu pesakit dalam memperbaiki fungsi imunologi, penyembuhan luka, memperbaiki kebolehtelapan usus, mengurangkan perpindahan bakteria dan mengelak komplikasi penyakit.

"Bagaimanapun keperluan nutrisi berbeza mengikut kumpulan. Bagi warga emas, mereka memerlukan penghidratan yang mencukupi, kandungan serat yang tinggi dan makanan yang mengandungi nilai nutrien," katanya.

Tambah Shree, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti barah, sakit jantung dan sebagainya pula memerlukan keperluan nutrisi yang berbeza.

"Pesakit dalam kelompok ini memerlukan makanan yang mengandungi protein dan kalori yang tinggi, kurang lemak, vitamin dan mineral mencukupi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

Posted:

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

Oleh ALIF ABU BAKAR


PARA peserta bengkel Dare to Dream bersama sijil masing-masing selepas tamat program.


KEM COPE Adventure yang terletak di Pusat Pelancongan Menara Tinjau Ampang meriah dengan kehadiran 55 peserta bengkel Dare to Dream yang datang dari serata Malaysia. Peserta-peserta yang berusia antara 17 sehingga 24 tahun itu menjalani bengkel tersebut selama lima hari pada 8 Jun hingga 12 Jun lalu.

Pengisian program sepanjang bengkel itu menjurus kepada pembentukan karakter peserta-peserta dengan menerapkan elemen-elemen kerjasama dan semangat setiakawan.

Salah satu aktiviti yang digemari oleh peserta bengkel tersebut ialah Amazing Race. Dalam aktiviti ini mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap lokasi yang telah ditetapkan di sekitar Menara Tinjau tersebut.

Tindak-tanduk dan cara mereka menangani masalah dalam tugasan tersebut akan dinilai bagi menentukan siapakah yang layak tersenarai dalam 20 penerima biasiswa.

Impian para peserta

"Kita tidak hanya menilai daripada aspek akademik dan kebijaksanaan sahaja, bahkan nilai-nilai murni dalam diri mereka juga penting.

"Sepanjang bengkel ini berlangsung, kita akan perhatikan setiap peserta berdasarkan personaliti mereka daripada segi kerjasama dan komunikasi bersama peserta-peserta lain," jelas Ketua Perhubungan Awam Honda Malaysia, Monique Low.

Seorang peserta masalah penglihatan, Loke Weng Hang, dari Port Dickson, Negeri Sembilan memberitahu, dia bercita-cita untuk menjadi pengaturcara komputer.

"Saya ingin mencipta perisian yang memudahkan individu seperti saya mengendalikan komputer dengan lebih mudah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.



Sementara itu Mok Yi-Lin, 19, mempunyai alasan bersifat peribadi mengapa dia memilih peguam sebagai kerjayanya.

Remaja dari Ipoh, Perak itu berhajat untuk membantu mereka yang tidak mendapat keadilan di mahkamah terutama berhubung kes perceraian.

Kesan perceraian ibu bapanya ketika dia baru berusia lapan tahun telah menyemarakkan semangat anak sulung itu untuk membela nasib insan seperti ibunya yang berdepan kesukaran membesarkannya dan adik lelakinya.

Salah seorang peserta dari Sabah, Nor Syafiqah Saliza Saripuddin pula menanam cita-cita untuk bergelar mekanik wanita berikutan kebiasaan pergaulannya yang cenderung bersama lelaki.

Walaupun kerjaya tersebut dimonopoli kaum Adam, Syafiqah tidak menganggap ia sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi selepas kakaknya bergelar mekanik.

Biasiswa Honda Dreams diperuntukkan buat mereka yang berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 dan ke bawah serta lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Penerima biasiswa tersebut boleh dikatakan bertuah kerana mereka bebas memilih institusi pilihan yang diingini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Pengajian mereka ditaja sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Selepas lima tahun menyumbang kepada masyarakat, usaha Honda Malaysia itu nyata berhasil apabila majoriti penerima biasiswa mereka berjaya mencapai impian masing-masing.

Bekas penerima biasiswa tersebut, Wong Eddron memberitahu, biasiswa yang diterimanya pada 2007 membuka peluang buat dirinya bergelar seorang pereka grafik dan kartunis.


KOMUNIKASI antara ahli kumpulan penting dalam setiap cabaran.


"Saya telah menamatkan diploma dalam bidang Ilustrasi di The One Academy dan kini bekerja sebagai pelukis bebas. Tawaran melukis juga semakin banyak dan saya selesa bekerja sebegini tanpa terikat dengan mana-mana syarikat," luahnya yang tidak bercadang untuk bekerja di mana-mana syarikat.

Seramai 20 penerima biasiswa tersebut dipilih secara adil berdasar penilaian oleh wakil daripada Honda Malaysia dan empat organisasi lain. Empat organisasi tersebut ialah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Program Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Majlis Belia Malaysia (MYC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Sebanyak 1,700 permohonan diterima sejak ia dibuka sepanjang bulan Januari sehingga Mac lalu yang kemudiannya disenarai pendek kepada 60 orang peserta sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Memahami pendidikan seks

Posted:

Memahami pendidikan seks

Memahami pendidikan seks


ANAK-ANAK perlu diajar tentang adab dan tata susila sesama mereka yang berlawanan jantina demi menjaga kehormatan serta mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.


APABILA memperkatakan mengenai pendidikan seks, ramai ibu bapa yang salah anggap mengenai maksud sebenar. Hakikatnya, pendidikan seks bukan bererti mengajar anak-anak mengenai hubungan seksual antara lelaki dan wanita semata-mata.

Menurut Kamus Dewan, perkataan seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan iaitu jantina atau keinginan syahwat. Secara umum, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan iaitu hubungan antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai pantang larang atau tidak wajar dibicarakan. Ia dianggap perkara yang terlalu peribadi. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza.

Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal consiousness / spiritual / morality) dan jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut.

Ia boleh dilaksanakan sama ada secara formal ataupun tidak formal. Dalam konteks ini, pendidikan seks adalah wajar.

Ajarkan batasan aurat

Setiap ibu bapa perlu ajarkan anak-anak mengenai batasan aurat. Islam telah menggariskan batasan aurat yang perlu dipatuhi, bukan saja kepada wanita malah kepada lelaki.

Aurat asas bagi seorang lelaki adalah menutup bahagian antara pusat dan lutut. Aurat wanita pula ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita, terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

i) Aurat ketika sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

ii) Aurat ketika bersama mahram

Pada asasnya, aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Namun, wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutamanya dalam menjaga kehormatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

iii) Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram

Aurat wanita di hadapan lelaki bukan mahram ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat melihat wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Sehubungan itu, anak-anak perlu diajar untuk memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Batasan pergaulan

Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mengenai batasan pergaulan seperti yang disarankan oleh syariat.

Terdapat enam etika pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk antara anak lelaki dan anak perempuan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada mendekati zina iaitu:

a) Menundukkan pandangan, menutup aurat, batasan aurat, ada penghalang antara lelaki dengan wanita, tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, tidak melunakkan ucapan atau percakapan dan tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.

b) Pengasingan anak lelaki dan perempuan

Ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan. Bukan sekadar berasingan katil tetapi juga berasingan bilik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan) solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun, dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya." (hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun. Ia menjelaskan hikmah perlunya anak-anak ini diasingkan tempat tidur bukan saja daripada saudara kandung tetapi juga daripada ibu bapanya sendiri.

c) Adab masuk ke bilik ibu bapa dan adik-beradik

Anak-anak juga perlu diajar mengenai adab masuk ke bilik ibu bapa dan bilik saudara kandung. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat Isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved