Kosmo Online - Pemotoran |
- Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan
- Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkan
- Terhad untuk 100 unit sahaja
Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan Posted: Pusat 3S, dua model baharu dilancarkanOleh SHAWKATH AZDE APRILIA sebenarnya bukannya satu jenama motosikal baharu di negara ini. Pengedaran jenama gah itu dalam pasaran tempatan sudah bermula sekitar tahun 2004. Namun, perjalanan jenama tersebut ibarat layang-layang putus talinya. Untuk menghidupkan semula suatu jenama yang sudah 'terkubur' bukannya tugas mudah. Ditambah pula untuk mendapat semula kepercayaan pelanggan. Ini cabaran yang dihadapi pengedar baharu jenama Aprilia di Malaysia iaitu Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira). "Sewaktu Kumpulan Naza memutuskan untuk mendapat hak pengedaran Aprilia, kami sedar akan cabarannya. Jenama ini secara praktikalnya tidak lagi bernyawa di Malaysia," kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin. Naza Premira merupakan anak syarikat Kumpulan Naza. Hak pengedaran Aprilia diperoleh menerusi pemeteraian satu perjanjian bersama Piaggio Group pada bulan Mei 2010. Selain Aprilia, Naza Premira turut diberikan hak pengedaran jenama Piaggio, Gilera dan Vespa. Piaggio Group memiliki rangkaian produk jenama Piaggio, Vespa, Gilera, Aprilia, Moto Guzzi, Derbi dan Scrabble. Sejak Disember 2010, enam model Aprilia telah diperkenalkan dalam pasaran. Ia meliputi model RS125R, Shiver 750, Mana 850, Dorsoduro 750, RSV4R dan RSV4 Factory. Setiap model untuk segmen motosikal berlainan. Sejauh mana kejayaan Aprilia masih terlalu awal untuk dinilai. Strategi harus tepat. Jika tidak, kecundanglah jawabnya. Naza Premira mengambil dua pendekatan logik. Keutamaan pelanggan dan penetapan harga kompetitif berbanding jentera buatan Jepun. Dalam tempoh enam bulan sahaja, sebanyak 140 unit motosikal Aprilia sudah dijual. Pengedar sebelum Naza Premira hanya berjaya menjual sebanyak 110 unit Aprilia dalam tempoh dua tahun. Sedikit? Ini bukannya motosikal kapcai yang senang-senang sahaja mampu meraih jualan sebanyak 2,000 atau 4,000 unit sebulan. Pertama di Asia DORSODURO 1200 mencetuskan persaingan dalam segmen motard tempatan. Baru-baru ini, dua model baharu ditambah dalam rangkaian produk Aprilia. Apa lagi jika bukan model Tuono V4 APRC dan Dorsoduro 1200. Pujian harus diberikan kepada Naza Premira kerana berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Asia pertama yang melancarkan model Tuono V4 APRC. Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh SM Faisal dan Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasific Pte. Ltd., Judah Sangaran. Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, Pengurus Besar Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Ketua Jualan dan Operasi Naza Premira, Idon Pang. Spesifikasi Model Tuono V4 APRC merupakan naked bike yang dilengkapi dengan enjin 16v V4 bersesaran 999.6cc. Enjin sama seperti jentera superbike RSV4 tetapi dengan talaan baharu. Antaranya ialah pemasaan injap baru, pengambilan trompet lebih panjang dan roda tenaga (flywheel) yang lebih berat. Padanan transmisi enam gear diberikan. Tuono V4 APRC dikatakan mempunyai had putaran enjin mencecah 12,300 rpm. Meskipun begitu, ia mampu menghasilkan 165 kuasa kuda (hp) pada 11,500 rpm. Tork maksimum ialah 111.5Nm pada 9,500rpm. Kelajuan maksimum didakwa mampu melepasi paras 240 kilometer/sejam (km/j). Untuk memberhentikan jentera seberat 183 kilogram (kg) itu, brek jenama Brembo diketengahkan. Roda hadapan dilengkapi dua set brek cakera berukuran 320 milimeter (mm) dengan empat omboh. Bahagian belakang mengguna pakai brek cakera berukuran 220 mm dan omboh berkembar. Sistem suspensi Tuono V4 APRC menggunakan khidmat Sachs sepenuhnya. Bahagian hadapan menggunakan fork USD (upside-down fork) boleh laras 43mm, manakala penyerap hentak tunggal boleh laras dipadankan pada roda belakang.
Motosikal itu hadir bersama tiga mode pemetaan enjin iaitu Track, Sport dan Road. Mode Track membolehkan respon pendikit minyak menjadi lebih agresif. Sementara mode Sport untuk respons lebih lancar dengan kekangan tork berdasarkan gear. Ia juga dikenali sebagai mode 'keseronokan maksimum'. Mod Roade pula menyalurkan respons pendikit minyak paling lembut dan ia sesuai untuk tunggangan dalam bandar atau di atas jalan yang basah. Pesaingnya terdiri daripada Ducati Streetfighter S, KTM Super Duke R dan Triumph Speed Triple. Didatangkan dalam dua warna iaitu kuning dan hitam, jentera itu memiliki tangki petrol berkapasiti 17 liter. Ia dijangka ditawarkan pada harga RM93,000 seunit. Dorsoduro 1200 pula mencetuskan keterujaan dalam segmen motosikal motard tempatan. Ia dipasang enjin 90 darjah V-twin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,197cc. Jentera motard itu dijana oleh kuasa sebanyak 130hp pada 8,700rpm. Tork maksimum ialah 115Nm @ 7,200rpm. Kelajuan maksimum dikatakan melepasi 200km/j. Motosikal seberat 203 kilogram itu memiliki sistem suspensi sama seperti Tuono V4 APRC. Cuma penyerap hentak belakang ditempatkan di bahagian kanan. Sistem brek juga sama kecuali saiz cakera belakang yang lebih besar iaitu 240mm. Tiga pemetaan enjin diberikan iaitu Sport, Touring dan Rain. Mode Sport memberikan akses pada kuasa penuh 130hp. Kuasa penuh dan keselesaaan dapat dirasai dalam mode Touring. Manakala mode Rain untuk jalan basah.
Harga dianggarkan RM79,000 seunit. Kedua-dua model tersebut diberi pakej penyelenggaraan selama tiga tahun. Pelaburan RM600,000 Seiring dengan pelancaran dua jentera tersebut, majlis perasmian sebuah pusat pameran dan pusat 3S Aprilia di Jalan Raja Muda Aziz, Kampung Baru di Kuala Lumpur diadakan. Dengan keluasan 11,000 kaki persegi, premis tersebut membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM600,000. Ia dilengkapi kemudahan lapan ruangan menyelenggara jentera, di samping peralatan dan kelengkapan untuk semua rangkaian motosikal Aprilia. Mekanik di sana sudah menerima latihan daripada Pusat Latihan Aprilia di Itali. Turut diperagakan ialah rangkaian model Vespa, Champion Corner dengan dua replika jentera perlumbaan RSV4 Factory dan RS125R. Tidak lama lagi, barisan model Piaggio dan Gillera turut akan dipamerkan. Selain itu, aksesori, pakaian kasual dan perlumbaan untuk penunggang motosikal turut dijual. Pusat itu dibuka seawal 9 pagi sehingga 8 malam setiap hari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkan Posted: Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkanSUZUKI Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) mengumumkan prestasi setengah tahun pertamanya baru-baru ini. Perkongsian pasaran Suzuki meningkat daripada 1.1 peratus tahun lalu kepada 1.4 peratus pada tahun ini (Januari hingga Jun 2011). Ia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh tersebut dengan jualan sebanyak 4,086 unit kenderaan Suzuki. Dalam pasaran segmen kereta bukan nasional, perkongsian pasaran Suzuki meningkat daripada 2.6 peratus kepada 3.1 peratus hingga Jun tahun ini. Sumbangan terbesar datangnya daripada permintaan kukuh terhadap model Swift yang meliputi 67 peratus jualan keseluruhan syarikat. Sebagai tambahan, jualan Swift menokok sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu apabila Suzuki berjaya menjual 2,730 unit Swift dalam tempoh enam bulan tahun ini. Ketika Swift mendominasi segmen B hatchback dengan 59 peratus, model kompak Alto dilihat semakin mendapat maklum balas positif dalam segmen A hatchback. Jualan Alto mencecah 610 unit dan mewakili 23 peratus perkongsian pasarannya. Sementara jualan model SX4 Crossover meningkat sebanyak 28 peratus dengan perkongsian pasaran mencecah 23 peratus dalam segmen C hatchback. Ini bermakna sebanyak 461 unit berjaya dijual berbanding 329 unit pada tahun lalu. Jualan model Grand Vitara turut menunjukkan peningkatan apabila memperoleh empat peratus perkongsian pasaran dalam segmen SUV bukan nasional. Dalam majlis sama, SMA memperkenalkan model Swift yang telah ditambah baik. Dikenali sebagai Swift GLX, penambahbaikan kosmetik itu dibuat berikutan minat terhadap Swift yang tidak pernah menurun. "Kami menyasarkan jualan sebanyak 500 unit Swift GLX sebulan, walaupun pasaran kini berdepan beberapa cabaran termasuklah kesan pasca tsunami di Jepun dan pindaan akta sewa beli," jelas Pengarah Urusan SMA, Ibrahim Maidin. Menurut Ibrahim, Swift merupakan gabungan teknologi Jepun dengan rekaan Eropah. Jadi, ia sememangnya sebuah jentera kompak yang terbukti bagus dan pastinya mampu memuaskan hati setiap pemiliknya. Antara penambahbaikan yang diterima Swift GLX ialah jeriji baharu pada bampar hadapan, lampu belakang baharu, selain bampar belakang, skirting sisi dan penutup enjin yang sporty. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Posted: Terhad untuk 100 unit sahajaAKSESORI Ralliart membuatkan Lancer Sportback ini kelihatan jauh lebih sporty. PENGIMPORT dan pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia, (MMM) baru-baru ini melancarkan model Mitsubishi Lancer Sportback RA Edition. Berdasarkan kepada model Lancer Sportback 2.4 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Edisi RA eksklusif ini hanya ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja. Edisi RA menambah pakej sporty yang sudah sedia ada pada model Lancer Sportback menerusi pelbagai aksesori Ralliart, jenama untuk produk Mitsubishi yang mempunyai kaitan dengan sukan bermotor. Dihasilkan buat peminat tegar Ralliart, setiap Lancer Sportback Edisi RA hadir bersama pakej aksesori eksklusif yang meliputi tempat duduk kulit Nappa dengan rekaan sporty, rim aloi, diffuser belakang, plat Ralliart, stiker, kamera mengundur, bampar hadapan, emblem Ralliart dan banyak lagi. Model ini ditawarkan pada harga RM137, 980 seunit di atas jalan termasuklah insurans. Ia didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, putih dan hitam. Pelanggan juga akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (km), selain pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun daripada Mitsubishi. Apa yang pasti, penampilan sporty Lancer Sportback dipertingkatkan melalui penggunaan bampar hadapan Ralliart dan logonya yang memang terkenal itu. Sementara gegelang pada lampu kabus membuatkannya menyerlah biarpun lampunya belum dinyalakan. Bagi nampak sepadan, bahagian belakang dipasang dengan unit diffuser pada bahagian bawah bampar. Manakala rim aloi bersaiz 18 inci dicat dengan warna Gun Metal. Ciri sporty itu diteruskan hingga ke bahagian kabin. Plat Ralliart edisi khas tahan calar diletakkan pada setiap pintu. Pemandu dan penumpang juga pasti berpuas hati dengan keselesaan yang ditawarkan oleh tempat duduk kulit Nappa tersebut. Untuk membantu pemandu ketika memarkir kenderaan, kamera mengundur disediakan. Sejak dilancarkan ke pasaran tempatan pada akhir tahun lalu, Lancer Sportback merupakan hatchback lima pintu yang popular dalam rangkaian model Lancer. TEMPAT duduk dibalut dengan kulit Nappa. Ia dijana oleh unit enjin bersesaran 2.4 liter MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 170PS dan 22Nm tork. Enjin DOHC 16 injap itu dipadankan dengan transmisi INVECS-II Continuously Variable Transmission (CVT) yang menawarkan pemanduan lebih sporty, cekap dan selesa. Kecemerlangan pengendalian Lancer Sportback di atas jalan dibantu oleh suspensi jenis bebas yang menerima talaan khas. Kuasa membrek pula diserahkan kepada sistem brek cakera ventilasi untuk roda hadapan dan brek cakera solid pada roda belakangnya. Lancer Sportback juga dipasang dengan barisan senarai peralatan standard yang mengujakan. Antaranya, sistem kawalan suhu automatik, sistem audio 2-DIN dengan skrin sentuh LCD dan kamera mengundur. Alat pengesan hujan automatik pada penggilap cermin, lampu utama dan cruise control merupakan antara ciri-ciri yang ada pada Lancer Sportback. Sebagai tambahan, Lancer Sportback didatangkan dengan system keselamatan terbaik termasuklah Active Stability Control (ASC) dengan Traction Control (standard), selain ABS, Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA). Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors atau layari www.mitsubishi-motors.com.my. Anda juga boleh menghubungi Mitsubishi Motors Customer Care Line di talian 03-7622 2202. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan