Jumaat, 29 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah

Posted:

Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah

Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah


KERATAN muka depan Kosmo! 19 Julai 2011.


KUALA TERENGGANU - Lelaki yang tidak berjaya untuk bergelar seorang wanita dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai akibat mengalami kemurungan ekoran kegagalannya itu.

Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz , 25, dikatakan mengalami masalah tersebut ekoran tertekan sejak Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menolak permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz pada 18 Julai lalu.

Kemuncaknya kira-kira pukul 3 pagi semalam, dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami muntah-muntah yang teruk.

Difahamkan, sehingga lewat petang semalam, dia masih menerima rawatan di ICU ke-rana tekanan darahnya terlalu rendah iaitu 80/40 namun Mohd. Ashraf masih sedar dan mampu bercakap dengan ahli keluarganya.

Bapa lelaki itu, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi HSNZ bagaimanapun meminta wartawan supaya tidak menemui anaknya itu kerana keadaannya masih dipantau rapi oleh doktor.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Posted:

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pelajaran menegaskan ia tidak akan menyenaraikan 15 jenis makanan tidak sihat untuk dijual di sekolah sebagaimana diuar-uarkan hampir dua bulan lalu sebaliknya memperkenalkan garis panduan baharu jumlah kalori bagi keperluan pelajar.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, satu pasukan telah dibentuk oleh kementeriannya bersama Kementerian Kesihatan bagi menghasilkan garis panduan tersebut secara komprehensif.

Beliau bagaimanapun menegaskan, makanan yang telah dikenal pasti sebagai tidak sihat dan mempunyai pewarna tiruan, misalnya snek, masih dilarang untuk dijual di kantin.

"Menerusi pengenalan garis panduan baharu kalori ini, pelajar perlu memilih makanan terbaik berdasarkan garis panduan tersebut yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen MCA Terengganu di sini semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Isnin lalu bagaimanapun berkata, senarai 15 jenis makanan itu akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.



Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal

Posted:

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal


ORANG RAMAI memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ky di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hampir 40 orang termasuk ahli keluarga hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Vietnam Selatan, Nguyen Cao Ky semalam.

Pemimpin yang mentadbir Vietnam Selatan ketika Perang Vietnam itu meninggal pada minggu lalu semasa berusia 80 tahun akibat komplikasi pernafasan.

Mayatnya dibakar di sebuah pusat pengebumian Buddha di Shah Alam manakala abunya dijangka dibawa pulang ke Amerika Syarikat (AS) oleh anak-anaknya.

Beliau dipercayai meninggal dunia di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah isterinya, Le Kim Nicole.

Mayat Ky ditempatkan di dalam sebuah keranda kaca dengan dihiasi bendera lama Vietnam Selatan, Malaysia dan AS manakala tubuhnya dipakaikan sut berwarna putih bersama tali leher bow berwarna hitam.

Menurut seorang anak perempuannya, Nguyen Cao Ky Duyen, permintaan terakhir bapanya yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu ialah membantu pelajar miskin menguasai bahasa Inggeris.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved