Isnin, 10 Februari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua kapal berlanggar di Selat Singapura, dekat Pulau Sebarok

Posted:

Dua kapal berlanggar di Selat Singapura, dekat Pulau Sebarok

Dua kapal berlanggar di Selat Singapura, dekat Pulau Sebarok

10/02/2014 10:52pm

SINGAPURA - Dua buah kapal dilaporkan telah berlanggar di Selat Singapura, dekat Pulau Sebarok, kira-kira 10km ke selatan tanah besar Singapura.

Perlanggaran membabitkan kapal kontena didaftarkan di Liberia, "Hammonia Thracium" yang hendak belayar keluar dan kapal tangki kimia yang didaftarkan di Panama, "Zoey".

Ini merupakan insiden ketiga perlanggaran kapal dalam tempoh lebih dua

minggu.

Dalam kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA)

berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perlanggaran itu pada Isnin.

'Hammonia Thracium' melaporkan bahawa sebuah daripada tangki bunker mengalami kerosakan dan menyebabkan tumpahan kira-kira 80 tan metrik bahan api.

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perlanggaran, MPA segera menghantar empat kapal peronda untuk mengawal tumpahan.

Kedua-dua kapal kini dalam keadaan stabil di luar kawasan lingkungan pelabuhan Singapura.

MPA sedang menyiasat punca perlanggaran.

- Bernama

Malaysia memiliki sistem penjagaan kesihatan ketiga terbaik di dunia

Posted:

Malaysia memiliki sistem penjagaan kesihatan ketiga terbaik di dunia

Malaysia memiliki sistem penjagaan kesihatan ketiga terbaik di dunia

10/02/2014 10:48pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengatakan bahawa Malaysia patut berbangga kerana sistem penjagaan kesihatan di negara ini tersenarai sebagai ketiga terbaik di dunia.

Najib dalam Twitternya malam ini berkata, Malaysia mendapat tempat ketiga terbaik daripada 24 negara dalam Indeks Persaraan Global 2014 International Living.

"Kita sepatutnya berbangga!,"katanya.

Menurut satu kajian penerbitan Amerika itu, International Living menilai sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara dalam Indeks Persaraan Globalnya mengalahkan Sepanyol, Itali, Ireland , New Zealand dan negara-negara lain.

Malaysia mendapat tempat ketiga setelah mendapat markah 95 daripada 100 mata, sementara negara-negara di tempat dua teratas iaitu Perancis dan Uruguay masing-masing memperolehi 97 dan 96 mata.

Indeks itu yang dikeluarkan baru-baru ini oleh majalah yang berpangkalan di Baltimore, memuji sistem penjagaan kesihatan di Malaysia memandangkan kepakaran perubatan pengamal-pengamal perubatan Malaysia adalah setaraf atau lebih baik daripada kebanyakan negara barat.

- Bernama

Sebanyak 12 lagi KR1M dibuka di Sabah tahun ini

Posted:

Sebanyak 12 lagi KR1M dibuka di Sabah tahun ini

Sebanyak 12 lagi KR1M dibuka di Sabah tahun ini

10/02/2014 10:42pm

BEAUFORT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuka 12 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya sedang mengenalpasti lokasi sesuai untuk dibangunkan KR1M,

masing-masing di Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Beluran, Kinabatangan,

Pensiangan, Kudat, Papar, Kota Marudu, Sipitang, Penampang dan Tenom.

"Penambahan KR1M ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk mensasarkan setiap kawasan parlimen sekurang-kurangnya mempunyai sebuah KR1M," katanya pada majlis pelancaran KR1M di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Bashah, kementerian menghadapi kekangan untuk mendapatkan lokasi strategik termasuk saiz dan lokasi premis di luar bandar yang kurang penduduk, kadar sewa terlalu tinggi dan premis masih dalam pembinaan.

Sehingga kini, sebanyak 13 buah KR1M telah beroperasi di Sabah.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved