Rabu, 9 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Antara karier dan kisah peribadi

Posted:

Antara karier dan kisah peribadi

Antara karier dan kisah peribadi

AYU DAMIT kini bahagia bersama dua anaknya, Syed Nasrul Haikal dan Sharifah Alya Adriana hasil perkongsian hidup dengan Syed Fauzi.


BERITA artis sorok pernikahan bukan sesuatu yang baharu dalam industri seni tempatan. Bukan satu dua artis yang cuba menyembunyikan perkahwinan mereka, tetapi cukup ramai. Masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri.

Acap kali perkahwinan yang cuba disembunyikan itu akhirnya akan terbongkar jua. Terbaharu, peminat dikejutkan dengan berita kononnya pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sah bernikah pada 4 Februari lalu kini.

Baik Aeril, mahupun Wawa masing-masing mengunci mulut.

Bahkan Aeril menerusi pengurusnya memberitahu dia akan menjawab segala teka-teki itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan esok.

Sebelum ini aktor Bront Palarae juga menafikan berita pernikahannya pada 31 Ogos lalu walaupun majlis itu turut dihadiri pihak media.

Hanya kerana tiada bukti bergambar, Bront dengan cukup lantang menempelak pihak media yang melaporkan hari bahagianya itu.

Namun, akhirnya Bront mengaku juga telah bernikah. Alasannya merahsiakan pernikahannya itu kerana privasi dan pernikahan bersifat peribadi. Bront yang masih merahsiakan identiti isterinya itu akan mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya di Hatyai, Thailand pada hujung tahun ini.

Terdahulu, sejarah industri hiburan sebelum ini menyaksikan pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim, Rita Rudaini, Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) dan penyanyi Ayu Damit turut menyembunyikan pernikahan, tetapi akhirnya terbongkar dan mengaku dengan sendirinya selepas bukti terpampang di depan mata.

Biarpun beribu alasan diberikan, tetapi pernikahan wajar dihebahkan untuk mengelak fitnah, bahkan dalam Islam, sunat untuk pasangan pengantin membuat kenduri mengikut kemampuan masing-masing.

Rasa bersalah - Rita Rudaini

Pelakon jelita, Rita Rudaini yang telah bercerai dengan suaminya, pemain bola sepak Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak pada 5 September lalu pernah menggemparkan industri hiburan apabila mereka bernikah secara sembunyi di Songkla, Thailand pada Februari 2008.

Berita pernikahan itu hanya dihebahkan kepada media apabila Rita disahkan hamil dua bulan. Walaupun sudah sah bercerai dengan suaminya, Rita tidak kisah berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika status pernikahan itu masih lagi rahsia.

Menurutnya, dia dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk merahsiakan pernikahan itu kerana keluarga suaminya tidak merestui hubungan mereka. Ketika itu, Rita berusia 32 tahun, manakala Aidil berusia 21 tahun.


WAWA ZAINAL dan Aeril Zafrel kini masih berteka-teki tentang hubungan mereka.


"Ketika itu saya bukan sengaja sorok pernikahan, tetapi untuk menjaga hati banyak pihak dan atas permintaan bekas suami, itulah keputusan yang terpaksa saya lakukan.

"Kalau ikutkan tiada sebab dan tidak patut untuk saya sorok berita pernikahan itu kerana kami bernikah secara sah dan halal bukannya bersekedudukan," ujarnya.

Luahnya, ketika itu memang sukar dan wujud rasa bersalah bersarang di hatinya apabila terpaksa berbohong dengan orang sekeliling termasuk pihak media tentang status hubungan mereka.

"Saya rasa bersalah sangat sebab saya bukannya orang biasa, semua orang kenal saya. Jadi, sayalah orang yang dihentam kiri dan kanan apabila pernikahan ini akhirnya terbongkar," jelasnya.

Sambung Rita, pada mulanya, dia sememangnya ingin menghebahkan berita pernikahan itu, tetapi selepas banyak kali menafikan hubungan mereka kepada pihak media dan orang sekeliling, pengakuan yang ingin dilakukan itu menjadi terlalu sukar.

"Rasa berat dan susah sangat, tetapi dalam hati memang saya tidak mahu sorok kerana boleh mengundang fitnah. Akhirnya tidak tahu macam mana, ketika semakin dekat tarikh untuk saya beritahu hal sebenar, orang ramai sudah dapat tahu terlebih dahulu," katanya.

Waktu itu, dia dan bekas suami masih belum bersedia untuk memberitahu kisah yang sebenar dan terpaksalah mereka berbohong.

"Selepas berdolak-dalih dan menafikan, apabila tiba waktu sidang akhbar untuk memberitahu hal yang sebenar, saya rasa sangat malu," katanya.

Andai pada masa depan dia bertemu jodoh semula, pengalaman lepas mengajarnya untuk tidak menyembunyikan perkara yang sepatutnya dikongsi dengan semua orang.

"Jika ada jodoh selepas ini, saya tidak mahu sorok kerana perkara yang gembira apabila orang dapat tahu, mereka turut mendoakan kebahagiaan kita. Cukuplah sekali, saya tidak mahu ulang perkara yang sama dan mengundang fitnah," kata Rita.

Fokus kerjaya bukan kisah peribadi - Eja

ABBY ABADI dan suaminya, Noor Farhan bernikah secara rahsia di Thailand pada 9 Julai lalu.


Seorang lagi pelakon cantik, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja hanya mendedahkan statusnya sebagai isteri kepada seorang ahli korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin selepas 10 tahun berkahwin.

Berita itu diumumkan pada Julai 2009, ketika Eja sedang hamil anak sulung dan usia kandungan telah mencecah tujuh bulan.

Eja yang kini berusia 41 tahun, pernah berkata dalam satu temu bual, sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan dia tidak pernah menyorokkan statusnya, bahkan banyak pihak telah tahu status sebenarnya.

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengiyakan atau menidakkan apabila ada yang bertanya tentang status saya. Ramai yang sudah tahu, cuma malas bertanya perkara itu kepada saya.

"Saya menghargai privasi yang diberikan kerana ketika itu fokus saya hanyalah kerjaya sahaja," katanya yang kini sudah mengenakan hijab.

Jelasnya, dia juga mengambil keputusan untuk mendedahkan statusnya yang sebenar dan berkongsi wajah suami serta anaknya, Nur Eishal yang kini berusia empat tahun demi masa depan anaknya itu.

"Saya juga tidak mahu menyorok lagi kerana semuanya adalah demi masa depan Nur Eishal dan apa yang saya lakukan selama ini pun, itu adalah pendirian saya.

"Memang dari dulu lagi sudah saya tegaskan bahawa saya mahu kisah kerjaya saya ditonjolkan berbanding dengan kehidupan peribadi," jawabnya.

Elak fitnah, harus dihebahkan - Ustazah Norhafizah Musa

Isu tentang sorok pernikahan ini turut diajukan kepada pendakwah Ustazah Norhafizah Musa yang juga pensyarah di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ujarnya, pernikahan merupakan sesuatu yang baik dan apabila ia dirahsiakan secara tidak langsung memberi implikasi negatif terhadap keharmonian rumah tangga yang dibina.

"Pernikahan itu harus dihebahkan, jika dalam Islam hukumnya sunat untuk mengadakan majlis kenduri bagi mengeratkan silaturahim dan memberitahu orang sekeliling yang mereka sudah berkahwin bagi mengelak fitnah pada kemudian hari.

"Biasanya pernikahan yang disorokkan pasti ada sesuatu yang tidak kena dan penghujungnya tidak akan harmoni.

"Harus diingat apabila bernikah, kehidupan bukan sekadar berdua tetapi turut melibatkan masyarakat, perkara yang mudah akan menjadi sukar apabila pernikahan itu disorokkan," katanya.

Disoal tentang pasangan artis yang menafikan pernikahan, katanya, itu hak peribadi, bagaimanapun perkara itu tidak sepatutnya berlaku andai pernikahan itu dijalankan berdasarkan syarak yang betul.

"Penafian itu bersifat peribadi, tetapi bagi saya mereka yang menafikan tidak memikul tanggungjawab dalam rumah tangga.

"Mungkin mereka ada sebab tersendiri seperti menjadi isteri kedua, perkahwinan tidak direstui tetapi sampai bila harus begitu. Pernikahan adalah untuk seumur hidup bukannya untuk tempoh yang singkat," jelasnya.

Tambahnya, status sebagai artis menarik banyak pihak untuk mengetahui kisah yang sebenar tetapi masyarakat bukanlah ingin mencampuri urusan rumah tangga mereka.

"Bagi saya masyarakat sekadar ingin tahu, benarkah mereka telah berkahwin, itu sahaja. Masyarakat kita tidaklah sampai ingin masuk campur dalam rumah tangga mereka.

"Lebih baik berterus-terang kerana pernikahan yang disorok mempunyai banyak implikasi negatif. Lebih tenang dan mudah jika perkara yang baik dihebahkan," katanya.

Artis Hollywood kahwin sorok

Posted:

Artis Hollywood kahwin sorok

Artis Hollywood kahwin sorok

Oleh HARYATI KARIM

JESSICA ALBA dan Cash Warren.


SELAMA bertahun-tahun, setiap tiga bulan sekali Boban Petrovic menaiki kereta api dari Belgrade untuk melawat keluarganya di Montenegro. Perjalanan tersebut seringkali menimbulkan ketakutan kepadanya kerana bimbang keselamatannya.

"Saya selalunya minum segelas atau dua gelas wain sehingga mabuk sekali gus tertidur sepanjang perjalanan," kata penggaya rambut, Petrovic, 37.

Perjalanan sejauh 475 kilometer antara ibu negara Serbia dan pelabuhan Bar di selatan Montenegro kadangkala mengambil masa sehingga 16 jam.

Melalui kawasan desa yang indah, kedua-dua gerabak penumpang dan pengangkut melintasi berdozen-dozen terowong yang membelah gunung-ganang batu kapur serta melintasi jambatan-jambatan panjang merentangi gaung dalam di Serbia dan Montenegro.

Perjalanan itu pernah menjadi kebanggaan komunis Yugoslavia apabila rel Belgrade-Bar siap dibina pada tahun 1976 sekali gus mempunyai kereta api yang berkelajuan 120 kilometer per jam (km/j).

Gerabak uzur

Kini, kereta api yang melaluinya di sesetengah bahagian hanya dapat bergerak satu per 10 daripada kelajuan asal.

Infrastruktur dan gerabak yang uzur membuatkan penumpang tidak yakin menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pada tahun 2006, sebuah gerabak penumpang tergelincir dan terjunam ke dalam ngarai di luar ibu negara Montenegro, Podgorica ketika kereta api keluar dari sebuah terowong.

Kecelakaan itu membunuh 47 orang dan mencederakan hampir 200 orang.

Sejak perpecahan Yugoslavia pada tahun 1990-an, kebanyakan rel tidak diselenggara dengan baik oleh negara-negara yang muncul daripada persekutuan komunis.

"Hanya keadaan rel di Croatia yang agak baik berbanding lain, rangkaian jalan rel dibiarkan dan keadaanya sangat teruk," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Serbia, Dejan Lasica.

Di Serbia, hampir 30 kilometer rel kereta api telah dibaik pulih pada kekerapan dua kali setahun sejak dua dekad lalu berbanding 190 kilometer yang patut diberi perhatian.

Halaju purata sekarang ialah 42 km/j.

JUSTIN TIMBERLAKE dan Jessica Biel.


"Pemenang Tour De France 2013 mengayuh pada halaju purata yang lebih tinggi daripada kereta api kami," kata Petrovic.

Namun, sepanjang 400 kilometer trek rel bersamaan 10 peratus rangkaian di Serbia, kelajuan maksimum yang dibenarkan hanya pada 10 km/j.

Malah, di Croatia yang paling banyak melabur bagi kerja-kerja pemulihan rel pula mempunyai halaju purata gerabak penumpang pada 46 km/j manakala 21 km/j untuk gerabak pengangkut.

Pada tahun 2011, sebanyak 12 juta tan barangan dibawa menggunakan tren, hanya satu pertiga daripada jumlah yang pernah dibawa pada tahun 1990.

Di Bosnia, 13 juta penumpang pernah bergerak menggunakan kereta api setiap tahun sebelum perang berbanding hari ini, hanya 800,000 orang.

Tambang mahal

Selain keadaan trek yang sangat teruk, kereta api di seluruh rantau itu rata-rata sudah menjangkau usia tiga dekad.

Prosedur yang rumit di sempadan antara negara republik itu juga menambah masa perjalanan menggunakan rel seperti kereta api yang menghubungkan Belgrade dan ibu negara Bosnia, Sarajevo.

Ketika tahun 1980-an, perjalanan hanya memakan masa lima jam dalam gerabak yang selesa berserta pramugari dan terkenal dalam kalangan peluncur-peluncur salji dan anak muda yang mahukan hiburan di ibu negara Bosnia.

Selepas ditutup selama 19 tahun ia dibuka semula pada tahun 2009, tetapi keadaan gerabak yang digunakan sebelum perang itu terlalu usang. Ia memerlukan hampir 10 jam untuk sampai ke destinasi, merentasi tiga sempadan antarabangsa.

Ia ditutup tiga tahun lalu selepas kekurangan penumpang. Para penumpang tidak sanggup membayar tambang pada harga 31 euro (RM136.82), sedangkan mereka boleh menaiki bas dengan tambang sebanyak 10 euro (RM44.13) sahaja yang lebih lebih selesa dan cepat.

– AFP

Survival kereta api di Balkan

Posted:

Survival kereta api di Balkan

Survival kereta api di Balkan


SUASANA lengang di stesen kereta api Belgrade jelas kelihatan dengan hanya sedikit penumpang menaiki kereta api.


SELAMA bertahun-tahun, setiap tiga bulan sekali Boban Petrovic menaiki kereta api dari Belgrade untuk melawat keluarganya di Montenegro. Perjalanan tersebut seringkali menimbulkan ketakutan kepadanya kerana bimbang keselamatannya.

"Saya selalunya minum segelas atau dua gelas wain sehingga mabuk sekali gus tertidur sepanjang perjalanan," kata penggaya rambut, Petrovic, 37.

Perjalanan sejauh 475 kilometer antara ibu negara Serbia dan pelabuhan Bar di selatan Montenegro kadangkala mengambil masa sehingga 16 jam.

Melalui kawasan desa yang indah, kedua-dua gerabak penumpang dan pengangkut melintasi berdozen-dozen terowong yang membelah gunung-ganang batu kapur serta melintasi jambatan-jambatan panjang merentangi gaung dalam di Serbia dan Montenegro.

Perjalanan itu pernah menjadi kebanggaan komunis Yugoslavia apabila rel Belgrade-Bar siap dibina pada tahun 1976 sekali gus mempunyai kereta api yang berkelajuan 120 kilometer per jam (km/j).

Gerabak uzur


SALAH seorang penumpang menunggu kedatangan kereta api di depan kaunter tiket di stesen kereta api Belgrade yang sudah usang.


Kini, kereta api yang melaluinya di sesetengah bahagian hanya dapat bergerak satu per 10 daripada kelajuan asal.

Infrastruktur dan gerabak yang uzur membuatkan penumpang tidak yakin menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pada tahun 2006, sebuah gerabak penumpang tergelincir dan terjunam ke dalam ngarai di luar ibu negara Montenegro, Podgorica ketika kereta api keluar dari sebuah terowong.

Kecelakaan itu membunuh 47 orang dan mencederakan hampir 200 orang.

Sejak perpecahan Yugoslavia pada tahun 1990-an, kebanyakan rel tidak diselenggara dengan baik oleh negara-negara yang muncul daripada persekutuan komunis.

"Hanya keadaan rel di Croatia yang agak baik berbanding lain, rangkaian jalan rel dibiarkan dan keadaanya sangat teruk," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Serbia, Dejan Lasica.

Di Serbia, hampir 30 kilometer rel kereta api telah dibaik pulih pada kekerapan dua kali setahun sejak dua dekad lalu berbanding 190 kilometer yang patut diberi perhatian.

Halaju purata sekarang ialah 42 km/j.


GERABAK usang kereta api dan pergerakan yang lambat menyebabkan ia semakin dilupakan oleh orang ramai.


"Pemenang Tour De France 2013 mengayuh pada halaju purata yang lebih tinggi daripada kereta api kami," kata Petrovic.

Namun, sepanjang 400 kilometer trek rel bersamaan 10 peratus rangkaian di Serbia, kelajuan maksimum yang dibenarkan hanya pada 10 km/j.

Malah, di Croatia yang paling banyak melabur bagi kerja-kerja pemulihan rel pula mempunyai halaju purata gerabak penumpang pada 46 km/j manakala 21 km/j untuk gerabak pengangkut.

Pada tahun 2011, sebanyak 12 juta tan barangan dibawa menggunakan tren, hanya satu pertiga daripada jumlah yang pernah dibawa pada tahun 1990.

Di Bosnia, 13 juta penumpang pernah bergerak menggunakan kereta api setiap tahun sebelum perang berbanding hari ini, hanya 800,000 orang.

Tambang mahal

Selain keadaan trek yang sangat teruk, kereta api di seluruh rantau itu rata-rata sudah menjangkau usia tiga dekad.

Prosedur yang rumit di sempadan antara negara republik itu juga menambah masa perjalanan menggunakan rel seperti kereta api yang menghubungkan Belgrade dan ibu negara Bosnia, Sarajevo.

Ketika tahun 1980-an, perjalanan hanya memakan masa lima jam dalam gerabak yang selesa berserta pramugari dan terkenal dalam kalangan peluncur-peluncur salji dan anak muda yang mahukan hiburan di ibu negara Bosnia.

Selepas ditutup selama 19 tahun ia dibuka semula pada tahun 2009, tetapi keadaan gerabak yang digunakan sebelum perang itu terlalu usang. Ia memerlukan hampir 10 jam untuk sampai ke destinasi, merentasi tiga sempadan antarabangsa.

Ia ditutup tiga tahun lalu selepas kekurangan penumpang. Para penumpang tidak sanggup membayar tambang pada harga 31 euro (RM136.82), sedangkan mereka boleh menaiki bas dengan tambang sebanyak 10 euro (RM44.13) sahaja yang lebih lebih selesa dan cepat. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Tarikan kereta antik

Posted:

Tarikan kereta antik

Tarikan kereta antik

Oleh ADLAN JAAFAR


PERTANDINGAN kereta antik dinilai dari segi pemuliharaan dan penjagaan.


CAHAYA matahari yang memancar sekitar pukul 11 hingga 2 petang pada hari minggu lalu tidak sedikitpun mengurangkan minat orang ramai untuk melihat kereta-kereta klasik di hadapan bangunan Pusat Konvensyen dan Pameran Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Para pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan masyarakat dengan beraneka raut wajah termasuk ras kaukasia selain kaum lain di Malaysia.

Mereka berpusu-pusu di Pertandingan Antarabangsa kereta Vintaj dan Klasik Malaysia Ke-4 sempena Asia Klasika - Festival Automobil Bersejarah 2013, sebuah acara selama tiga hari menggabungkan pelbagai aktiviti.

Pertandingan-pertandingan sebegitu dikenali sebagai Concours d'Elegance (pertandingan elegan) dalam bahasa Perancis yang membawa maksud perhimpunan kereta-kereta berprestij tinggi.

Ia bermula pada abad ke-17 apabila para aristokrat Perancis memperagakan kereta-kereta kuda di taman-taman di Paris ketika musim panas.

Seiring perkembangan teknologi, pemilik-pemilik kereta diadili pada penampilan automobil masing-masing. Selalunya ia diadakan di pameran automobil atau selepas perlumbaan.

Rata-rata pengunjung yang datang terpesona dengan reka bentuk luaran kereta yang sangat jarang ditemui selain ia masih berfungsi dengan baik.

Rasa itu tampak jelas apabila mereka merakam foto-foto pada setiap perincian seperti plat, tayar dan hud depan.

Tambah mengujakan pengunjung apabila maklumat setiap model kereta dipaparkan seperti tarikh dikeluarkan, bilangan yang dibuat dan yang masih ada sehingga kini serta sejarah melatarinya.

Ia bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan malah para peminat kereta antik dari China dan Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Historic Motoring Ventures (M) Sdn. Bhd., Andrew Suresh berkata, sebelum pertandingan itu dianjurkan bermula pada tahun 2011, suasana pertandingan kereta antik diadakan pada peringkat kelab sahaja.


KEUNIKAN kereta, Cadillac Eldorado 1950-an ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk mengenalinya dengan lebih dekat.


"Jika kelab A mengadakan pertandingan, ahli-ahli dari kelab B tidak akan masuk bertanding, begitu juga sebaliknya," ujar Suresh ketika ditemui di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum pertandingan diadakan.

Dalam syarat-syarat keahlian sesebuah kelab, ahli hanya boleh menyertai pertandingan yang diadakan oleh kelab yang disertai. Namun, Asia Klasika merupakan yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang membolehkan semua pemilik kereta antik menyertainya.

Syarat-syarat penyertaan

Ia turut menarik penyertaan dari Thailand dan Singapura.

Kata Suresh, pihaknya menguar-uarkan acara itu menggunakan laman web dan Facebook.

"Selain itu, kami juga mempunyai hubungan dengan badan-badan permotoran luar negara seperti dari Hong Kong, Australia, India, Sri Lanka dan Eropah," terangnya lagi.

Syarat-syarat penyertaan ialah kereta antik mestilah berusia 25 tahun atau lebih dan bersifat kolektibel iaitu jarang didapati, mempunyai daya penarik serta ramai peminat.

Sebagai contoh, kereta model Datsun 120Y mempunyai bilangan yang banyak di dunia walaupun kebanyakan yang ada di jalan raya sudahpun menjangkau usia tua.

Namun, bilangan kereta tersebut yang banyak dan mudah didapati, maka ia lebih dikenal sebagai kereta lama dan bukan kereta antik.

Pada hari pertandingan itu, terdapat komuniti hakim seramai 21 orang yang menilai setiap kereta antik, mereka terdiri daripada golongan profesional dan mahir dalam bidang masing-masing.

Antaranya, kemahiran menentukan tahap sesebuah kereta klasik dan mempunyai pengalaman yang luas dalam kerja-kerja pemuliharaan kereta.

"Kriteria dalam penghakiman pula dilihat pada keadaan kereta yang standard sepertimana ia mula dikeluarkan," jelas Suresh.

Kriteria lain yang dilihat dan amat penting dalam penjagaan serta pemuliharaan kereta antik adalah pada bahagian alat ganti selain kerja-kerja mekanik.

Ujar Suresh, banyak alat ganti kereta tersebut diimport dari luar negara kerana tidak ada dalam pasaran Malaysia selain kekurangan mekanik mahir.

"Membaiki kereta antik memerlukan masa antara enam bulan hingga dua tahun. Bayaran untuk kerja-kerja membaiki kereta selalunya dibayar selepas kerja siap, maka ia memberi kesan kepada minat pekerja mahir dalam bidang ini, " ungkapnya.


ZUL bersama kereta antiknya, Chevrolet Corvette C1 1961 yang menyertai pertandingan pada tahun ini.


Dalam pertandingan sebegitu, setiap kereta akan disaring terlebih dulu menerusi borang penyertaan serta foto yang dihantar oleh peserta.

Pihak penghakiman membuat penilaian sebelum memilih kereta-kereta yang layak dipertandingkan pada hari acara berlangsung.

Hobi

Dalam pada itu, seorang peserta yang dikenali sebagai Zul Omar telah membawa tiga buah kereta antik miliknya untuk dipertandingkan.

Kereta-kereta itu ialah Jaguar E Type 1974, Chevrolet Corvette C1 1961 dan yang paling disukainya, Ford Thunderbird 1956. Kesemua kereta itu merupakan sebahagian daripada lima buah kereta yang dimilikinya.

Kereta Ford Thunderbird 1956 berwarna hijau mempunyai saiz kebuk pembakaran (CC) sebesar 5,100 dan model yang sama pernah digunakan oleh ramai artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe, Elvis Presley dan Suzanne Somers.

"Tahun keluaran kereta ini juga sama dengan tahun kelahiran saya," katanya yang merupakan antara sebab kereta tersebut paling disayanginya.

Bermula sebagai hobi, beliau kemudiannya serius menjaga dan memulihara kereta antik supaya berada dalam keadaan baik. Kegemarannya itu turut dikongsi ahli keluarga lain.

Hampir keseluruhan barang-barang ganti kereta diimport dari Amerika Syarikat dan United Kingdom disebabkan terlalu susah mencari alat ganti di sini.

Nilai keseluruhan untuk kelima-lima kereta yang dimilikinya ialah kira-kira RM1 juta.

"Paling penting, saya mahu menggalakkan orang ramai mengenali, menghargai dan mengetahui sebab kereta-kereta vintaj berharga mahal," katanya.

Zul juga pernah memiliki kereta Alvis 1939 yang sebelum itu menjadi kepunyaan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin, namun telah dijualnya.

Beliau juga pernah menyertai pertandingan-pertandingan kereta klasik di luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Australia.

Kesempatan menyertai pertandingan di luar negara turut dijadikan percutian untuk seisi keluarganya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tak sengaja langgar anak sendiri

Posted:

Tak sengaja langgar anak sendiri

Tak sengaja langgar anak sendiri

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

MOHD. FITRI memegang jenazah anaknya yang maut dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.

Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain.

Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.

"Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.

"Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu," ceritanya ketika ditemui di HSNZ.


INILAH MPV yang merempuh Muhammad Faqih.


Tambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Menurut Mohd. Fitri, anak-anaknya sering menunggu di dalam rumah ketika isterinya mengundurkan kereta.

"Biasanya Muhammad Faqih hanya akan pergi sampai ke pintu namun saya tidak sangka pagi tadi (semalam) dia jalan hingga ke garaj.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

3 mati ditembak kerana RM2,000

Posted:

3 mati ditembak kerana RM2,000

3 mati ditembak kerana RM2,000

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menutup mayat salah seorang penjenayah yang mati ditembak di Lebuh Raya DUKE berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Tiga penjenayah bagaikan mati sia-sia apabila cubaan mereka melarikan diri bersama wang samun yang hanya berjumlah RM2,000 berakhir dengan mereka mati ditembak oleh polis di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini semalam.

Sebelum ditembak mati pada pukul 3.30 petang, ketiga-tiga suspek warga Indonesia bersama beberapa lagi rakan penjenayah lain menyamun seorang wanita di depan sebuah bank di Bayu Perdana di Klang, Selangor.

Wanita berusia 39 tahun disamun pada pukul 11.30 pagi ketika mangsa baru memandu kereta untuk meninggalkan bank selepas mengeluarkan wang RM2,000.

Bagaimanapun, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba dihimpit oleh dua buah kereta Proton Wira yang dinaiki beberapa lelaki dan sebuah motosikal.

Lelaki yang menunggang motosikal itu terus memecahkan cermin tingkap kenderaan mangsa sebelum penunggangnya melarikan beg tangan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melancarkan gerakan mengesan sebuah motosikal dan dua buah kereta Proton Wira yang menyamun wanita itu.

"Selepas kira-kira empat jam selepas kejadian samun mangsa wanita itu, pasukan polis mengesan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki di Lebuh Raya DUKE sebelum mengekori kereta tersebut sehingga menghampiri Plaza Tol Sentul Pasar," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup

Posted:

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup


ANGGOTA polis mengangkat mayat Segar Kanopi yang mati ditembak ketika makan sup di Kajang, Selangor kelmarin.


KAJANG - Hajat seorang ahli perniagaan menikmati sup di sebuah restoran selepas penat bermain badminton berakhir dengan dia ditembak mati oleh seorang lelaki memakai topi keledar penutup muka penuh di Taman Kajang Prima di sini malam kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 10.30 malam, R. Appalasamy, 47, sedang makan seorang diri dan terdapat beberapa pelanggan lain di dalam restoran tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, semasa sedang menikmati hidangan, mangsa didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar menutup muka dan terus melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

"Melihat mangsa rebah, suspek itu terus meninggalkan Appalasamy dengan motosikal yang sedia menunggu di depan restoran itu," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam semalam.

Menurut beliau, Appalasamy yang menjalankan perniagaan membekal kanopi dan juga didakwa mempunyai perniagaan di luar negara mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan dada.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bekerja sebagai satu ibadah

Posted:

Bekerja sebagai satu ibadah

Bekerja sebagai satu ibadah

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


PESERTA kursus yang terdiri daripada pekerja organisasi swasta dan kerajaan tekun mendengar ceramah dan taklimat mengenai panduan bekerja dengan hati dan akal di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PENGLIBATAN Juraiman Rahim dalam kursus Bekerja Dengan Hati dan Akal di Hotel Istana, Kuala Lumpur selama dua hari baru-baru ini merupakan inisiatifnya sendiri.

Menurut Pengurus Operasi dan Program Pusat Kelompok Masjid dalam Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu, sepanjang menyertai kursus tersebut, banyak perkara baharu dipelajarinya yang boleh dipraktikkan dalam tugasan hariannya di MUIS.

"Matlamat utama MUIS ialah menjadikan masyarakat Islam progresif, maju dan kuat pegangan agama. Di Singapura, masjid merupakan tempat ibadat dan pembangunan sosial masyarakat.

"Melalui kursus ini, saya mampu memberikan idea kepada MUIS mengenai kaedah untuk mengendalikan sistem pentadbiran masjid dengan lebih sistematik mengikut lunas Islam. Sebelum ini, pimpinan masjid dipelopori oleh golongan korporat dan kebanyakannya kurang menekankan aspek agama," ujarnya yang menguruskan pentadbiran 29 buah masjid di bahagian pusat bandar Singapura.

Kaedah 4I iaitu Islam, Iman, Ilmu dan Islah merupakan antara pengajaran yang memberi panduan kepada Juraiman dalam melaksanakan tugasan hariannya.

Perspektif tauhid

Kursus yang dianjurkan Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merupakan kali pertama dibuka penyertaannya kepada organisasi dan masyarakat.

Kursus yang dipimpin oleh Jaafar Muhammad selaku fasilitator itu menggunakan pendekatan latihan dan ceramah mengenai konsep ilmu menurut perspektif tauhid, mengenal Allah, manusia, alam, kehidupan, agama, kerasulan dan hari akhirat kepada peserta dalam kursus tersebut.

Menurut Jaafar, pekerjaan setiap manusia boleh dijadikan sebagai bukti yang kukuh untuk beramal kepada Allah.

"Ramai yang kurang memahami konsep pekerjaan merupakan satu ibadah dan amalan kepada Allah. Umat Islam juga perlu tahu membezakan penggunaan hati dan akal dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.

"Peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari pada kursus ini dalam pekerjaan seharian mereka dengan memahami konsep ilmu," ujarnya yang menggunakan panggilan Abu Faiz yang bermaksud Bapa Kejayaan dalam setiap sesi kursus kendaliannya.

Kursus itu juga memberi informasi mengenai tauhid dan Islam dengan beberapa contoh yang berkaitan dalam konteks masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Platform terbaik

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan Islam Universiti Malaya, Dr. Nor 'Azzah Kamri, 36, yang juga peserta berpendapat, kursus tersebut memberi kefahaman untuk membentuk pekerja yang berprestasi tinggi untuk sesebuah organisasi.

"Abu Faiz juga sering mengingatkan peserta bahawa setiap manusia berada dalam pelukan kasih sayang Allah. Sebagai seorang insan, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Justeru, Abu Faiz sering mengingatkan setiap peserta agar ingat matlamat asal dalam pekerjaan iaitu semuanya kerana Allah.

"Bagi saya, kursus ini merupakan platform terbaik untuk membetulkan niat setiap pekerja. Walaupun kita sibuk mencari rezeki, namun setiap rezeki itu perlu disulami dengan niat yang tulus kerana Allah," ujarnya.

Cetusan emosi dalam karya seni

Posted:

Cetusan emosi dalam karya seni

Cetusan emosi dalam karya seni

Oleh HAFIZ AHMAD

DEDIKASI Husin kepada arwah bapanya jelas dilihat dalam lukisan Nota dan Yasin Untukmu.


BULAN Mac lalu, negara digemparkan dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas-pengganas dari Kepulauan Sulu, Filipina. Peristiwa berdarah itu telah mengorbankan nyawa 10 orang anggota keselamatan Malaysia sehingga memaksa campur tangan daripada kerajaan Malaysia dan Filipina.

Ia sedikit sebanyak telah mengganggu ketenteraman masyarakat Kampung Tanduo yang selama ini hidup dalam harmoni dan aman tanpa sebarang kekacauan. Memori itu meninggalkan trauma kepada mereka yang terlibat lantas memaksa kawalan rapi dan terperinci terus dilakukan bagi mengelakkan ia berulang sekali lagi.

Peristiwa itu telah mencetus ilham kepada pelukis kontemporari tempatan, Ali Nurazmal Yusoff bagi menzahirkannya dalam sebuah lukisan minyak yang bertajuk Kanak-kanak Perempuan dan Harimau Dalam Air.

Beliau terbang ke Semporna, Sabah bagi melihat sendiri kehidupan selepas berlakunya pencerobohan tersebut. Ali Nurazmal terkesima dengan keindahan dan keramahan penduduk yang hidup secara sederhana dan tidak terkejar-kejar dengan arus kemajuan seperti yang biasa dilihat di kawasan bandar.

Masyarakat kampung masih menggunakan telefon awam sebagai satu alat komunikasi dan ia menarik perhatian Ali Nurazmal lantas mengabadikannya dalam karya seni itu. Satu lagi subjek lukisan itu ialah seekor harimau yang berada dalam posisi sedia untuk menerkam mangsanya.

"Harimau tersebut sebagai perlambangan kepada kewujudan anasir-anasir luar yang cuba mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Ia menimbulkan persoalan bagaimana kita masih tidak berasa selamat walaupun berada dalam tempat sendiri," ujarnya ketika ditemui di Expo Seni Malaysia 2013 yang berlangsung di Menara Matrade baru-baru ini.

Ali Nurazmal yang merupakan pelukis di bawah Galeri Core Design, Subang Jaya mempamerkan karya bersama beberapa rakan-rakannya seperti Husin Hourmain, Suhaimi Fadzir dan Mohd. Noor Mahmud.

Nota dan Yasin Untukmu merupakan karya yang menjadi dedikasi sang pengkarya kepada ayahanda tercinta. Husin Hourmain yang terkenal sebagai pelukis kaligrafi kontemporari, menjadikan huruf Ya dan Sin sebagai subjek kepada lukisannya.

"Surah Yasin mempunyai pertalian yang erat dalam budaya kita. Ia merupakan antara surah penting dalam al-Quran dan sering dijadikan pengantara kepada orang yang telah pergi atau dibacakan ketika seseorang dalam keadaan nazak," ujarnya.


KONFLIK yang berlaku di Lahad Datu, Sabah menjadi inspirasi kepada pelukis muda, Ali Nurazmal.


Berukuran 365 x 213 sentimeter, lukisan itu turut menggunakan cop imigresen yang diambil daripada pasport milik arwah bapanya, yang sering ke luar negara atas tuntutan kerja sebagai seorang wartawan. Cop tersebut masih menggunakan nama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1960-an.

Menurutnya, penggunaan cop tersebut sebagai perlambangan kepada keadaan beberapa isu semasa yang berlaku pada hari ini. Dia cuba menyentuh isu-isu seperti hak orang Melayu, kontrak sosial dan kuasa kolonial. Beliau cuba menimbulkan persoalan bagaimana populasi Melayu boleh terkesan jika berlakunya pembubaran dalam kontrak tersebut.

Suhaimi Fadzir pula mempamerkan kerja seni daripada siri Merdekanya, Harimau. Beliau cuba membawa persoalan tentang kepentingan maruah kebangsaan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Harimau menjadi fokus utama dalam karyanya di samping beberapa terapan kecil haiwan tersebut di sekeliling subjek. Pisau cukur dilekat sekitar lukisan bersama patung-patung kecil askar. Lampu neon melingkari lukisan harimau utama yang digunakan sebagai palet warna.

Suhaimi, yang baru membuat pameran di galeri berprestij, Galeri Saatchi, London, England, menggambarkan harimau sebagai satu persamaan kepada masyarakat Orang Asli di Timur Malaysia. Beliau telah melakukan beberapa kajian mengenai kehidupan pribumi itu dan mendapati mereka berasa telah dicerobohi oleh elemen-elemen luar.

Habitat mereka telah terjejas melalui pembangunan, masalah pembalakan dan pemburuan haram. Situasi itu juga memberi kesan kepada haiwan-haiwan hutan seperti harimau sehingga mengganggu kawasan hidupan mereka. Ia mengakibatkan harimau-harimau tersebut menyerang penempatan Orang Asli dan mengancam kehidupan seharian mereka.

Softlan tingkat kesedaran kanser payudara

Posted:

Softlan tingkat kesedaran kanser payudara

Softlan tingkat kesedaran kanser payudara


HAZLIN (dua dari kanan) bersama tetamu jemputan membuat gimik pelancaran kempen amal kanser payudara Softlan di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


UMUM mengetahui kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di negara ini.

Justeru, kempen-kempen kesedaran mengenai penyakit itu penting dalam memberi maklumat untuk melakukan pemeriksaan payudara, sekali gus mengurangkan risiko menghidapinya.

Jenama pelembut fabrik terkenal, Softlan juga tidak terkecuali memainkan peranan dalam memupuk kesedaran ramai mengenai perkara itu menerusi penganjuran kempen amal kanser payudara Softlan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.

Bertemakan Because Caring Counts, kempen amal ini bertujuan mengumpulkan sejuta ikrar dan sumbangan RM100,000 sebagai tanda sokongan kepada promosi kesedaran terhadap kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara.

Setiap sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada beberapa organisasi terlibat seperti Majlis Kanser Nasional, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia bagi menyokong inisiatif menggalakkan pemeriksaan awal mengesan penyakit berkenaan.

Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia, Singapura dan Brunei, John Hazlin berkata, kempen itu memberi tumpuan terhadap menyatukan kepentingan sokongan, sikap mengambil berat dan perkongsian pengalaman dalam menyebarkan kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Pada masa yang sama, katanya, ia turut menggalakkan kaum wanita daripada segenap usia untuk melakukan pemeriksaan sama ada secara sendiri atau berjumpa doktor.

"Sejak dari dahulu sehingga sekarang, wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat. Sumbangan mereka tidak ternilai dalam sektor pekerjaan, kekeluargaan, pendidikan tanpa sempadan dan sebagainya.

"Justeru, melalui kempen ini kami berharap masyarakat lebih prihatin terhadap permasalahan ini dan sentiasa menyokong golongan wanita yang melalui ujian pengesanan atau rawatan kanser payudara," katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Video khas

Selari dengan kempen itu, jelas Hazlin, Softlan turut memperkenalkan sebuah video khas yang memaparkan kesan penyakit itu terhadap individu, keluarga dan sahabat handai.

"Ia secara tidak langsung membuka peluang kepada mereka untuk berkongsi kasih sayang, sokongan dan kata-kata semangat kepada wanita-wanita paling penting dalam kehidupan setiap individu," ujarnya.

Untuk membantu menggalakkan pengumpulan ikrar, Softlan mengetengahkan beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan orang ramai bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen amal ini.

Antaranya, membuat pembelian mana-mana pek Softlan sepanjang bulan Oktober dan November ini, mengunjungi laman Facebook Softlan, www.facebook.com/SoftlanBCC, menonton video dan berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan ataupun memuat naik gambar.

Selain itu, sokongan ikrar juga boleh dilakukan melalui 'Tweet' mesej kempen di laman Twitter, #SoftlanBCC dan menandakan infografik mengenai teknik pemeriksaan sendiri di laman Pinterest.

"Softlan ingin menyebarkan mesej tentang keprihatinan melalui pengumpulan ikrar tersebut. Kami ingin membuktikan bagaimana satu tindakan berkongsi yang mudah mampu sampai kepada jutaan orang, justeru, menyelamatkan jutaan nyawa," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Raja harus cari formula terbaik

Posted:

Raja harus cari formula terbaik

Raja harus cari formula terbaik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kanan) semakin kesuntukan masa untuk membentuk barisan terbaik sebelum menghadapi Bahrain di Shah Alam minggu depan.


BEKAS jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menegaskan bahawa pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal harus mencari formula terbaik menjelang aksi penting menentang Bahrain pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

Selepas tewas 1-3 kepada Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan di Shenzhen, China malam tadi, Wan Jamak berkata, Rajagobal seharusnya segera mencari jalan terbaik bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Pada pendapat saya, ada dua perkara berbeza mengenai perlawanan persahabatan dan perlawanan sebenar.

"Benar, kita boleh menguji kebolehan pemain tetapi moral pasukan kamu tidak diketepikan. Hanya kemenangan sebenarnya yang menyuntik moral para pemain.

"Ramai pemain cedera tetapi kita tidak boleh salahkan (jadual) perlawanan (Liga Malaysia). Sebaliknya, Rajagobal harus bertanggungjawab atas apa yang dilaksanakan selama ini," kata Wan Jamak ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Wan Jamak menambah: "Liga M adalah pentas bagi para pemain untuk menunjukkan kebolehan dan jika ada pemain mengalami kecederaan jangka panjang, lupakan sahaja pemain itu dengan mencari pemain yang lain.

"Sebagai jurulatih, beliau kena tahu kerana kita memiliki ramai pemain berbakat daripada skuad Harimau Muda A.

"Jadi, jangan guna alasan kekalahan disebabkan pemain cedera atau jadual liga yang padat."

Pada aksi di Shenzhen malam tadi, Safiq Rahim meledak gol tunggal Harimau Malaya yang kini dalam persiapan terakhir sebelum menentang Bahrain.

Wan Jamak turut beranggapan kekalahan kepada UAE itu secara tidak langsung akan memberikan kelebihan psikologi kepada Bahrain.

"Dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, kita boleh kira berapa kali skuad negara mencapai kemenangan. Apa yang pasti, Bahrain akan menggunakan kelebihan itu untuk menyerang psikologi skuad negara.

"Memang kita bermain di tempat sendiri tetapi tahap keyakinan Bahrain lebih baik berbanding kita.

"Saya yakin Bahrain akan menggunakan apa juga cara untuk melemahkan semangat Harimau Malaya," katanya.

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda

Posted:

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda


KIM SWEE mahu memberi fokus bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar Disember depan.


JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee masih berhasrat meneruskan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali pun kontraknya akan tamat pada 31 Disember depan.

"Sekiranya khidmat saya masih diperlukan dalam usaha membantu bola sepak negara, sudah tentu saya berharap dapat kekal bersama FAM.

"Sebenarnya, saya telah mendapat tawaran (luar) sebelum ini dan sudah boleh membuat keputusan tetapi saya tidak mahu lagi memikirkan perkara itu.

"Ini kerana saya mahu memberikan perhatian kepada skuad kendalian saya bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar Disember nanti," kata Kim Swee ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Ketika ini, nama Kim Swee disebut-sebut antara lebih 40 jurulatih tempatan dan antarabangsa yang bakal menggantikan tempat pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Sama seperti Kim Swee, kontrak Rajagobal juga bakal berakhir penghujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee mengakui Thailand bakal menjadi pencabar utama skuad Harimau Muda dalam misi memburu pingat emas ketiga pada temasya Sukan SEA di Myanmar.

Ini kerana jurulatih yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia itu mengakui tidak menerima banyak maklumat mengenai skuad Gajah Perang itu.

"Saya bimbang dengan Thailand. Sebenarnya, kita tidak banyak menerima maklumat tentang kekuatan mereka.

"Apa yang saya tahu, mereka berjaya menewaskan skuad China 5-1 baru-baru ini tetapi kami juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan lain," katanya.

Kim Swee berjaya membimbing Harimau Muda memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta dua tahun lalu selepas menumpaskan Indonesia pada aksi final.

Dua tahun sebelum itu, skuad kendalian Rajagobal meraih ibu emas pada temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos.

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan

Posted:

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) bersalaman dengan Wan Ahmad Nizam (dua dari kiri) selepas menandatangani surat perjanjian persefahaman untuk mengendalikan skuad Terengganu di Kuala Terengganu semalam.


PENGENDALI Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim akan kembali membimbing Terengganu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Abdul Rahman di Kuala Terengganu semalam.

Wan Ahmad Nizam memberitahu, selain bersetuju untuk melantik Abdul Rahman sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan E. Elavarasan, PBSNT juga akan mengekalkan Mohamad Nik dan Zubir Ibrahim, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol untuk skuad Peteh.

"Kita pilih beliau (Abdul Rahman) sebab yakin beliau mampu membawa Terengganu menjadi pasukan yang lebih baik musim depan.

"Selaku anak jati Terengganu, saya percaya, semangat untuk membawa pasukan menjadi lebih kuat pasti lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran pada saingan Liga M musim depan.

Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati jika skuad Peteh mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala.

"Kita akan mencuba sehabis baik musim depan. Saya pasti beliau (Abdul Rahman) ada ramuannya yang tersendiri.

"Terengganu juga kini masih dalam proses mengenal pasti pemain import yang akan mewakili pasukan musim depan," katanya.

Kontrak Abdul Rahman bersama PKNS akan berakhir 30 November ini dan beliau dijangka turun menyaksikan sesi latihan pertamanya bersama Terengganu pada 4 November ini.

Bekas pengendali skuad negara itu yang mengendali PKNS pada 2009 hingga 2013, pernah membimbing beberapa pasukan tempatan seperti Terengganu (1983-1984 dan 1998); Perlis (1996-1997 dan 2005-2007) dan Selangor (2001-2002).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

Posted:

Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

09/10/2013 8:11pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mewujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental untuk memberi kaunseling, menangani stigma,

mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan meningkatkan semangat pengguna perkhidmatan itu serta keluarga mereka.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ketika individu yang mengalami penyakit mental beransur pulih, mereka memerlukan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap serta optimum dan ini memerlukan nisbah optimal antara penyedia perkhidmatan kesihatan dan pengguna perkhidmatan itu.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan perlu melatih lebih ramai pakar psikiatri

dan psikologi untuk membolehkan hospital serta klinik mengendalikan mereka yang mengalami gangguan mental.

"Pada waktu yang sama, pertubuhan bukan kerajaan perlu menghulurkan bantuan kewangan untuk meningkatkan kesihatan mental dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. - Bernama

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

Posted:

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

09/10/2013 8:09pm

ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) akan membuat pemantauan terhadap perkembangan dan penyebaran fahaman Syiah di negeri ini dengan menubuhkan satu pasukan khas sebagai persediaan bagi melaksanakan penguatkuasaan bersepadu apabila Enakmen Syiah diwartakan.

Enakmen berkenaan Syiah ini masih dalam peringkat pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diluluskan pada persidangan DUN Ogos lepas dan dijangka diwartakan dalam masa terdekat.

Pengarah JAIK, Datuk Noh Dahaya berkata, penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilakukan sebaik sahaja enakmen itu diwartakan dan akan bertindak berdasarkan bukti dan maklumat yang diperoleh sepanjang proses pemantauan dilakukan.

"Sehingga kini, kami telah kenal pasti 27 individu yang telah membuat

pengakuan bersumpah bahawa mereka penganut Syiah. Mereka tidak menetap di Kedah dan bertaburan di negeri lain terutama di Kuala Lumpur.

"Individu-individu yang dikenal pasti ini berdasarkan maklumat yang

diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di mana terdapat 140 individu seperti itu di Malaysia dengan 27 daripadanya berasal dari Kedah," katanya pada sidang akhbar selepas kursus penguatkuasaan dan penyelesaian ajaran salah di sini hari ini. - Bernama

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

Posted:

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

09/10/2013 5:41pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar majikan kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan

Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki tempatan itu,

Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar,

Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali Lim diminta tampil membantu

siasatan dan menurutnya polis turut meminta bantuan Interpol di Australia bagi menangkapnya untuk dibawa balik ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

"Lelaki ini sebenarnya terlibat dalam perniagaan pusat hiburan dan merupakan pemilik beberapa kawasan parkir di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Banjir landa kawasan perindustrian Thailand

Posted:

Banjir landa kawasan perindustrian Thailand

Banjir landa kawasan perindustrian Thailand

ORANG ramai meredah air banjir di wilayah Prachinburi, Thailand pada 1 Oktober lalu.


BANGKOK - Air banjir melimpah masuk ke sebuah taman perindustrian utama di timur bandar raya ini semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan kemusnahan besar yang menimpa firma tempatan dan asing akibat banjir pada 2011 akan berulang.

Thailand merupakan pengeluar pemacu cakera keras terbesar di dunia selain pembekal utama komponen elektronik dan alat ganti kereta.

Banjir pada 2011 meragut lebih 800 nyawa dan menye- babkan gangguan besar kepada sektor perindustrian Thailand dengan pertumbuhan ekonomi merosot kepada 0.1 peratus.

Bencana itu turut menyebabkan bekalan kepada beberapa firma global seperti Apple Inc. dan Toyota Motor Corp. terjejas.

Pemaju taman perindustrian terbesar di Thailand, Amata Corporation menyatakan, taman perindustriannya di wilayah Chonburi, 114 kilometer dari sini, dilanda banjir.

"Air bah setinggi 15 senti- meter melimpah masuk ke taman berkenaan di tiga kawasan tetapi tidak menjejaskan operasi," kata Ketua Eksekutif Amata Corporation, Wikrom Krommadit

"Semua kilang di sini beroperasi seperti biasa," tambahnya.

Menurut Wikrom, ini adalah kali pertama taman perindustrian seluas lebih 3,020 hektar itu dilanda banjir.

Lokasi tersebut katanya, menempatkan beberapa syarikat pengeluar alat ganti untuk pengeluar kereta Jepun.

Hampir separuh daripada keseluruhan kilang di taman perindustrian itu berasal dari Jepun. - Reuters

Lelaki berumah di atas pokok epal

Posted:

Lelaki berumah di atas pokok epal

Lelaki berumah di atas pokok epal


BURROUGH sanggup berumah di atas sebatang pokok epal berusia 150 tahun bagi mengelakkan pohon tersebut ditebang.


GLOUCESTERSHIRE, Britain - Seorang aktivis , Rowan Burrough tinggal di atas pohon epal berusia 150 tahun untuk mengelakkan pokok itu ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mewah di sini.

Tindakan Burrough, 44, mendapat sokongan penduduk tempatan yang memberikannya sup, sandwic dan air sepanjang protes tersebut.

Namun, kontraktor projek perumahan itu sempat mencantas dahan-dahan pokok epal berkenaan baru-baru ini.

Ketika kejadian, Burrough pulang sekejap ke rumahnya untuk tidur selama beberapa jam pada pukul 3 pagi.

"Terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat Britain berhubung kepentingan untuk memulihara pokok-pokok dan dusun di negara ini," kata Burrough.

"Secara peribadi, saya lebih rela pokok ini dipulihara daripada ia ditebang," tambahnya.

Dalam pada itu, polis tempatan memberitahu, aktivis berkenaan tidak ditangkap kerana pihak kontraktor mahu isu tersebut diselesai secara baik. - Agensi

Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme

Posted:

Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme

Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme

SEORANG petugas mencuci plak penghargaan John Lennon di Walk of Fame, Los Angeles kelmarin selepas ia diconteng pihak tidak bertanggungjawab.


LOS ANGELES - Seorang perosak harta benda awam menconteng plak penghargaan vokalis kumpulan legenda The Beatles, John Lennon di laluan Walk of Fame di sini pada hujung minggu lalu.

Tindakan tidak bermoral itu mendorong laluan itu dibersihkan sebelum peminat Lennon berkumpul di lokasi tersebut sempena ulang tahun kelahiran mendiang hari ini.

Ia merupakan ulang tahun kelahiran ke-73 ikon muzik tersebut.

Lennon mati ditembak ketika berusia 40 tahun oleh bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman menggunakan sepucuk pistol di hadapan apartmennya di New York pada 8 Disem- ber 1980.

Seorang artis grafiti yang gagal dikenal pasti dilaporkan melukis wajah senyuman dan pelbagai mesej pada plak yang terletak di bangunan syarikat rakaman Capitol Records di pusat bandar Hollywood di sini.

"Seseorang datang pada malam Ahad lalu dan menconteng plak itu," kata pengurus perkhidmatan pejabat di Capitol Records, Peter Bermont kepada agensi berita AFP.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa yang menguruskan Walk of Fame, Ana Martinez kesal kerana individu terbabit gagal ditangkap. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved