Rabu, 9 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

Posted:

Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

Wujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental

09/10/2013 8:11pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mewujudkan lebih banyak pusat penjagaan kesihatan mental untuk memberi kaunseling, menangani stigma,

mewujudkan kesedaran tentang kesihatan mental dan meningkatkan semangat pengguna perkhidmatan itu serta keluarga mereka.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ketika individu yang mengalami penyakit mental beransur pulih, mereka memerlukan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap serta optimum dan ini memerlukan nisbah optimal antara penyedia perkhidmatan kesihatan dan pengguna perkhidmatan itu.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan perlu melatih lebih ramai pakar psikiatri

dan psikologi untuk membolehkan hospital serta klinik mengendalikan mereka yang mengalami gangguan mental.

"Pada waktu yang sama, pertubuhan bukan kerajaan perlu menghulurkan bantuan kewangan untuk meningkatkan kesihatan mental dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. - Bernama

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

Posted:

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

JAIK tubuh pasukan khas pantau penyebaran Syiah

09/10/2013 8:09pm

ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) akan membuat pemantauan terhadap perkembangan dan penyebaran fahaman Syiah di negeri ini dengan menubuhkan satu pasukan khas sebagai persediaan bagi melaksanakan penguatkuasaan bersepadu apabila Enakmen Syiah diwartakan.

Enakmen berkenaan Syiah ini masih dalam peringkat pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diluluskan pada persidangan DUN Ogos lepas dan dijangka diwartakan dalam masa terdekat.

Pengarah JAIK, Datuk Noh Dahaya berkata, penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilakukan sebaik sahaja enakmen itu diwartakan dan akan bertindak berdasarkan bukti dan maklumat yang diperoleh sepanjang proses pemantauan dilakukan.

"Sehingga kini, kami telah kenal pasti 27 individu yang telah membuat

pengakuan bersumpah bahawa mereka penganut Syiah. Mereka tidak menetap di Kedah dan bertaburan di negeri lain terutama di Kuala Lumpur.

"Individu-individu yang dikenal pasti ini berdasarkan maklumat yang

diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di mana terdapat 140 individu seperti itu di Malaysia dengan 27 daripadanya berasal dari Kedah," katanya pada sidang akhbar selepas kursus penguatkuasaan dan penyelesaian ajaran salah di sini hari ini. - Bernama

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

Posted:

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

Suspek utama pembunuhan pengasas AmBank didedahkan

09/10/2013 5:41pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar majikan kepada suspek utama kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan

Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki tempatan itu,

Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar,

Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali Lim diminta tampil membantu

siasatan dan menurutnya polis turut meminta bantuan Interpol di Australia bagi menangkapnya untuk dibawa balik ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

"Lelaki ini sebenarnya terlibat dalam perniagaan pusat hiburan dan merupakan pemilik beberapa kawasan parkir di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved