Jumaat, 1 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ekspresi video ajak penonton berfikir

Posted:

Ekspresi video ajak penonton berfikir

Ekspresi video ajak penonton berfikir

JIKA suatu masa dahulu, fenomena blogging pernah mewarnai perkembangan media massa di negara ini. Namun kini, peralihan minat dan medium komunikasi membuatkan trend itu turut berubah.

Berdasarkan perkembangan semasa, ia mengalami satu evolusi daripada karya penulisan kepada informasi berbentuk video dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Bagi golongan anak muda, istilah vlog bukan suatu yang asing. Ia merupakan gabungan perkataan video dan blog.

Sebelum ini, laman web seperti Blogspot.com dan Wordpress menjadi pilihan golongan blogger khususnya untuk berkarya dalam bentuk penulisan, tetapi kini laman YouTube manjadi platform golongan yang digelar vlogger ini untuk memuat naik video mereka.

Setiap vlogger memiliki saluran mereka tersendiri di YouTube yang membolehkan orang ramai mengikuti sebarang entri vlog yang dimuat naik oleh mereka.

Setiap entri vlog akan memaparkan minat dan kebolehan pemiliknya untuk dikongsi bersama dengan pengunjung Internet yang lain.

Nama-nama seperti Nirman, Mozek, Amanwan, Mathlutfi, Maria Elena dan Anwar Hadi bukanlah suatu yang asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia vlogging di negara ini.

Bagi Nirman Kamal Juhanis, dirinya sudah berkecimpung dengan dunia vlogging sejak menuntut di universiti.

Dia berpendapat bahawa vlogging merupakan media baharu yang kian mendapat tempat di hati masyarakat berbanding blog.

"Orang sekarang sudah tidak berapa suka membaca blog. Mungkin sebab kalau blog, kena baca entri yang panjang. Tetapi jika video, ia lebih mudah. Orang hanya perlu tonton dan dengar.

"Menerusi cara sebegini, kita dapat sampaikan mesej dengan cara yang lebih kreatif dan mampu menarik orang ramai untuk menonton," katanya yang juga seorang vlogger yang popular menerusi saluran Mentol Pecah.

Bekas graduan Komunikasi Massa (Filem) dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu memberitahu, menerusi vlog, ia memberi lebih kepuasan kepada dirinya untuk berkarya kerana ia sejajar dengan minatnya dalam bidang videografi.

MASA lapang banyak digunakan untuk melakukan penggambaran video bagi saluran Mentol Pecah kelolaan mereka.


Perlu disunting

Menyentuh mengenai tempoh proses pembikinan, Nirman yang kini bekerja sebagai jurukamera video di salah sebuah syarikat produksi tempatan berkata, penghasilan sesebuah entri vlog sedikit rumit berbanding blog.

Ini kerana, menurutnya bagi menghasilkan sesebuah vlog, ia memerlukan subjek di dalam video untuk dirakam selain memerlukan masa bagi proses penyuntingan.

"Kebiasaannya, ia mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga hari untuk menyiapkan sesuatu video bagi satu entri.

"Ia juga bergantung kepada durasi sesuatu video yang ingin dihasilkan serta kerumitan babak dalam lakonan yang ingin dipersembahkan," katanya yang menggunakan video kamera Sony HD ketika proses penggambaran dilakukan.

Menurut anak muda berusia 25 tahun itu, kebiasaannya dia akan melakukan penggambaran sikit demi sikit mengikut babak dalam dua hingga tiga hari.

"Jika dahulu ketika masih belajar, rakaman video untuk entri vlog dibuat ketika tidak ada kuliah, terutamanya pada cuti hujung minggu.

"Sekarang ini masing-masing sudah bekerja, jadi masa itu agak terhad untuk bagi komitmen sepenuhnya. Kami jadikan ia satu hobi pada waktu lapang," ujarnya yang juga pernah menghasilkan video paling pendek yang mengambil masa satu hari termasuk penggambaran dan juga proses penyuntingan.

Menyentuh mengenai penyuntingan kesan bunyi, Nirman lebih gemar menggunakan lagu-lagu runut bunyi daripada drama bersiri di televisyen.

Di sebalik populariti saluran vlog Mentol Pecah, Nirman tidak berdiri berseorangan.

Dia turut berkolaborasi bersama rakan baiknya, Ahmad Mudhakkir Zainal Ali, 24, ataupun lebih dikenali dengan panggilan Mozek dalam dunia vlogging.

Jika Nirman lebih kepada bidang teknikal membabitkan penggambaran, Mozek lebih kepada konsep jalan cerita dan peulisan skrip.

Bagi Mozek, entri vlog yang dihasilkan bersama rakan baiknya itu kebiasaannya mendapat cetusan ilham daripada ragam manusia di sekeliling mereka.

"Daripada situ nanti, kami akan hasilkan video yang mempunyai unsur humor tetapi ada mesej di sebaliknya.

"Kami lebih sukakan penonton berfikir melalui karya video yang banyak menggunakan gerakan fizikal berbanding verbal.

"Kami tidak berapa gemar bagi punchline joke yang orang ramai sudah tahu," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Permainan Video dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing.

Mozek yang bekerja sebagai penulis skrip di salah sebuah syarikat animasi tempatan memberitahu dirinya suka bereksperimen dengan menzahirkan sesuatu idea yang ingin diketengahkan kepada pelayar internet.

Sehingga kini, saluran Mentol Pecah telah memuat naik sebanyak 30 entri vlog yang telah ditonton ratusan ribu pelayar YouTube sejak ditubuhkan pada 2009.

MATLUTHFI ialah antara vlogger yang terkenal dengan video parodi dan humor serta pernah memenangi Anugerah Shout Aloud 2012 baru-baru ini.


Jadi perhatian

Menurut Mozek, dia selalu melakukan semakan dan meneliti komen-komen penonton di saluran Mentol Pecah dua hingga tiga kali seminggu.

"Perkara paling seronok dan puas apabila ada orang memberi komen dengan setiap entri vlog yang dimuat naik.

"Komen paling kami suka apabila orang beritahu yang mereka tidak berapa faham dengan video yang ditonton, tetapi mereka boleh tergelak dengan video tersebut.

"Ada juga yang hantar e-mel minta kami hasilkan sesuatu video permintaan mereka mengenai isu-isu semasa," ujarnya yang mengakui turut pernah mendapat kritikan mengenai entri vlog mereka.

Jika jumlah pelayar mencecah ratusan ribu, sudah pasti kelibat mereka ditempat awam menjadi perhatian umum.

"Kalau keluar pergi jalan-jalan, ada yang mengenali. Rasa terkejut juga tiba-tiba ada orang yang kita tidak kenal menyapa kita ketika di luar.

"Mereka mungkin yang pernah menonton vlog yang kami hasilkan," ujarnya yang menafikan tujuan utamanya terlibat dalam vlogging ialah untuk menjadi popular.

Sementara itu bagi seorang lagi vlogger, Mohd. Shazwan Zulkapli, 25, dirinya berjinak-jinak dengan dunia vlog, sejak tahun 2010 lagi.

Menurutnya, menerusi vlog ia bukanlah hanya sebagai medium bagi seseorang mengekspresikan karya dan bakat, malah ia boleh membuat seseorang menjana pendapatan menerusinya.

"Sekarang ini, YouTube di Malaysia sudah boleh buat duit menerusi iklan yang diiklankan di saluran kita.

"Saya pun sudah berdaftar untuk terlibat dengan projek yang dipanggil YouTube Partnership itu," katanya yang bekerja dalam bidang pemasaran video di sebuah syarikat pengeluaran komik tempatan.

Menurutnya, sebanyak 49 entri video telah dimuat naik olehnya sejak terlibat dengan dunia vlog.

Vlogger yang dikenali dengan panggilan Amanwan itu lebih selesa melakukan rakaman aksinya menggunakan kamera kompak.

"Sekarang ini, saya bercadang untuk menggunakan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) untuk memperoleh kualiti gambar yang lebih baik," ujarnya yang merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang rekaan dalaman.

Nasi Ayam - Kolaborasi antara vlogger

Posted:

Nasi Ayam - Kolaborasi antara vlogger

Nasi Ayam - Kolaborasi antara vlogger

PERKEMBANGAN internet yang merupakan medium komunikasi baharu pada penghujung abad ke-20 turut menjadikan dunia bagaikan tanpa sempadan.

Biarpun berada jauh antara satu sama lain, ia mampu membuatkan manusia berkomunikasi secara terus antara satu sama lain.

Entri vlog berjudul Nasi Ayam nukilan idea pemilik saluran Mentol Pecah misalnya, telah dihasilkan hasil kolaborasi beberapa vlogger terkenal tempatan.

Antara vlogger yang terlibat ialah, Matluthfi, Maria Elena, Amanwan, Anwar Hadi, Aiman Azlan, Polkadot Doughnut dan Kyopropaganda.

Ia merupakan hasil gabungan rakaman video yang dirakam sendiri oleh beberapa vlogger tanah air yang bergiat aktif sebelum ia digabungkan dan disunting oleh pengendali saluran Mentol Pecah, Nirman dan Mozek.

Plot video Nasi Ayam itu berkisarkan kisah seorang remaja lelaki yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang ingin membeli juadah berbuka.

Ekoran cuaca yang panas, watak utama yang dilakonkan oleh Amanwan itu bagaimanapun berubah hati untuk tidak keluar daripada rumah dan bercadang untuk menelefon rakannya untuk mengirim pesanan juadah di bazar.

Bagaimanapun, rakannya itu kemudian menelefon rakannya yang lain untuk membelikan nasi ayam yang dipesan.

Perkara yang sama berulang-ulang berlaku sehinggalah kemudiaannya tanpa disedari, orang terkhir yang menerima pesanan telah menelefon AmanWan semula untuk memberi pesanan.

"Tidak sangka video tersebut mendapat sambutan orang ramai. Padahal, kami buat sekadar suka-suka sempena bulan Ramadan.

"Lepas dapat idea untuk buat video tersebut, kami telefon rakan-rakan vlogger yang lain untuk hantarkan rakaman video masing-masing," ujar Mozek yang memberitahu ia mengambil masa selama sebulan untuk mengumpul kesemua video berdurasi 5 minit 6 saat tersebut terhasil.

Ragam penyokong bola Afrika

Posted:

Ragam penyokong bola Afrika

Ragam penyokong bola Afrika


SEKUMPULAN penyokong Ghana memilih empat warna utama bendera negara itu iaitu merah, kuning, hijau dan hitam untuk pelbagai aksesori yang dibawa mereka ke stadium.


BAGI kaki bola sepak, selain Piala Dunia dan Kejohanan Eropah (Euro) salah satu lagi pertandingan peringkat antarabangsa yang tidak mungkin dilepaskan sudah tentulah Piala Negara-Negara Afrika.

Menjadi benua kedua terbesar di dunia, apa yang lebih membuatkan kejohanan tersebut begitu dinantikan sudah tentunya kerana nama-nama besar pemain bola handalan yang telah lahir dari bumi Afrika.

Antara pemain ternama dari benua itu termasuklah Yaya Toure dari Ivory Coast yang bermain dengan Manchester City, Victor Moses (Nigeria) bermain dengan Chelsea, Emmanuel Adebayor (Togo) bermain untuk Tottenham Hotspur, Kwadwo Asamoah (Ghana) beraksi untuk Juventus dan Didier Drogba (Ivory Coast) yang kini bakal bermain dengan Galatasaray.

Memulakan sepak mula kejohanan itu pada 19 Januari lalu, kehangatan Piala Negara-Negara Afrika semakin terasa apabila lapan pasukan sudah pun mengesahkan slot ke suku akhir. Peringkat suku akhir akan bermula malam esok dengan lapan pasukan yang layak ialah tuan rumah Afrika Selatan diikuti Cape Verde, Ghana, Mali, Burkina Faso, Nigeria, Ivory Coast dan Togo.


EMPAT penyokong tuan rumah Afrika Selatan bersorak gembira kerana kejayaan pasukan mereka layak ke peringkat suku akhir.


Namun, bahang Piala Negara-Negara Afrika ternyata bukan hanya dek aksi-aksi lincah pemain di tengah padang. Sebagai sebuah benua yang kaya dengan alam semula jadi dan terdiri daripada ratusan puak pribumi, Afrika sangat kaya dengan budaya dan misteri.

Disebabkan itulah, dalam setiap perlawanan, aksi dan keletah penonton di dalam stadium juga menjadi tumpuan lensa kamera.

Tidak hanya berwarnakan wajah dengan bendera dan mengenakan variasi jenis kaca mata, ada juga penyokong tegar yang hadir mengenakan pakaian puak masing-masing.

Diiringi pelbagai jenis peralatan bunyian termasuk vuvuzela atau genderang, kebanyakan stadium gegak gempita dengan sorakan penyokong-penyokong tegar itu.

Ragam Global minggu ini memaparkan sebahagian daripada keunikan dan keindahan penampilan penyokong Piala Negara-Negara Afrika itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pegawai makan rasuah didakwa

Posted:

Pegawai makan rasuah didakwa

Pegawai makan rasuah didakwa

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my

AMIR SHARIFUD-DIN berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.


IPOH – Selepas setahun jenayah rasuahnya dibongkar, seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang menyembunyikan wang 'kotor' sebanyak RM720,000 di dalam lipatan telekung serta di beberapa tempat seperti di dapur dan ruang tamu rumah akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Bagaimanapun, Amir Sharifud-din Aliman, 59, hanya didakwa atas 13 pertuduhan menerima rasuah daripada dua kontraktor balak berjumlah RM390,000 sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, tuduhan berhubung baki rasuah sebanyak RM330,000 akan didakwa selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti yang mencukupi.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas dia mendakwa tidak ingat dan tidak memahami kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah dan Hakim Madihah Hairullah.

Pada prosiding pertama di hadapan Hakim Julie Lack, tertuduh didakwa menerima RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, Ismail Abd. Manas. Ismail mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kafe Bawang Merah, Jalan Suda Bahagia, Gerik dekat sini pada pukul 9 malam 3 Januari tahun lalu.

Bagi prosiding kedua di hadapan Hakim Madihah, Amir Sharifud-din didakwa atas 12 pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor balak, Tan Chee Hee berjumlah RM290,000 di dalam bilik pejabat pegawai hutan Daerah Hulu Perak, Gerik dekat sini antara pukul 8 pagi hingga 5 petang 9 April 2010 hingga 21 Oktober tahun lalu.

Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Untuk kedua-dua prosiding itu, tertuduh yang ditahan pada pukul 10 malam 4 Januari tahun lalu di rumahnya di kawasan Gerik bukan sahaja tidak membuat sebarang pengakuan malah dia kelihatan terpinga-pinga hingga memaksa jurubahasa membacakan pertuduhan tersebut berulang kali.

Dia kerap mengatakan 'tidak ingat, tidak faham' selain memberitahu mentalnya tidak stabil.

Peguam Saw Hoe Teck yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya mengalami kecelaruan afektif dwikutub yang menyebabkannya mengalami perubahan emosi berepisod iaitu daripada terlalu gembira kepada terlalu sedih dan hilang semangat.

"Surat daripada Hospital Fatimah di sini mengesahkan keadaan itu. Saya mohon agar anak guam saya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk pemerhatian mental selama sebulan mengikut Seksyen 342(5) Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan laporan mengenai mental tertuduh disediakan dan mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia serta-merta.

Sebelum prosiding, Amir Sharifud-din yang kini digantung kerja menjerit kepada wartawan supaya melaporkan kes itu dengan elok.

"Jika tidak, aku akan berdoa supaya kamu dilaknat Allah tujuh keturunan dan mendapat anak cacat," katanya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafizh Abu Bakar dan M. Kathan.

Pada 6 Januari tahun lalu, Kosmo! melaporkan SPRM menahan tertuduh dan merampas wang yang diragui statusnya berjumlah RM720,000 di dalam lipatan kain telekung, di dapur dan ruang tamu rumahnya di Gerik.

Laporan itu menyebut, SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah yang dinamakan atas nama keluarganya bernilai hampir RM4 juta.

Kegiatan itu terbongkar selepas SPRM menyoal siasat rakan tertuduh dan seorang tauke balak di Hutan Kuar, Pengkalan Hulu.

Pelacur internet Uzbekistan diberkas

Posted:

Pelacur internet Uzbekistan diberkas

Pelacur internet Uzbekistan diberkas

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


SEORANG pegawai imigresen memeriksa barangan yang dirampas daripada wanita Uzbekistan dalam serbuan di sebuah hotel di Nilai semalam.


NILAI – Taktik seorang pelacur warga Uzbekistan yang mengiklankan perkhidmatan seks dalam sebuah laman web berbahasa Cina terbongkar apabila wanita itu ditahan di sebuah hotel di sini semalam.

Pengarah imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, ketika ditahan wanita berusia 31 tahun itu didapati sedang melayan seorang lelaki di bilik hotel berkenaan. Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Katanya, aktiviti wanita itu dikesan sejak beberapa hari lalu selepas dia mengiklankan perkhidmatan seks di sebuah laman web dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.

"Kita menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan iklan di laman web berkenaan sebelum kita membuat siasatan lanjut sehingga wanita ini berjaya diberkas.

"Dia sudah dua kali datang ke negara ini. Terbaharu, dia didapati masuk ke sini pada 24 Januari lalu sebagai pelancong," katanya di sini semalam.

Tambahnya, pelanggan yang melayari laman web berkenaan akan menghubungi wanita terbabit sebelum menetapkan hotel untuk bertemu.

Menurut Faizal, wanita itu bergerak aktif di Seremban dan Nilai kerana bimbang aktivitinya dikesan sekiranya menawarkan perkhidmatan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

"Kita turut merampas berpuluh-puluh kondom dan cecair pelincir yang digunakan untuk aktiviti persundalan tersebut," katanya.

Ujar Faizal, semakan mendapati wanita terbabit baru dua hari mendaftar di hotel dua bintang berkenaan. Dia juga cuba membuang kondom yang telah digunakan ke dalam mangkuk tandas tetapi gagal.

Wanita itu kini ditahan di Depoh Tahanan Lenggeng dekat sini untuk siasatan lanjut.

Aznil Nawawi terima gelaran Datuk

Posted:

Aznil Nawawi terima gelaran Datuk

Aznil Nawawi terima gelaran Datuk

TUANKU ABDUL HALIM (kanan) berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada Aznil di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selebriti dan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi (gambar kecil) dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam.

Aznil merupakan salah seorang daripada 283 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan sempena Hari Wilayah itu.

Duta Khas ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada majlis yang diadakan julung-julung kali di Istana Negara, Jalan Duta di sini.

Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim ketika bertitah pada majlis tersebut mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek daya saing global, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan.

"Sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar raya tersohor di negara maju," titah Seri Paduka.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Senjata signifikan Kia

Posted:

Senjata signifikan Kia

Senjata signifikan Kia

Oleh SHAWKATH AZDE

NAZA Kia mengunjurkan jualan sebanyak 200 unit sebulan bagi model Rio.


JENAMA Kia di Malaysia sebenarnya baru sahaja bangkit daripada zaman kelesuannya. Jika sebelum ini, macam-macam masalah sering kedengaran.

Senario tu mula berubah sejak tahun 2011 apabila Kia Motors Corporation (Kia Motors) di Korea Selatan memberi masa selama tiga tahun untuk Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) memulihkan semula jenama itu.

Naza Kia kini dalam fasa akhir program pemulihan berkenaan. Tahun ini adalah tahun ketiga. Beberapa aspek penting telah digariskan hampir siap sepenuhnya.

Antaranya adalah menukar ganti barisan model sedia ada dengan produk-produk baharu, selain menggiatkan aspek pemasaran termasuklah menerusi media sosial.

Tidak lupa juga soal khidmat selepas jualan, terutama kebolehdapatan alat ganti dan penyatuan rangkaian pengedar kenderaan Kia.

Mahu tahu keberkesanan program berkenaan? Lihat sahaja statistik jualan Naza Kia pada tahun lalu. Sebanyak 12,309 unit telah menemui pemilik baharu.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, syarikat melaksanakan pengukuhan kedudukan menerusi beberapa segmen utama seperti sedan dalam pasaran automotif tempatan.

Selesai sudah, sasaran logik seterusnya adalah segmen kenderaan kecil. Agenda itu diteruskan dengan kemunculan Rio.

Pengumuman mengenai ketibaan jentera itu sebenarnya bukanlah suatu perkara baharu. Berita mengenainya sudah digembar-gemburkan sejak tahun lalu lagi.

"Rio ialah salah satu model yang dinanti-nantikan di negara ini. Ia bakal memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan volum jualan Naza Kia pada tahun 2013," kata Syed Abdull Hafiz.

Rio merupakan kenderaan kompak generasi ketiga dalam segmen B. Ia pernah membuat penampilan sewaktu Geneva Motor Show 2011 di Switzerland.

Dua anugerah

Dalam tempoh singkat, Rio sudah menggondol dua anugerah. Pertama, International Design Excellence Award di Amerika Syarikat. Kedua, Product Design Award 2012 Red Dot Design Awards di Eropah.

Lebih signifikan lagi apabila Rio muncul sebagai kenderaan yang mencatat jualan global terbaik untuk Kia Motors. Jualan Rio setakat ini telah mencapai 466,826 unit.

Segmen B merupakan platform buat pengeluar dan pengedar kenderaan di negara ini memperkenalkan model asas masing-masing. Maka tidak hairanlah jika ia dilihat sebagai segmen yang paling kompetitif.

Pelbagai model baharu dan naik taraf telah diperkenalkan. Antaranya, Nissan Almera, Toyota Vios, Honda Jazz dan Proton Saga. Tidak ketinggalan Ford Fiesta, Suzuki Swift, Mitsubishi Mirage, Chevrolet Sonic, Perodua Myvi dan Hyundai i10.

Pemangkin kepada pertumbuhan segmen itu berkait rapat dengan peningkatan populasi golongan muda dan mereka yang baru sahaja melangkah masuk alam pekerjaan.

Tidak lupa juga faktor ketidaktentuan harga pasaran bahan api, aspek cita rasa, kuasa membeli serta elemen kesenangan (bagi pengendalian dan penggunaan dalam kawasan bandar).


KIA Rio disasarkan kepada golongan muda berusia 35 tahun ke bawah.


Transmisi Automatik

Rio hanya didatangkan dalam model hatchback dengan enjin petrol 1.4 liter. Transmisinya jenis empat kelajuan automatik dengan ciri manumatic (penukaran gear boleh dibuat secara manual).

"Varian Rio sedan dilihat sebagai tidak begitu sesuai untuk pasaran kita. Tiada faktor wow mengenainya," kata Syed Abdull Hafiz pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Rio di Damansara, Selangor baru-baru ini.

Jika melayari forum-forum dalam talian dan blog, ramai juga mempersoalkan mengapa transmisi automatik empat kelajuan dan bukannya pilihan lain (manual) seperti yang terdapat dalam pasaran luar.

Keputusan yang dibuat itu ada justifikasi tersendiri. Memang benar ada segelintir individu yang mahukan transmisi manual namun volumnya tidaklah sebesar mana.

Pendek kata, transmisi manual kurang meraih sambutan berbanding automatik. Objektif perniagaan adalah memaksimumkan keuntungan, jika tidak itu bukannya bisnes.

Kia Rio ditawarkan menerusi dua varian iaitu EX dan SX. Sekali pandang, kedua-duanya hampir sama. Bezanya, SX ada beberapa ciri tambahan.

Ini termasuklah bumbung suria, rim aloi 17 inci, sistem pendingin hawa automatik dengan ciri ionizer, lampu kabus, sistem nyahkabus automatik, sensor hujan dan sistem kemasukan kunci pintar.

Enjin kedua-dua varian tetap sama. Kuasa maksimum yang boleh dihamburkan adalah 109PS @ 6,300rpm. Tork pula setinggi 137Nm @ 4,200rpm.

Rio didatangkan dengan beberapa ciri termaju seperti Hill-start Assist Control (HAC), Vehicle Stability Management (VSM), Glove Box Cooling dan enam beg udara.

Harga atas jalan termasuk insurans bagi Kia Rio SX ialah RM79,888 seunit. Sementara EX dijual pada harga RM73,888 sebuah. Jaminan yang diberikan adalah selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Ini baru permulaan tahun 2013, tetapi Naza Kia sudah ada rancangan untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya enam model baharu dan naik taraf. Sama-sama kita nantikan.

Pencabar BMW 3 Series!

Posted:

Pencabar BMW 3 Series!

Pencabar BMW 3 Series!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


PENAMPILAN Lexus IS nyata semakin agresif.


PASARAN kereta mewah walaupun berada dalam kategori niche sebenarnya mempunyai persaingan tersendiri. Bahkan pasaran itu merupakan lubuk mencari duit kerana margin keuntungannya yang lebih tinggi.

Apa yang menghairankan, bagaimana mahal sekali pun harga sesebuah kereta, masih ada yang mampu membelinya. Lihat sahaja jumlah kereta-kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Audi dan lain-lain yang setara menjalar di atas jalan raya. Pelik juga dari mana pemiliknya mempunyai duit sebanyak itu.

Namun sejak kebelakangan ini, pasaran kereta mewah yang banyak didominasi oleh pengeluar Eropah dihakis sedikit demi sedikit oleh pengeluar Jepun.

Lexus dan Infiniti yang masing-masing dimiliki oleh Toyota dan Nissan mempunyai produk yang bersaing secara terus dengan model-model mewah keluaran Eropah.

Kereta mewah Jepun mempunyai tarikan tersendiri. Ketahanan dan kelasakannya sudah terbukti dan diperakui oleh umum. Tambahan pula, kos penyelenggaraan kereta Jepun lebih murah.

Berdasarkan kepada laporan agensi berita Newspress, Lexus baru-baru ini mengumumkan model IS baharu yang dilihat sebagai pesaing utama BMW 3 Series.

Lebih menarik, ada dua varian iaitu IS 300h yang merupakan model hibrid penuh dan IS 250 yang dikuasakan oleh enjin petrol.

Kedua-dua varian tersebut menggunakan sistem pacuan roda belakang dan bakal dipasarkan dalam pakej F-Sport. Pemilik kereta mewah kebiasaannya tergolong dalam kategori yang sukakan pemanduan menyeronokkan. Menyedari hakikat itu, Lexus membangunkan IS supaya seronok dipandu, selain reka bentuk yang sangat menonjol.

"Setiap aspek pada IS baharu telah dibangunkan dengan fokus kepada prestasi, pengendalian, tindak balas yang tepat untuk pemandu dan komunikasi yang berkesan di antara pemandu dengan kereta," kata Ketua Jurutera IS, Junichi Furuyama.

Ruang Kabinnya mempamerkan kualiti Lexus, perincian dan ciri-ciri yang memberi fokus kepada pemandu. Bukan setakat itu, IS baharu juga mempunyai bonet belakang yang lebih mesra pengguna dan ruang penumpang belakang yang didakwa sebagai terbaik dalam kelasnya.

Dari segi luaran pula, IS diinspirasikan oleh model konsep Lexus LF-CC. Ia mempunyai gril trademark baharu Lexus dipanggil Spindle yang nampak begitu ekstrem dan menonjol. Apa yang ingin disampaikan adalah kuasa, elegan dan identiti jenama lebih kuat.

Dipandang dari sudut profail, IS nampak seperti ruang kabinnya ditolak ke bahagian belakang. Sementara garisan badan dari bawah meningkat naik ke atas iaitu ke bahagian kluster lampu yang memberi efek elegan dan dinamik.


RUANG kabin jentera ini memberi perhatian kepada aspek kemewahan dan praktikaliti.


Selain itu, bahagian depan menyerlah menerusi rekaan lampu baharu. Sementara lampu DRL signatur Lexus berbentuk L pula nampak seolah-olah ditanam di dalam bampar.

Rekaan dan hasil pada bahagian kabin nampak kemas serta elegan. Menurut Lexus, tempat duduk pemandu tambah selesa dengan sokongan lateral yang lebih baik.

IS baharu disasarkan untuk menjadi sebuah kereta dengan pemanduan terbaik dalam kelasnya, apabila setiap aspek pengendalian dibangunkan ke arah matlamat tersebut.

Antara kaedahnya adalah penggunaan kimpalan skru laser baharu dan teknik lekatan badan yang apabila digabungkan dengan kimpalan spot, ia akan meningkatkan lagi ketegaran badan.

Set suspensi depan double wishbone pula disemak semula. Sementara sistem suspensi belakang jenis multi-link pula adalah sama seperti generasi baharu Lexus GS.

Untuk pemandu, terdapat tiga seleksi pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport. Pemandu boleh memilih mana-mana mode yang disukainya sama ada untuk ekonomikal, keselesaan atau pun prestasi.

IS 250 dikuasakan oleh enjin V6 petrol berkuasa 204bhp yang memacu roda belakang. Sementara model hibrid IS300h pula mengabungkan motor elektrik berkuasa dengan enjin 2.5 liter yang baru dibangunkan.

Enjin tersebut dilengkapi sistem pancitan D-4S, Dual VVT-i intelligent variable valve timing dan sistem Exhaust Gas Recirculation dengan output kuasa 217bhp.

Lexus adalah jenama mewah yang penting untuk Toyota berada dalam setiap kategori masyarakat. Toyota mungkin berjaya meraih jualan pasaran kereta mewah, namun ia masih tidak segah jenama Eropah.

Persepsinya, walaupun berjenama Lexus tetapi ia masih berkongsi teknologi dengan Toyota. Ibarat membeli sebuah Toyota tetapi pada harga yang lebih mahal.

Benar ada perbezaan di antara Toyota dan Lexus, tetapi antara salah satu sebab jenama mewah Eropah kuat ialah produknya mempunyai karakter. Lexus perlu mencari dan mempunyai karakter tersebut.

Honda sertai pasaran motosikal crossover

Posted:

Honda sertai pasaran motosikal crossover

Honda sertai pasaran motosikal crossover


HONDA NC700X mampu mencapai jarak sejauh 27.9 kilometer untuk setiap liter petrol.


BOON Siew Honda sekali lagi tampil dengan tawaran menarik. Sudah berada di semua bilik pameran Honda di seluruh negara sejak bulan lalu, peminat motosikal berkuasa tinggi kini sudah boleh melihat secara dekat model NC700X dan NC700S.

NC700X ialah sebuah Crossover yang direka khas untuk tunggangan di bandar dan off-road. Dalam erti kata lain, NC700X menawarkan prestasi lasak sebuah motosikal off-road bersama keselesaan, keselamatan dan fungsi yang boleh didapati pada motosikal jalanan.

Penunggang yang baru hendak berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa besar, mahupun mereka yang berpengalaman pasti bersetuju bahawa NC700X sememangnya menarik dan praktikal. Sifat NC700X yang mudah dikawal meningkatkan lagi keyakinan dan keseronokan ketika menunggang.

Jentera itu dipasang enjin dua silinder sebaris bersesaran 670cc dengan sistem penyejukan cecair. Ia turut digunakan pada varian NC700S. Enjin yang dibina khas itu dikatakan cukup ringan, selain mampu menawarkan penghantaran kuasa dan tork yang lancar pada rpm rendah atau sederhana.

Bagi meningkatkan lagi penjimatan minyak, enjin NC700X dilengkapi sistem pancitan bahan api PGM-FI dan analisis stoichiometric. Sistem tersebut memastikan nisbah bahan api dan udara yang tepat untuk pembakaran optimum pada semua tahap rpm enjin.

Untuk satu tangki penuh, jentera itu mampu mencapai jarak sejauh 400 kilometer (km) dengan catatan 27.9km bagi setiap liter. Enjin itu juga mengeluarkan tahap emisi rendah dan menepati piawaian EURO 3.


RUANG ini cukup luas untuk menyimpan sebuah topi keledar full-face.


Menyentuh aspek transmisi pula, NC700X ditawarkan dengan pilihan kotak gear enam kelajuan manual atau dwiklac Honda generasi kedua. Kotak gear tersebut menawarkan kemudahan penukaran gear secara manual bersama pilihan fungsi automatik sepenuhnya.

Mode manual (MT) untuk kawalan gear sepenuhnya. Sementara mode automatik (AT) pula menawarkan dua tetapan iaitu S untuk tunggangan sporty dan D bagi tunggangan harian.

Prestasi brek dipertingkat menerusi aplikasi Sistem Gabungan Brek Anti Kunci (C-ABS). C-ABS menggabungkan sistem brek hadapan serta belakang untuk kuasa membrek yang lebih mantap dan selamat.

Sesuai untuk tunggangan jarak jauh, model itu menawarkan ruang simpanan yang luas. Di samping penghadang angin dan posisi tempat duduk yang selesa.

Jika berminat, NC700X boleh anda miliki pada harga RM53,988 seunit (motosikal sahaja) untuk versi Standard dan RM62,088 (varian ABS dan DCT). Empat warna menarik sedia untuk dipilih iaitu hitam, putih, perak dan merah.

"Penawaran siri NC700 yang merangkumi model NC700X, NC700S dan Integra (NC700D) mencerminkan usaha syarikat untuk memperkenalkan pelbagai kategori motosikal yang pastinya mengujakan pengguna tempatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Sa toshi Okada.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bukan kerana Tengku Fiella

Posted:

Bukan kerana Tengku Fiella

Bukan kerana Tengku Fiella

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

NAZMI dikatakan kembali ke tanah air untuk beraksi dalam saingan Liga Super bersama Selangor PKNS.


KEPULANGAN 'arkitek' muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas dikhabarkan tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar bukannya berpunca daripada masalah peribadi.

Bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu, emosi anak keempatnya daripada lima beradik itu berada dalam keadaan stabil sebaik tiba di tanah air baru-baru ini.

Enggan mendedahkan punca sebenar kepulangan semula Nazmi ke Malaysia, Mansor sebaliknya menafikan tumpuan anaknya terjejas ekoran kontroversi yang tercetus baru-baru ini.

"Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu.

"Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga.

"Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini," kata Mansor semasa dihubungi Kosmo! semalam.

Baru-baru ini, Nazmi mendapat perhatian banyak pihak apabila secara terbuka mengaitkan pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak dengan bekas teman wanitanya, Tengku Norshufilla Tengku Shubli (gambar).

Nazmi menerusi Twitter peribadinya mendakwa, Tengku Norshufilla, 21, yang juga mesra dengan panggilan Tengku Fiella dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil yang merupakan bekas suami kepada aktres, Rita Rudaini itu.

Nazmi kemudiannya memadam semula status Twitter berkenaan manakala Tengku Fiella juga tampil menafikan memiliki hubungan istimewa dengan Aidil.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depan Nazmi bersama Beira-Mar yang dilihat seakan-akan ternoktah selepas dikatakan bakal beraksi dengan kelab Selangor PKNS dalam saingan Liga Malaysia selepas ini, Mansor juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Mansor juga memberi jaminan bahawa Nazmi hanya akan tampil bertemu media apabila benar-benar sudah bersedia.

Begitupun, Nazmi dikatakan akan menandatangani kontrak dengan Selangor PKNS hari ini.

"Semuanya akan diperjelaskan pada sidang akhbar nanti," katanya ringkas sambil enggan mendedahkan lokasi sebenar Nazmi ketika ini.

Cubaan pemberita mendapatkan Nazmi di kediaman keluarganya di AU5, Lembah Keramat, Kuala Lumpur petang semalam juga menemui jalan buntu ekoran kediaman itu dilihat tidak berpenghuni.

Beberapa jiran yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Nazmi tidak lagi menetap secara tetap di situ, sebaliknya hanya pulang sekali-sekala.

Untuk rekod, Nazmi sebelum ini menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Beira-Mar pada 21 Mei 2012 selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika membantu Harimau Muda mengharungi kempen kelayakan Olimpik 2012 London Zon Asia.

Dalam pada itu, pegawai media Selangor PKNS, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan yang Nazmi bakal menyertai kelab itu, dan satu sidang akhbar khas akan diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya hari ini.

Begitupun, segala butiran lanjut mengenai perpindahan itu katanya, akan dimaklumkan pada sidang akhbar berkenaan.

Pada masa sama, beliau membayangkan yang Nazmi bakal beraksi bersama Selangor PKNS sehingga penghujung musim dan bukannya sekadar pemain pinjaman semata-mata.

Nazmi sertai PKNS

Posted:

Nazmi sertai PKNS

Nazmi sertai PKNS

MISTERI yang menyelubungi Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilihat terus menimbulkan tanda tanya apabila perancang muda itu mengambil sikap 'mengunci mulut' semalam.

Selepas mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan sensasi di Twitter tempoh hari, kepulangan perancang berusia 19 tahun itu ke tanah air tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas dilaporkan mendapat pelepasan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar selama enam bulan juga mengundang persoalan banyak pihak.

Selain gagal dihubungi, cubaan pemberita bagi mendapatkan penjelasan Nazmi secara bersemuka juga menemui jalan buntu semalam.

Ia ekoran ahli keluarga Nazmi memberitahu yang pemain itu belum bersedia untuk bertemu media.

Selain itu, pemain tersebut juga langsung tidak menyentuh mengenai kepulangannya ke Malaysia menerusi Twitter peribadinya semalam.

Sebaliknya, Nazmi sekadar membayangkan reda dengan apa yang berlaku apabila mengeluarkan tweet bahasa Inggeris yang berbunyi: "I can't change the direction of the wind, but i can adjust my sails to always reach my destination.

"In three words I can sum up everything I have learned about life: it goes on."

Pada masa sama, 'rakan seperguruan' Nazmi di Portugal, Ahmad Fakri Saarani juga membayangkan tonggak Harimau Muda itu telah kembali di tanah air apabila mengeluarkan tweet yang berbunyi "Sampaikan salamku pada Kuala Lumpur."

Semalam, akhbar melaporkan, Nazmi telah mendapat pelepasan daripada S.C. Beira-Mar selama enam bulan untuk pulang semula ke Malaysia.

Selain itu, sumber juga mendedahkan bahawa kontrak selama tiga tahun Nazmi bersama kelab Portugal itu telah ditebus oleh Selangor PKNS supaya pemain kelahiran Lembah Keramat itu dapat beraksi semula dalam saingan Liga Malaysia ketika pendaftaran pemain dibuka semula April depan.

Nazmi dikatakan akan menandatangani kontrak dengan PKNS hari ini.

Satu sidang akhbar khas dijangka diadakan pasukan tersebut di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya hari ini.

'Kami hantar dengan cara baik'

Posted:

'Kami hantar dengan cara baik'

'Kami hantar dengan cara baik'

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) ternyata kecewa dengan cara kelab Portugal, S.C. Beira-Mar mengendalikan situasi tonggak muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dikatakan telah mendapat pelepasan kelab itu untuk pulang semula ke Malaysia baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, sehingga semalam, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kelab itu berhubung perkara tersebut.

"Kami hantar dia (Nazmi) dengan cara baik, sepatutnya pulang juga perlu dengan cara baik.

"Sudah tentu perkara ini mengejutkan kami kerana langsung tidak dimaklumkan.

"Setakat ini, kami tidak mengetahui sebarang perkembangan dan belum menerima apa-apa maklum balas daripada mereka," katanya kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin memberitahu, berdasarkan kontrak, Nazmi sepatutnya bersama S.C. Beira-Mar selama tiga tahun.

Pada masa sama, Azzuddin juga tidak dapat memberikan sebarang butiran terperinci sama ada Nazmi akan kembali semula ke Portugal ataupun tidak selepas ini

"Buat masa ini, kami masih menunggu maklumat daripada pihak Nazmi.

"Selagi belum mendapat penjelasan daripada ejen dan keluarga Nazmi, saya tidak dapat komen apa- apa," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pendidikan seni dan budaya ada masa depan

Posted:

Pendidikan seni dan budaya ada masa depan

Pendidikan seni dan budaya ada masa depan

Oleh KHARIZAL MAT KHALID


SALAH sebuah kumpulan muzik Aswara membuat persembahan dalam satu majlis di akademi itu.


"SIAPA itu Kassim Selamat lawyer, hakim, majistret?" tengking Mak Dara kepada anaknya Sabariah. "Tak ibu, ahli muzik," jawab Sabariah. "Memang pantang keturunan aku ahli muzik," pekik Mak Dara kembali.

Babak daripada filem Ibu Mertuaku itu menggambarkan betapa bencinya seorang ibu apabila anaknya memilih bakal suami berlatarbelakangkan bidang seni.

Beberapa dekad lepas masyarakat sememangnya memandang rendah pekerjaan dalam bidang seni kerana mereka dianggap golongan tidak mempunyai masa depan dengan pendapatan yang tidak stabil.

Walaupun kewujudan pelbagai institusi dan pusat pengajian seni di universiti, bagaimanapun hakikatnya ia tidak mudah untuk mengikis stigma negatif tersebut dalam kalangan masyarakat. Namun hakikatnya, hari ini kerjaya dalam bidang seni bukan sahaja menjanjikan pekerjaan tetap bahkan dengan pendapatan lumayan.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang ditubuhkan pada tahun 1994 antara institusi pendidikan yang melahirkan ramai pakar dalam bidang seni seperti tarian, teater, animasi, muzik dan penulisan kreatif. Bahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyatakan, bahawa 96 peratus graduan Aswara memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian.

Berkongsi kisah dengan tiga pelajar Aswara, Redzuan Mohd. Fauzi, 20, dari Fakulti Teater, Ean Siew Yieen, 23, (Fakulti Seni Halus) dan Charles Nilberd, 22, (Fakulti Filem dan Video) masing-masing mengakui pernah dilemparkan dengan pandangan negatif mengenai bidang seni.

Halangan keluarga

Hasrat Redzuan contohnya untuk melangkah kaki ke Aswara pernah dibantah keras oleh ibunya, Suraya Salleh. Namun, Redzuan membulatkan tekad untuk mendalami dunia lakonan walaupun hampir setahun ibunya tidak menjenguknya setelah dia mendaftarkan diri di Aswara.

"Takkan kau nak jadi artis sampai kau tua, cuba kau tengok orang lain kerja akauntan, jurutera, doktor, kau ingat jadi artis boleh bagi kau senang ke?" soal ibunya yang tidak bersetuju dengan pilihan Redzuan.

"Saya nak buktikan kepada ibu yang saya boleh jadi sehebat Ahmad Yatim, pelakon dibayar mahal kerana kualiti lakonannya. Walaupun saya tahu masyarakat sekeliling hebat mengecam, namun prinsip saya mudah, usah peduli dengan tafsiran negatif itu kerana menjadi orang berjaya harus melalui pelbagai rintangan," kata anak sulung empat beradik yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Redzuan tidak menafikan buat masa ini dia terpaksa bekerja sambilan sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon khusus untuk menampung perbelanjaannya di Aswara. Dia juga bersyukur dengan sumbangan bantuan dermasiswa 1Malaysia berjumlah RM500 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang meringankan bebannya.

"Setiap persembahan, saya akan memperoleh bayaran antara RM300 hingga RM500, ada juga saya meminjam wang daripada keluarga namun tidak selalu. Apa yang penting saya harus berkorban dari segi tenaga dan wang ringgit demi perjalanan sebagai anak seni," katanya sambil memberitahu hubungan dengan ibunya sudah pulih setelah melihat dia menjayakan persembahan pentas Peniup Seruling sebagai watak utama beberapa tahun lepas.


ASWARA telah melahirkan ramai bakat seni dalam bidang teater, tarian dan animasi.


Impian bergelar pelukis profesional

Siew Yieen pula membuat pilihan menyertai Aswara setelah gagal dalam semua permohonannya ke institut pengajian tinggi awam untuk mengejar impian sebagai pelukis profesional.

"Saya ada memohon di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa universiti lain, namun tidak diterima. Pada mulanya saya mati akal, namun setelah mencari dalam talian internet baharu saya tahu kewujudan Aswara," katanya yang kini sudah berada dalam tahun tiga.

Siew Yieen turut berdepan dengan tohmahan masyarakat yang mempertikaikan keputusannya menyertai Aswara, walhal dia boleh menjadi guru dengan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dimilikinya.

"Ada seorang jiran yang sanggup menolong saya bergelar guru, namun saya berkeras kerana tidak meminati profesion itu. Kecenderungan saya adalah dalam bidang lukisan," katanya yang meminati lukisan abstrak.

Filem

Berlainan dengan Charles yang mendapat galakan daripada ibu bapanya, Philip Robert dan Nalinee. Ayahnya ialah seorang pemuzik dan menggalakkannya belajar di Aswara.

"Saya dibiayai sepenuhnya oleh ayah untuk belajar di sini. Ayah tidak kisah walaupun lebih RM3,000 wangnya dihabiskan untuk membiayai pengajian saya yang kini sudah masuk tahun ketiga," katanya yang menuntut dalam jurusan diploma daripada Fakulti Filem dan Video.

"Kalau saya boleh buat filem yang boleh mengubah tanggapan masyarakat kepada bidang seni saya akan buat. Cita-cita saya ingin membawa hasil karya saya ke luar negara untuk dipertandingkan," katanya yang telah mengarahkan dua filem pendek berjudul Let Me Live dan Dreams sepanjang menuntut di Aswara.

Walaupun pelbagai kecaman perlu dilalui Redzuan, Siew Yieen dan Charles, namun mereka percaya masyarakat akan kembali sedar untuk menaiktaraf golongan anak seni setanding dengan pekerjaan peguam, hakim dan majistret. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pegawai Jabatan Hutan didakwa terima rasuah RM390,000

Posted:

Pegawai Jabatan Hutan didakwa terima rasuah RM390,000

Pegawai Jabatan Hutan didakwa terima rasuah RM390,000

01/02/2013 6:56pm

IPOH - Seorang pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak hari ini didakwa di dua Mahkamah Seksyen di sini atas 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM390,000 daripada dua kontraktor balak antara April 2010 dan Januari 2012.

Bagaimanapun tertuduh, Amir Sharifud-din Aliman, 59, dari Jalan Adika Raja, Gerik, Perak, yang berpakaian gaya persis seorang penyanyi rock, hanya menjawab "saya tidak faham" dan "saya tidak ingat" selepas setiap pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Dalam pendakwaan di hadapan Hakim Madihah Harullah, tertuduh, yang berpakaian seluar denim, baju-T berwarna biru dan jaket hitam serta mengenakan bandana di kepala, didakwa atas 12 pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM290,000 daripada Tan Chee Hee.

Amir Sharifud-din didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di bilik pejabat Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak, Gerik pada pukul 8 pagi hingga 5 petang, antara 9 April 2010 dan 21 Oktober 2011.

Dia didakwa menerima wang tunai dengan tiada balasan sedangkan mengetahui pemberi mempunyai hubungan dengan kerja rasmi yang dijalankan oleh tertuduh. - BERNAMA

Penduduk Kg. Asam bantah tindakan pemaju

Posted:

Penduduk Kg. Asam bantah tindakan pemaju

Penduduk Kg. Asam bantah tindakan pemaju

01/02/2013 6:55pm

GEORGETOWN - Sekumpulan penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong hari ini berdemonstrasi di hadapan pejabat pemaju projek perumahan mewah berhampiran kampung mereka yang didakwa menutup jalan utama ke kampung itu dengan longgokan tanah.

Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Zarus Yusof mendakwa, perbuatan itu dilakukan pekerja pembinaan projek tersebut sejak pagi tadi dan menyebabkan laluan utama ke kampung berkenaan tertutup sepenuhnya.

"Sebanyak 32 keluarga terlibat dan kami rasa seolah-olah terkepung. Jika mahu keluar terpaksa guna jalan alternatif yang sempit dan lebih jauh," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu di Jalan Jelutong di sini.

Demonstrasi itu yang bertujuan menuntut penjelasan pemaju mengenai tindakan pekerja mereka melonggokkan tanah bagaimanapun tidak berhasil apabila pemaju enggan menerima memorandum yang cuba diserah persatuan penduduk terbabit. - BERNAMA

Tahanan polis mati ketika dirawat di HSAS Temerloh

Posted:

Tahanan polis mati ketika dirawat di HSAS Temerloh

Tahanan polis mati ketika dirawat di HSAS Temerloh

01/02/2013 6:20pm

TEMERLOH - Seorang lelaki yang dalam tahanan polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun, mati ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

"Mohd. Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Januari," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat "upper gastrointestinal bleeding" (pendarahan gastrousus).

"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh, Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ketua parti agama ditangkap rasuah

Posted:

Ketua parti agama ditangkap rasuah

Ketua parti agama ditangkap rasuah

ISHAAQ


JAKARTA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia semalam buat pertama kalinya telah menahan seorang pemimpin sebuah parti Islam atas tuduhan rasuah.

Jurucakap suruhanjaya tersebut, Johan Budi memberitahu pemimpin Parti Keadilan Sejahtera, Luthfi Hasan Ishaaq ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi mendapatkan kontrak kerajaan kepada sebuah syarikat pengimport daging, PT. Indoguna Utama.

Parti Keadilan Sejahtera merupakan parti Islam terbesar di Indonesia dan menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran republik itu.

Ishaaq ditahan pada Rabu, dua hari selepas dua orang pengarah syarikat terbabit dan pembantunya ditangkap di sebuah hotel di sini.

Pasukan penyiasat juga merampas wang tunai berjumlah AS$103,000 (RM320,000) yang ditemui di dalam kereta pembantu Ishaaq.

"Memang wujud bukti yang cukup untuk menamakan Luthfi Hasan Ishaaq sebagai suspek," kata pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Indonesia, Bambang Widjojanto.

Ishaaq bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - Agensi

Muntah ikan paus bernilai RM210,502

Posted:

Muntah ikan paus bernilai RM210,502

Muntah ikan paus bernilai RM210,502


WILMAN dan anjingnya menemui ambergris yang bernilai tinggi ketika berjalan-jalan di sebuah pantai.


LONDON – Seorang lelaki di sini, Ken Wilman ditawarkan wang berjumlah £43,000 (RM210,502) oleh seorang pembeli dari Perancis untuk muntah ikan paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai.

Dia menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan ketika bersiar-siar di bandar Morecambe, barat laut England.

Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.

Wilman percaya objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris, bahan yang ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma.

Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad-abad lamanya.

– AFP

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland

Posted:

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland


BUERKI menunjukkan seekor ulat beluncas terbesar yang ditemuinya semalam.


BERN, Switzerland – Seorang ahli botani di sini telah menemui seekor ulat beluncas terbesar yang pernah ditemui di dunia semalam.

Ahli botani itu, Markus Buerki mendedahkan ulat yang ditemuinya merupakan ulat beluncas dari spesis atlas moth atau attacus atlas.

Atlas moth akan bertukar menjadi kupu-kupu dengan lebar sayapnya boleh mencecah lebih 25 sentimeter.

Ulat beluncas tersebut kini dipelihara di sebuah taman botani di Bern. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Parkir selamat untuk wanita

Posted:

Parkir selamat untuk wanita

Parkir selamat untuk wanita

Oleh SUHANA VERU

KISAH penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian, 29, yang menjadi mangsa jenayah culik, rogol, bunuh dan bakar pernah menggemparkan negara lantaran ia antara kes paling kejam ke atas wanita.

Menyingkap kes Canny yang berlaku pada tahun 13 Jun 2003 itu, ia bermula apabila mendiang ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis keraian di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Mendiang dikatakan berpatah-balik seorang diri ke keretanya untuk mengambil tiket parkir, tetapi tidak kembali dan dipercayai diculik di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, empat hari kemudian, mayat Canny ditemui rentung di dalam longkang di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Rentetan daripada peristiwa itulah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan arahan semua pusat beli-belah di negara ini memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan sesuatu kejadian dikesan di kawasan parkir.

Terbaharu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan pusat beli-belah di ibu negara wajib menyediakan ruang letak kereta khusus untuk wanita yang memandu sendirian. Malah, pihak kementerian menekankan sekurang-kurangnya tujuh peratus kawasan letak kereta di sesuatu lokasi perlu disediakan khusus untuk wanita.

Tidak setakat itu, pemilik bangunan juga perlu melengkapkan kawasan itu dengan ciri keselamatan seperti butang panik, lampu yang lebih cerah, akses sekuriti dan berdekatan pintu masuk.

Inisiatif KLCC

Menyedari hakikat keselamatan pengguna amat penting, pusat beli-belah Suria KLCC menyahut seruan tersebut dengan menyediakan kemudahan parkir khusus untuk wanita. Rata-rata golongan wanita memuji langkah pihak Suria KLCC kerana menjamin keselamatan kepada kaum Hawa yang mengunjungi pusat beli-belah itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, parkir khas itu terletak di aras P2 sahaja.

Menurutnya, sebagai panduan pemandu, golongan wanita boleh mengenal pasti lot khas itu dengan mudah kerana terdapat logo wanita di dinding dan lantai kawasan tempat letak kereta pula berwarna merah jambu.


FARAH mengakui dia kini tidak lagi takut semasa berjalan ke tempat parkir pada sebelah malam.


Ketika ditanya mengenai syarat lain untuk memarkir di situ beliau memberitahu, ia sebenarnya dikhaskan untuk wanita yang datang secara berseorangan sahaja.

"Kita tidak menggalakkan mereka yang ditemani pasangan atau rakan-rakan. Ia hanya untuk wanita yang mengunjungi pusat ini secara bersendirian," katanya sambil memberitahu terdapat 142 lot parkir untuk wanita di situ.

Menurutnya, ia terletak berhampiran pintu masuk eskalator dan lif Suria KLCC.

Kesemua tempat letak kereta wanita itu di bawah pengawasan keselamatan, malah pegawai keselamatan di situ juga akan memastikan parkir tersebut tidak disalahgunakan oleh pemandu lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup menjelaskan, mengikut garis panduan pengeluaran lesen perniagaan kini, semua pemilik bangunan komersial terutama pasar raya wajib menyediakan unit parkir khas untuk wanita.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau memberitahu sebelum sesuatu pembinaaan bangunan dijalankan, mereka perlu menyediakan ruang khas itu, manakala bangunan sedia ada pula tidak terkecuali untuk berbuat demikian.

"Jika mereka ingkar, lesen mereka tidak akan diperbaharui dan pembinaan bangunan baharu pula tidak akan diluluskan," tegasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, pihak DBKL mendapat respons baik dalam kalangan pemilik bangunan terhadap cadangan parkir wanita itu.

"Lagipun, cadangan merizabkan sedikit ruang itu perlu, memandangkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir pusat beli-belah," ujarnya.

Lebih terjamin

Seorang usahawan kain, Farah Adibah Ismail, 30, berkata, dia teruja dengan perkhidmatan baharu itu kerana ia bukan sahaja satu bentuk kemudahan, bahkan bagi menjamin keselamatan kaum wanita.

"Menerusi tapak khas seperti ini ia boleh menangani kes jenayah dan mengelakkan wanita menjadi mangsa serangan seksual," katanya ketika ditemui di parkir Suria KLCC baru-baru ini.


BAGI meningkatkan tahap keselamatan di parkir merah jambu, kekerapan pegawai keselamatan meronda turut dipertingkatkan.


Akuinya lagi, golongan wanita yang gemar membeli-belah pada waktu malam juga boleh menarik nafas lega dengan pengenalan kemudahan itu.

"Selain kelengkapan keselamatan yang mencukupi, mereka kini tidak lagi perlu terburu-buru untuk membeli-belah. Langkah Suria KLCC perlu dicontohi oleh pusat beli-belah yang lain," tuturnya lagi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati kawasan tempat letak kereta untuk wanita mudah dikenali kerana terdapat logo wanita selain lantainya yang berwarna merah jambu.

Selain itu, terdapat petugas yang menaiki motosikal meronda-ronda di sekitar aras itu dan kawasan parkir itu dilihat berhampiran dengan eskalator.

Hasil pemerhatian Kosmo! juga mendapati terdapat papan tanda yang tertera tulisan 'hanya pemandu wanita tanpa penumpang' dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di kawasan itu.

Seorang kakitangan swasta, Azila Aris, 43, turut memuji saranan kerajaan itu.

"Buat pertama kali menggunakan parkir ini, saya berasa selesa serta selamat apatah lagi kawasan sekitarnya dilengkapi dengan cahaya yang terang dan CCTV.

"Selepas ini, jika mahu membeli-belah seorang diri saya tidak lagi perlu bimbang kerana ciri-ciri keselamatan semuanya lengkap," jelasnya.

Didik hargai alam sekitar

Posted:

Didik hargai alam sekitar

Didik hargai alam sekitar


SEORANG renjer FRIM (berdiri) memberi penerangan cara-cara memasang khemah kepada kanak-kanak yang terlibat.


KANAK-KANAK dari tiga buah rumah anak yatim mendapat peluang menimba pengalaman selama dua hari di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka yang berumur dari sembilan hingga 12 tahun dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Pusat Jagaan Baitul Hidayah dan Rumah Kids di sekitar Selangor itu terpilih untuk mengikuti aktiviti perkhemahan selama dua hari di hutan itu.

Tujuan program tersebut untuk mendekatkan mereka dengan alam semula jadi dan menyemai kefahaman serta kecintaan terhadap alam sekitar.

Program anjuran Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) itu diisi dengan pelbagai aktiviti bagi membolehkan setiap peserta mempunyai pengalaman sebenar ketika berada di dalam hutan.

Oleh sebab perkhemahan itu adalah pengalaman pertama bagi kanak-kanak yang terlibat, sekumpulan renjer hutan memberi tunjuk ajar cara-cara untuk mendirikan khemah.

Sejurus selesai, mereka memulakan perjalanan ke Titian Silara FRIM sepanjang 500 meter.

Sepanjang perjalanan itu, renjer FRIM menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan yang boleh dilihat di sepanjang laluan tersebut.

Bagaimanapun, perjalanan itu sememangnya mencabar serta menguji semangat dan keberanian kanak-kanak.

Ia berikutan, mereka terpaksa menyeberang dengan menggunakan jambatan gantung sepanjang 200 meter dan setinggi kira-kira 30 meter. Biarpun, pengalaman tersebut mendebarkan namun mereka berjaya mengharungi cabaran itu.

Sebagai ganjaran mengharungi cabaran itu, kanak-kanak tersebut dapat menyaksikan pemandangan indah latar langit bandar raya Kuala Lumpur.

Selesai aktiviti itu, mereka kembali ke Kem Perah untuk menyahut cabaran perlumbaan berhalangan yang menguji daya ketahanan, kepantasan, kerjasama berpasukan dan kebijaksanaan.

Apabila malam menjelma, mereka dijamu makan malam yang terdiri daripada nasi dan lauk-pauk.

Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi dan Pelaburan MTC, Suria Zainal, turut mengambil peluang tersebut untuk memberikan taklimat ringkas tentang dasar pengurusan hutan lestari Malaysia termasuk pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar.

Pengalaman berharga

Seorang kanak-kanak dari Rumah Kids, Mathew Lee berkata, perkhemahan tersebut merupakan pengembaraan yang hebat kerana program itu diisi dengan pelbagai aktiviti yang manfaat.

"Saya rasa seronok kerana dapat melihat serangga hutan dengan lebih dekat. Ia adalah satu pengalaman yang istimewa," katanya.

Pendapat Mathew turut disokong pasangan kembar Mohd. Airel Ezani Mohd. Azhar dan Mohd. Airel Ezhar, 9.

Bagi mereka, perjalanan menyeberangi jambatan gantung adalah pengalaman yang paling sukar dilupakan.

"Ia bukan sahaja mencabar, bahkan menyeronokkan kerana berpeluang melihat pelbagai jenis tumbuhan unik," tutur mereka.

Sementara itu, Suria berkata, pihaknya menganjurkan program tersebut buat kali kedua untuk golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Menurutnya, aktiviti perkhemahan tersebut sebagai satu pengalaman pembelajaran untuk mendedahkan kanak-kanak dengan sumber-sumber asli negara.

Selain itu, ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan sumber hutan secara bertanggungjawab.

"Lagipun, kita banyak menggunakan sumber dari hutan seperti kayu untuk dijadikan perabot, surat khabar, buku dan tisu.

"Oleh itu, kita mesti menguruskan hutan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kepupusan atau menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pihaknya bercadang untuk meneruskan program tersebut pada masa akan datang bagi menggalakkan generasi baharu untuk menghargai dan mencintai alam sekitar.

Rawat alergi dengan berkesan

Posted:

Rawat alergi dengan berkesan

Rawat alergi dengan berkesan


MASALAH rinitis alergi mengganggu kualiti hidup seharian si penghidapnya. - Gambar hiasan


DIANGGARKAN hampir 1.4 bilion orang di seluruh dunia menghidap gangguan alergi. Statistik tersebut semakin meningkat hingga menjadikannya salah satu masalah perubatan kronik yang paling lazim berlaku di dunia.

Dalam perkembangan lain, kes rinitis alergi di rantau Asia Pasifik juga telah banyak meningkat dalam tempoh 10 tahun lalu.

Rinitis merupakan sejenis penyakit yang sering berlaku dan menjejaskan kira-kira 40 peratus penduduk Malaysia.

Berdasarkan angka tersebut, alergi adalah punca utama rinitis dalam kalangan kanak-kanak dan golongan pertengahan usia iaitu sebanyak 80 peratus.

"Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang lebih berumur, hampir separuh daripadanya menghidap rinitis alergi, manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi.

"Ada dua jenis rinitis alergi yang utama iaitu simptom dari semasa ke semasa dan simptom berlarutan," kata Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Profesor Dr. Prepageran Narayanan.

Tambahnya, rinitis alergi dari semasa ke semasa berlaku kurang daripada empat hari seminggu atau kurang daripada empat minggu berturut-turut.

Bagi rinitis alergi berlarutan pula, ia berlaku lebih daripada empat hari seminggu selama lebih empat minggu berturut-turut.

Alergen yang paling lazim menyebabkan rinitis alergi dari semasa ke semasa ialah alergen di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai, manakala rinitis alergi berlarutan disebablan oleh alergen di dalam rumah seperti haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat di dalam rumah.

"Apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit rinitis alergi akan menghasilkan histamina lalu menyebabkan timbulnya simptom-simptom alergi.

"Menurut suatu kaji selidik yang dijalankan antara tahun 2009 hingga 2010 di lapan buah negara Asia Pasifik, daripada 491 kediaman yang ditinjau di Malaysia, 41 peratus kanak-kanak menghidap rinitis alergi bermusim manakala 48 peratus menghidap rinitis alergi perenial," ujarnya pada majlis pelancaran Aerius D-12 oleh syarikat farmaseutikal antarabangsa, MSD.

Dalam kaji selidik yang sama, kebanyakan peserta menyatakan bahawa rinitis alergi menjejaskan mutu hidup mereka dan menyebabkan kemerosotan prestasi sekolah, prestasi kerja dan produktiviti mereka terutamanya apabila simptom-simptom rinitis alergi mencapai tahap paling teruk.

Mutu hidup terjejas

Produktiviti dan mutu hidup juga mungkin terjejas apabila pesakit AR cuba merawat diri sendiri dan mengambil ubat atau bahan antihistamina yang menjejaskan tidur.

"Mendapatkan rawatan dan diagnosis yang betul sangat penting. Apabila rinitis alergi dapat dibezakan daripada influenza biasa dengan tepat dan diuruskan dengan berkesan, pesakit boleh meneruskan aktiviti harian mereka dengan gangguan minimum.

"Kami harap pesakit tidak akan menggunakan ubat selesema yang dipilihnya sendiri apabila mereka menghidap AR. Jumpalah doktor untuk mendapatkan diagnosis dan ubat yang betul supaya simptom rinitis alergi dapat dikawal. Pada masa yang sama, mutu hidup dapat dipelihara," pesannya.

Aerius D-12 dapat memberi kelegaan kepada penghidap rinitis alergi dengan gabungan terbaharu antihistamina dengan rawatan hidung tersumbat yang tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Dwicirinya yang unik merawat simptom alahan seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sama ada dari semasa ke semasa atau sepanjang tahun.

Dalam pada itu, bagi mengatasi masalah kurang faham tentang rinitis alergi, MSD bersama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia melancarkan kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal.

Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang sifat dan simptom rinitis alergi serta perlunya berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang betul.

Pendidikan dan kesedaran orang awam amat penting kerana kesan rinitis alergi mungkin sangat besar terhadap mutu hidup dan ini boleh menjejaskan produktiviti lalu meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi.

Klinik-klinik yang menyertai kempen tersebut akan dibekalkan dengan bahan pendidikan seperti risalah dan poster untuk menyampaikan mesej tentang rawatan yang paling sesuai bagi rinitis alergi. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved