Jumaat, 1 Februari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Enggan lagi sebut pasal Rita

Posted:

Enggan lagi sebut pasal Rita

Enggan lagi sebut pasal Rita

PERBUALAN yang mesra pada mulanya bertukar menjadi serius. Semuanya gara-gara nama Rita Rudaini disebut dalam pertanyaan Kosmo! kepada Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, pada sesi fotografi berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ungkap Lisdawati, kalau boleh dia enggan lagi menjawab soalan yang berkaitan dengan Rita daripada pihak media mulai saat itu.

Keengganannya bukan disebabkan mereka bergaduh semula, tetapi luah pelakon berusia 35 tahun yang masih kekal cantik itu, ada kenyataannya dalam media (bukan akhbar Kosmo!) mengenai Rita, baru-baru ini telah disalahertikan.

"Kalau boleh saya tidak mahu lagi sebut pasal dia (Rita). Bukan sebab apa, saya takut disalahertikan.

"Tutup cerita lama buka cerita baharu. Biarlah saya simpan isi hati ini sampai akhirat nanti," jelasnya penuh makna.

Lisdawati sebelum ini dituduh sebagai sengaja mencari publisiti untuk kembali popular dengan memberi pelbagai kenyataan, ekoran dia dan Rita dikatakan berdamai selepas bersengketa selama tujuh tahun.

Ujarnya, dia membuat kenyataan tentang Rita sebelum ini sebagai jawapan kepada banyak pertanyaan media yang diajukan kepadanya.

"Saya tidak perlukan publisiti atau kontroversi untuk popular. Sejak awal berlakon lagi, banyak kontroversi yang saya sendiri tidak cari, muncul melanda diri ini.

"Saya percaya rezeki merupakan kehendak Allah. Alhamdulillah, rezeki lakonan sentiasa ada. Penerbit masih ambil saya berlakon," ujarnya yang mengakui sentiasa bermuhasabah diri.

Menyambung bicara, luah Lisdawati, dia sedar nyawanya untuk hidup dalam alam fana ini cuma sekadar dipinjamkan Allah dan dia tidak perlu terlibat perkara yang menyesat dan menyeksakan hatinya lagi.

Belajar kaunseling

Ditebak pula mengenai hubungan dengan suaminya, aktor Fauzi Nawawi, yang dikhabarkan sudah acap kali dilanda masalah berikutan Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa wanita lain, dedah Lisdawati, dia masih bahagia bersama Fauzi sehingga kini.

"Sedangkan sesama adik-beradik juga boleh bergaduh inikan pula dengan suami - orang yang kita baru kenali pada usia yang matang.

"Krisis rumah tangga sedikit-sedikit itu perkara biasa yang berlaku kepada suami isteri. Kadang-kadang pasal anak atau kerja," ujarnya yang sering beristighfar setiap kali dilanda masalah rumah tangga.

Dalam pada itu berkongsi cerita baharu tentang dirinya, ungkap Lisdawati, dia merancang untuk menyambung pelajarannya tidak lama lagi.

Mengambil kaunseling, jelas Lisdawati, dia sangat menyukai jurusan tersebut selain berniat untuk mempraktikkan ilmu tersebut di rumah.

Sedar anak-anaknya dan juga anak-anak tirinya iaitu anak Fauzi daripada perkahwinan terdahulunya semakin membesar, kata Lisdawati, dia perlukan ilmu di dada untuk mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna kelak.

"Saya berbincang dengan anak sulung (anak Fauzi hasil perkahwinan pertama), Fatihah, 17, mengenai perancangan tersebut memandangkan dia juga baru menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," jelasnya yang akan menyambung pelajaran bersama-sama anak tirinya itu tetapi berlainan bidang.

Tegas


KESIBUKAN rutin seharian tidak menghalang figura cantik ini untuk menimba ilmu.


Terlanjur bercerita tentang anak, Lisdawati juga mengakui sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya, Farhana, 4, dan Fazneesya, 3, termasuk anak-anak tirinya, Hainal Fatiha, 17, Fariz Hazwan, 16, Hana Farisha, 14, serta Fikri Hakimi, 11.

"Saya kena tegas dan pantau aktiviti anak-anak termasuk anak abang (Fauzi Nawawi). Sebab kalau jadi apa-apa orang akan tanya anak siapa? Saya tidak mahu mereka jadi seperti kebanyakan remaja yang sudah rosak peribadi," ujarnya yang mengakui zaman remajanya tidak bebas walaupun dia suka menunggang motosikal berkuasa besar.

Ditanya apakah ketegasan yang diterapkannya, jelas Lisdawati, dia tidak akan membenarkan langsung anak-anak Fauzi keluar dengan kawan-kawan mereka kecuali jika dia atau Fauzi turut ikut bersama.

Begitupun, dia tidak menghalang anak-anak tirinya mempunyai teman lelaki atau wanita asalkan diperkenalkan terlebih dahulu kepadanya dan Fauzi.

Jelasnya lagi, ramai ibu bapa yang sibuk bekerja tetapi tidak tahu sikap sebenar anak mereka.

Erra selektif demi Aleesya

Posted:

Erra selektif demi Aleesya

Erra selektif demi Aleesya

Oleh MANIRAH OTHMAN


SUDAH dua tahun, Erra menggalas tanggungjawab sebagai duta produk Desa Murni Batik Sdn. Bhd.


PEMILIK nama Fazira Wan Chik atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira cukup sinonim dalam dunia seni tanah air. Perjalanan karier lebih sedekad menjadikan Erra semakin matang dalam memenuhi kepadatan jadual lakonan mahupun persembahan pentas.

Bagaimanapun, membuka lembaran baharu tahun 2013, Erra mengambil sikap lebih selektif dalam perjalanan kerjaya kerana faktor usia yang semakin meningkat dan demi menumpukan perhatian kepada puteri kesayangan, Engku Aleesya Engku Emran.

Sejak hampir empat tahun lalu, Erra cukup bahagia dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada zuriat tunggalnya, Engku Aleesya yang menjadi penyeri kehidupan insan seni serba boleh ini.

"Saya sudah menetapkan setiap hari Ahad sebagai hari cuti daripada karier seni untuk memberi sepenuh tumpuan kepada Engku Aleesya.

"Pada hari-hari lain pula, saya akan memastikan segala keperluan anak dipenuhi terlebih dahulu sebelum menerima komitmen lain," katanya sambil menguntum senyuman.

Dia yang cukup peramah itu ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran produk baharu, Desa Murni Batik Sdn. Bhd. (DMBSB) di Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Sejak hampir dua tahun lalu, Erra telah dipilih menjadi duta produk DMBSB dalam menggayakan pelbagai batik digital dan tudung keluaran syarikat berkenaan.

Tampil anggun dengan baju kurung berwarna putih dan dipadankan tudung berwarna jingga, Erra tetap mempunyai aura tersendiri apabila ratusan peminat setia membanjiri Galeri Tudung dan Batik, DMBSB semata-mata ingin melihat kelibat artis kesayangan mereka.

Tidak ketinggalan peminat merakam gambar kenangan bersama personaliti kesayangan mereka itu.

Jelas Erra lagi, keadaan kini tidak seperti dahulu ketika dia belum mempunyai komitmen bersama keluarga menyebabkan dia semakin selektif untuk memenuhi undangan termasuk dalam bidang lakonan.

"Kalau dulu saya tidak mempunyai sebarang masalah malah akan bekerja tidak mengira masa tetapi situasi sekarang sudah berubah. Bagi tawaran berlakon juga sekarang ini tidak lagi semudah dulu.

"Saya perlu meneliti jalan cerita terlebih dahulu yang bersesuaian untuk saya malah tidak pentingkan kuantiti tetapi lebih pentingkan kualiti.

Katanya, dia juga tidak kisah jika tidak berlakon satu filem dalam tempoh satu tahun jika ia tidak menepati kualiti yang diharapkan.

Dalam pada itu, Erra memberitahu, dia juga jarang membawa anaknya ke lokasi penggambaran ataupun tempat bekerja kerana ingin anak kesayangan membesar secara normal seperti kanak-kanak lain.

"Bagi saya persekitaran kerja saya tidak sesuai untuk dia tetapi kalau sekadar sekitar Kuala Lumpur atau tempoh waktu pendek saya akan membawanya," katanya.

Demi Moore sambar Russell Brand

Posted:

Demi Moore sambar Russell Brand

Demi Moore sambar Russell Brand


DEMI MOORE


DEMI MOORE tidak perlu waktu yang lama untuk mencari kekasih baharu setelah putus cinta dengan Vito Schnabel baru-baru ini. Ini kerana wujud khabar angin yang mengatakan dia kini sedang intim dengan Russell Brand.

Tidak pasti sejauh mana kebenaran khabar tersebut namun seperti yang dilaporkan akhbar Britain, The Sun, dua bintang Hollywood itu dilihat keluar bersama ketika melawat pameran pengarah Stanley Kubrick di Los Angeles hujung minggu lalu.

Ujar sumber: "Demi Moore pertama kali bersua dengan Russell Brand sebelum sambutan Hari Krismas tahun lepas ketika mereka sama-sama menghadiri kelas yoga. Mereka telah diperkenalkan oleh seorang teman. Mereka kelihatan sangat secocok."

Demi telah bercerai dengan Ashton Kutcher pada November 2011 manakala Russell dan Katy Perry pula mengumumkan penceraian mereka pada awal tahun lepas.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved