Rabu, 4 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Terengganu: Banjir merebak ke Marang

Posted:

Terengganu: Banjir merebak ke Marang

Terengganu: Banjir merebak ke Marang

04/12/2013 10:53pm

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang tadi.

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

Katanya, di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada pukul 7 malam.

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam ini.

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang dyang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang tadi.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang tadi. - Bernama

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

Posted:

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

Banjir: Pejabat Pos di Pahang dan Terengganu ditutup

04/12/2013 10:15pm

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menutup sementara beberapa buah pejabat Pos dan pusat Pos Laju di Pahang dan Terengganu berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Pejabat Pos yang terlibat ialah di Kuantan, Balok, Air Putih, Beserah, Komtar dan UTC Kuantan di Pahang dan Jalan Air Putih, Bukit Besi dan Chukai di Terengganu.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata banjir telah juga menjejas operasi penghantaran surat Pos Malaysia.

Operasi yang terjejas ialah di Mersing, Batu Anam dan Segamat di Johor dan Bandar Pusat Jengka, Jerantut, Kuala Lipis, Pekan, Kuala Rompin, Maran, Balok, Chini, Gambang, Sungai Lembing, Nenasi dan Paloh Hinai di Pahang.

Juga terjejas ialah kawasan di Terengganu seperti Kuala Berang, Dungun, Kuala Terengganu, Cheneh, Cukai, Air Putih, Bukit Payong, Kerteh, Paka dan Sungai Tong. - Bernama

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

Posted:

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

Polis tumpaskan kumpulan curi susu bayi di pasar raya Kelantan

04/12/2013 9:18pm

GUA MUSANG - Polis menumpaskan kumpulan mencuri susu bayi berjenama di beberapa pasar raya di negeri ini selepas menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mereka ditahan di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem Semor di sini.

"Kereta yang dinaiki mereka didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.

"Mereka dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika soal siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu.

Saiful Bahri berkata, tugas mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang.

Siasatan lanjut mendapati mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved