Jumaat, 5 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

Posted:

SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

SPAD sertai operasi bersepadu musim perayaan

05/07/2013 9:35pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyertai operasi bersepadu bagi mengesan pemilik pengangkutan awam dan individu yang melanggar undang-undang ketika musim perayaan kali ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi bersepadu yang akan disertai 300 pegawai penguatkuasa itu turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi akan bermula dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dijangka berakhir dua minggu selepas itu.

"Kami akan menyertai operasi bersepadu ini di seluruh negara dan ia akan dijalankan 24 jam sehari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran SPAD 'Jangan Biarkan' di hentian teksi Mid Valley Megamall di sini hari ini. - Bernama

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

Posted:

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

Pameran Matta Sabah 2013 sasar jualan lebih RM10 juta

05/07/2013 9:34pm

KOTA KINABALU - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah 2013 menjangka meraih jualan lebih RM10 juta tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, sasaran itu boleh dicapai kerana ahli-ahli Matta menawarkan harga terbaik bagi pakej pelancongan dan produk serta perkhidmatan pelancongan baharu sejajar dengan pertumbuhan ekonomi global dan serantau.

"Kami menyasar jualan berasaskan kepada 20,000 orang (pengunjung) berbanding 15,000 tahun lepas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Pameran Matta Sabah di Suria Sabah Shopping Mall, di sini, hari ini.

Tan, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri menggesa semua ahli Matta dan peserta pelancongan lain mengekalkan kerjasama rapat dengan kerajaan bagi menangani halangan sementara semasa tempoh-tempoh mencabar.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata Sabah menetapkan sasaran kedatangan tiga juta pelancong dengan jangkaan perolehan RM5.418 bilion tahun ini.

Beliau berkata negeri itu mencatatkan kedatangan 2.84 juta pelancong dengan perolehan pelancongan kira-kira RM5.178 bilion tahun lepas. - Bernama

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

Posted:

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

Hanya 15 peratus premis perniagaan di Lembah Klang milik Bumiputera

05/07/2013 9:32pm

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata, hanya 15 peratus daripada premis perniagaan di Lembah Klang dimiliki kalangan bumiputera.

Menurutnya, ia merupakan satu angka yang sangat rendah dan kerajaan akan mencari mekanisme untuk meningkatkan pemilikan premis perniagaan di kalangan bumiputera terutama di kawasan strategik serta tumpuan pelancong.

"Bilangan bumiputera yang memiliki premis perniagaan amat kurang dan kita rasakan perlu ada satu peraturan tertentu atau dasar untuk pastikan bumiputera mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus di kompleks perniagaan yang menjadi tumpuan utama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan cawangan keempat rangkaian kedai kek dan donut House Of Mini, di Puteri Habour, Nusajaya di sini hari ini.

Ahmad berkata, beliau sendiri akan membawa perkara itu untuk dibincangkan di peringkat atasan kerana ia merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian.

Pada masa sama, beliau berharap usahawan bumiputera agar lebih berani dan agresif untuk memiliki perniagaan di lokasi strategik. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved