Jumaat, 5 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati di dalam banglo kontraktor

Posted:

Mati di dalam banglo kontraktor

Mati di dalam banglo kontraktor

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

ANGGOTA polis mengusung mayat salah seorang mangsa yang ditemui mati di dalam bilik sebuah banglo di Sibu semalam.


SIBU – Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas disyaki dipukul dengan sebatang buluh sebelum dibiarkan bergelimpangan di dalam bilik yang dicemari dengan gas memasak dalam kejadian di sebuah banglo dua tingkat di Pulau Li Hua di sini semalam.

Mayat Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan buluh tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Kejadian itu disyaki dilakukan oleh suami Yung Ming selepas dia dikatakan tidak dapat menanggung bebanan hutang dan masalah peribadi yang dihadapinya. Lelaki berusia 43 tahun itu merupakan kontraktor kelas D.

Difahamkan, selepas memukul tiga beranak itu, lelaki terbabit dikatakan cuba memukul pula anak sulung lelakinya yang berusia 17 tahun yang berada di tingkat bawah namun gagal apabila remaja tersebut dapat melarikan diri melalui tingkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebaik dapat menyelamatkan diri, remaja itu terus meminta pertolongan daripada jiran-jiran sebelum menghubungi polis. Dia kini dikatakan trauma dengan kejadian itu.

Katanya, polis yang tiba tidak lama kemudian masuk ke dalam banglo tersebut sebelum menemui mayat tiga beranak tersebut dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan sebatang buluh di dalam bilik di tingkat atas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

Posted:

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

Tauke pelacur rakyat Malaysia dijel

MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia yang didakwa memaksa wanita muda berketurunan India dari negaranya menjadi hamba seks di sebuah rumah pelacuran di Sydney, Australia dikenakan hukuman penjara enam tahun.

Australian Associated Press (AAP) melaporkan Wong Chee Mei, 39, didapati bersalah pada April lalu kerana menjalankan perniagaan pelacuran dan empat pertuduhan lain iaitu mengambil pekerja yang melanggar peraturan visa dan mengeksploitasi pekerja-pekerja itu.

Ketika menjatuhi hukuman penjara maksimum enam tahun ke atas wanita itu semalam, Hakim Deborah Sweeney berkata; "Chee Mei tidak melayan wanita berkenaan seperti manusia tetapi sebagai komoditi- mesin untuk membuat duit."

Antara 2008 dan 2009, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, telah mengambil beberapa wanita Malaysia semuanya berketurunan India dengan menguruskan kemasukan mereka ke Australia menggunakan visa pelajar.

Kesemua mereka kemudian dipaksa menjadi pelacur di sebuah rumah pelacuran Diamonds Brothel di Willoughby, Utara Sydney yang diuruskan oleh Chee Mei.

Mangsa-mangsa yang tidak tahu berbahasa Inggeris memberitahu, mereka perlu bekerja sehingga mereka selesai menjelaskan kos tambang kapal terbang, visa dan yuran kursus yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah A$5,800 atau RM18,473 seorang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu

Posted:

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu

Mayat budak lemas ditemui berpaut pada kayu


BERKIS ketika meninjau tempat Mohd. Aziz terjatuh ke dalam sungai di Kampung Jemukan Laut, Samarahan kelmarin.


SADONG JAYA - Seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Jemukan di Kampung Jemukan Laut di sini kelmarin ditemui mati lemas dalam keadaan berpaut pada sebatang kayu pagi semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 3.50 petang, Mohd. Aziz Salleh, 3, kakaknya, Fatin Nur Athirah Salleh, 5, dan seorang lagi rakan mereka bermain di atas titi di kampung tersebut.

Ibu mangsa, Berkis Kila, 37, berkata, sebelum diketahui lemas, anak kesembilan daripada sepuluh adik-beradik itu baru pulang dari tadika sebelum meminta kebenarannya untuk bermain bersama Fatin dan seorang lagi rakan mereka.

"Saya izin mereka pergi bermain kerana ingat mereka pergi bermain di tadika tidak jauh dari rumah tetapi rupa-rupanya mereka bermain di atas titi yang sungainya agak dalam," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jarak sungai dan rumah mangsa kira-kira 200 meter.

Selepas kira-kira setengah jam keluar bermain, cerita Berkis lagi, Fatin tiba-tiba pulang dalam keadaan menangis dan memberitahu adiknya terjatuh ke dalam sungai dari atas titi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved