Jumaat, 5 Julai 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Punah harapan

Posted:

Punah harapan

Punah harapan

Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my

BARISAN pemain Jerman meraikan kejayaan membenam Malaysia 6-0 pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.


IMPIAN Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 menerusi 'tiket' Liga Hoki Dunia tidak kesampaian.

Pada aksi suku akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan No. 1 dunia, Jerman apabila tewas 0-6.

Dengan kekalahan itu, hasrat Malaysia untuk menduduki kelompok tiga terbaik pada kejohanan tersebut, sekali gus layak secara automatik beraksi pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda musnah.

Kini Malaysia perlu menunggu sehingga kempen Piala Asia di Ipoh Ogos depan bagi mencongak peluang terakhir memburu tiket Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, ia bukan satu tugas mudah kerana skuad kendalian Paul Revington itu harus muncul juara Piala Asia bagi mengesahkan slot ke Belanda.

Pada aksi semalam, Jerman menguasai hampir keseluruhan permainan sementara Malaysia kelihatan lemah terutama di bahagian pertahanan.

Akibatnya, gawang Malaysia dibolosi enam gol sepanjang babak pertama.

Christopher Zeller meledak gol pembukaan Jerman menerusi pukulan sudut penalti seawal minit kelima.

Linus Butt menghadiahkan gol kedua Jerman, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelapan sebelum Mopritz Polk menambah gol ketiga hasil jaringan padang berselang dua minit kemudian.

Jerman terus berpesta gol apabila menambah tiga lagi jaringan dalam tempoh enam minit melalui Zeller pada minit ke-12 serta dua jaringan padang oleh Moritz Furste (16) dan Thilo Stralkowski (18).

Sebaik babak kedua bermula, permainan Malaysia tampak lebih baik, namun belum mampu memperoleh gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Negeri Sembilan kuasa baharu

Posted:

Negeri Sembilan kuasa baharu

Negeri Sembilan kuasa baharu


AKSI menarik yang diperagakan skuad Negeri Sembilan dalam acara renang berirama rutin kombinasi pada temasya Sukma 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.


SKUAD Negeri Sembilan berjaya mengekalkan pingat emas rutin kombinasi pada hari terakhir acara renang berirama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

Dibarisi 10 perenang cilik, Negeri Sembilan berjaya mengutip 70.40 mata, hanya 0.10 mata lebih berbanding Wilayah Persekutuan yang mendapat 70.30 mata untuk pingat perak, manakala pingat gangsa menjadi milik Pulau Pinang dengan 68.60 mata.

Kejayaan mengekalkan pingat emas itu, sekali gus menjadikan Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan acara renang berirama Sukma kali ini dengan meraih tiga pingat emas dan dua perak.

Mereka berjaya mengatasi kuasa besar acara renang berirama iaitu Selangor yang hanya memperoleh tiga pingat emas.

"Ia di luar jangkaan kerana kami hanya mensasarkan dua emas. Jadi dengan tiga emas keseluruhan (kombinasi, rutin bebas berpasukan dan rutin teknikal berpasukan), ia amat mengujakan," ujar jurulatih Negeri Sembilan, Hu Shuxia.

Pengendali dari China itu menjelaskan, beliau amat berpuas hati dan pada masa sama, terkejut dengan pencapaian yang dilakar oleh anak-anak didiknya.

"Mereka bukan saja membuat rutin yang terbaik tetapi melakukannya pada tahap maksimum.

"Segala kerja keras termasuk latihan enam kali seminggu sejak awal tahun akhirnya berbaloi apabila kami membawa pulang tujuh pingat daripada lapan acara," tambahnya.

Mempertaruhkan perenang muda berusia dalam lingkungan 11 hingga 17 tahun, Shuxia cukup yakin dengan kemampuan anak-anak didiknya itu untuk memperbaiki rekod yang dilakar pada Sukma 2011.

"Pada Sukma terdahulu, kami hanya meraih satu pingat emas. Kali ini lebih baik dan dengan potensi yang ada sekarang, saya yakin mereka akan kekal sebagai juara pada Sukma akan datang," ujarnya.

Ala Samba julang rentak Pahang

Posted:

Ala Samba julang rentak Pahang

Ala Samba julang rentak Pahang

Laporan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI, NOR AZIRAN YUNUS
dan SHANIKA ABDULLATIB
sukan@kosmo.com.my


BANGGA... Barisan pemain Pahang muncul juara sulung acara bola sepak pantai pada temasya Sukma kali ini.


PAHANG muncul juara sulung acara bola sepak pantai lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 apabila menewaskan Terengganu 6-0 pada aksi final di Pantai Morib, Banting, Selangor semalam.

Latihan 'ala Samba' selama sebulan bersama jurulatih kelab Brazil, Flamengo, Julio Cesar Franco ternyata menjadi senjata ampuh Pahang bagi menjinakkan Terengganu.

"Saya rasa begitu gembira kerana pemain-pemain telah mempamerkan kesungguhan mereka untuk menjadi juara.

"Di Brazil kami bermain dengan formasi 3-1 tetapi di sini lebih kepada 2-2. Walaupun baru sebulan bersama tetapi saya kagum kerana mereka cepat belajar dengan teknik Brazil," ujar Franco.

Difahamkan, jurulatih berusia 39 tahun itu dibawa oleh pengurus pasukan Pahang, Kamarul Arifin atas cadangan jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa sejak 5 Jun lalu.

Pingat gangsa pula diraih oleh Selangor yang menewaskan Kedah 8-6 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Terengganu mengungguli pingat emas acara bola sepak pantai wanita selepas melakar kemenangan dramatik 6-5 ke atas Sabah pada aksi final.

Percaturan jurulatih Terengganu, Abdul Jalal Abdul Wahid yang menggunakan khidmat dua pemain hoki, Aishah Zulkifli dan Nor Hazirah Hasmidi ternyata menambah kekuatan skuad kendaliannya itu.

Abdul Jalal berkata, kesukaran untuk mencari pemain yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi telah memaksanya untuk memilih kedua-dua pemain terbabit.

"Memang sukar hendak mencari pemain yang bagus, saya bernasib baik kerana dapat menggunakan khidmat mereka.

"Jadi cabaran yang saya perlu hadapi ketika latihan ialah melatih cara menendang dan mengawal bola," kata Abdul Jalal.

Tiada pingat gangsa ditawarkan kerana hanya empat pasukan yang menyertai acara bola sepak pantai wanita.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved