Jumaat, 5 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

Posted:

MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

MRSM Parit dilengkapi fasiliti pembelajaran moden

RAJA NAZRIN SHAH (dua dari kanan) dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim (kanan) berkenan bergambar dengan guru-guru MRSM Parit selepas majlis perasmian MRSM itu di Parit, Perak baru-baru ini. Turut kelihatan Mohd. Shafie (dua dari kiri) dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (tiga dari kiri).


PENDIDIKAN. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di Parit, Perak baru-baru ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, MRSM Parit yang mula beroperasi pada 21 Mei 2012 itu merupakan MRSM ketujuh di Perak dan ke-51 di negara ini.

Beliau berkata, MRSM seluas 22.28 hektar tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pembelajaran moden dan mempunyai 796 pelajar.

"MRSM Parit juga merupakan salah satu daripada 13 MRSM di negara ini yang melaksanakan program dwi-sijil iaitu gabungan kokurikulum kebangsaan dan sijil peperiksaan antarabangsa, Cambridge International General Certificate of Secondary Education kepada pelajarnya," katanya.

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara

Posted:

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara

Pasukan Boling Selangor A juara kejohanan boling penjara


PESERTA dari Pasukan Boling Selangor A bergambar bersama hadiah yang mereka menangi pada kejohanan boling antara penjara-penjara seluruh negeri di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


MERIAH. Majlis Sukan Penjara-Penjara Malaysia sekali lagi menganjurkan kejohanan boling antara penjara-penjara seluruh negeri di U-Bowl Mesra Mall Kemaman, Terengganu pada 20 hingga 22 Jun lepas.

Sebanyak 21 pasukan dari seluruh institusi penjara menyertai kejohanan itu.

Pada hari terakhir kejohanan, Pasukan Boling Selangor A dari Penjara Kajang muncul juara berganda setelah gandingan pemain Hamdan Salehuddin, Khairul Anuar Ibrahim dan Abd. Mutalib Ahmad muncul juara bagi acara tiga berpasukan manakala gandingan Mohd. Yusof Abu Bakar, Jamal Abd. Nasir Mohd Ali, Rosdee Khayim dan Ahmad Shahrin Saad muncul naib johan acara empat sepasukan dan acara berpasangan pula gandingan Wok Abd. Hamid dan Che Ahmad Fadhil Darib mendapat tempat ketiga.

Pengurus pasukan dan jurulatih pasukan itu, Ismail Zakaria serta Mohd. Zaki Shariff melahirkan rasa syukur dan gembira kerana pemain yang sama pada tahun lepas berjaya mengekalkan kemenangan keseluruhan dua tahun berturut-turut.

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ

Posted:

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ

Peragawati sambilan dinobat Ratu Kebaya KBJ


SERAMAI 16 jelitawan yang beraksi pada pentas akhir Pertandingan Ratu Kebaya Kompleks Bukit Jambul di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


JELITAWAN. Sebanyak 16 jelitawan terpilih beraksi di pentas akhir Pertandingan Ratu Kebaya Kompleks Bukit Jambul (KBJ) 2013 di pusat beli-belah itu di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Gelaran Ratu Kebaya KBJ 2013 milik peragawati sambilan, Venice Low Soo Wen, 26, yang berjaya memikat para juri semasa sesi soal jawab di hadapan kira-kira 300 pengunjung kompleks tersebut.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi Ayuni Azmi, 29, manakala pemenang ketiga, Angela Khoo Yin Yin, 20, pula turut menerima dua anugerah sampingan iaitu Ratu Kebaya Fotogenik dan Ratu Kebaya Senyuman Menawan.

Eksekutif Kanan Perhubungan Komunikasi KBJ, Mirza Hanny Munawar berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan mengetengahkan baju kebaya yang merupakan busana tradisi masyarakat Melayu dan Baba di negara ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved