Khamis, 6 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kementerian kaji penyediaan pelan tindakan alam sekitar bagi Cameron Highlands

Posted:

Kementerian kaji penyediaan pelan tindakan alam sekitar bagi Cameron Highlands

Kementerian kaji penyediaan pelan tindakan alam sekitar bagi Cameron Highlands

06/06/2013 9:56pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengkaji kemungkinan menyediakan pelan tindakan alam sekitar bagi Cameron Highlands.

Menurut kenyataan kementerian itu, langkah itu bertujuan menggariskan strategi dan pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang bagi memastikan pembangunan di daerah itu dilaksanakan dengan mengambil kira keupayaan menampung dan secara lestari selaras dengan pelan kerajaan tempatan dan negeri.

"Isu-isu yang telah digariskan untuk tindakan segera termasuk hakisan dan kelodak yang menyebabkan pencemaran sungai akibat pencerobohan tanah secara haram serta pertanian tanah tinggi tanpa melaksanakan kawalan hakisan dan kelodakan.

"Isu lain ialah pencerobohan hutan simpan kekal, pencerobohan rizab sungai serta banjir kilat," kata kenyataan itu.

Kawasan sensitif alam sekitar juga akan dikenal pasti bagi tujuan pemuliharaan serta pengurusan kawasan tadahan selain pelaksanaan program pemulihan dengan penanaman semula pokok hutan.

Kenyataan itu juga menyebut kementerian sedang mempertingkat penguatkuasaan terhadap aktiviti pembukaan tanah dan kerja-kerja tanah.

"Kementerian dan agensi penguatkuasa akan mengambil tindakan tegas bagi membendung gejala pencerobohan hutan kerajaan di daerah itu," katanya. - Bernama

Ducati perluas kehadiran jenama di Malaysia

Posted:

Ducati perluas kehadiran jenama di Malaysia

Ducati perluas kehadiran jenama di Malaysia

06/06/2013 9:49pm

KUALA LUMPUR - Next Bike Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, telah melancarkan cawangan edaran Ducati terbaharu di Sungai Buloh, hanya setahun selepas pembukaan Pusat Ducati terbesar Asia di Petaling Jaya.

Pelancaran Ducati Welly Sungai Buloh sebagai pengedar rasmi Ducati menandakan permulaan rancangan Ducati Malaysia untuk pengembangan jenama itu di Malaysia, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis itu, syarikat tersebut juga memperkenalkan edisi khas Multistrada 1200 ABS China Adventure.

Syarikat itu juga berkata, ia merancang untuk membuka beberapa bilik pameran baharu untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pemilik dan pelanggan Ducati.

"Kawasan utama yang sedang kami timbangkan ialah Hartamas, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Kuching," katanya. - Bernama

Palang hujung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh

Posted:

Palang hujung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh

Palang hujung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh

06/06/2013 8:47pm

GEORGE TOWN - Satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.

Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan.

Difahamkan terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang melalui kawasan berdekatan kawasan itu ranap ditimpa runtuhan itu.

Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat.

Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved