Khamis, 6 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jenazah pendaki Everest selamat tiba di KLIA

Posted:

Jenazah pendaki Everest selamat tiba di KLIA

Jenazah pendaki Everest selamat tiba di KLIA

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan FARHANA HANIM
MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my

VAN yang membawa jenazah Mohamad Shahrulnizam meninggalkan Terminal Kargo Penerbangan Malaysia (MAS) menuju ke Klang di KLIA, Sepang malam tadi.


SEPANG – Jenazah Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, salah seorang peserta mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp, Kathmandu, Nepal 2013 yang meninggal dunia akibat diserang penyakit akut ketinggian (AMS) selamat tiba di tanah air pada pukul 7.15 malam tadi.

Jenazah Mohamad Shahrulnizam, 25, yang meninggal dunia pada Isnin lalu diiringi oleh dua pendaki lain iaitu Muhammad Fauzan Hassan dan Mohamad Sujairi Ishak yang tiba dari Kathmandu, Nepal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH171.

Ketibaan jenazah disambut Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhamad Haitamin Ishak serta ahli keluarga mangsa.

Jenazah kemudian dibawa menaiki van diiringi kereta polis terus ke Surau An Nur, Tanjung Syawal, Sungai Pinang untuk disembahyangkan serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang malam tadi.

Pada Isnin lalu, Mohamad Shahrulnizam iaitu seorang Penolong Jurutera di PPj yang mengikuti pendakian Gunung Everest meninggal dunia akibat diserang AMS pada pukul 7.15 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Raja Azmi bakal kahwini gitaris rock

Posted:

Raja Azmi bakal kahwini gitaris rock

Raja Azmi bakal kahwini gitaris rock

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

AMPANG - Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dia bakal berkahwin dengan seorang gitaris sebuah kumpulan rock terkenal pada tahun 1990-an setelah enam bulan mengenali lelaki itu.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kekasihnya itu dan berjanji akan mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan bakal suaminya itu sekaligus mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

"Hubungan kami sudah mencecah enam bulan. Saya akan buat sidang akhbar untuk umumkan tarikh kahwin kami," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Taman Melawati di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai gitaris tersebut, penerbit filem Anu... Dalam Botol itu memberitahu, kekasihnya itu merupakan seorang duda dan sebaya dengan umurnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Laluan susur keluar Jambatan Kedua P. Pinang runtuh

Posted:

Laluan susur keluar Jambatan Kedua P. Pinang runtuh

Laluan susur keluar Jambatan Kedua P. Pinang runtuh

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my


BAHAGIAN penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Batu Maung, Pulau Pinang semalam.


BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung dekat sini runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ramp di bawah kerja-kerja pembinaan di dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

"Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok (pagi ini)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa tidak dapat memastikan sama ada terdapat kenderaan yang lalu lalang di situ terperangkap di bawah runtuhan yang berlaku berhadapan dengan kilang Motorola tersebut.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Zalali Mohamad, 30-an berkata, runtuhan itu berlaku dalam sekelip mata dan dipercayai menghempap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan di bawah kawasan pembinaan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved