Isnin, 4 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

Posted:

Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

04/03/2013 8:30pm

KOTA BHARU — Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan kesemua 26 mangsa terakhir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Tumpat, pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lapan keluarga dari kampung Simpangan.

Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur 2 sudah ditutup. — BERNAMA

Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri

Posted:

Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri

Gurauan akhir Sarjan Abd. Aziz dengan isteri

04/03/2013 8:07pm

SEMPORNA — Gurauan Sarjan Abd. Azis Sarikon yang memanggil isterinya, Siti Banddorah Mahali sebagai "bos" adalah gurauan terakhir antara pasangan itu sebelum anggota polis itu terkorban dalam kejadian serangan hendap di Kampung Simunul, di sini.

"Arwah kata, selepas ini saya kena menguruskan keluarga sendiri, sebab itu dia panggil saya bos," kata Siti Banddorah di sini hari ini.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya, di sini selepas solat Zohor. Jenazah tiba di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna kira-kira pukul 9.30 pagi.

Abd Azis, 48, yang telah berkhidmat dalam pasukan polis sejak tahun 1990 meninggalkan isteri Siti Banddorah, 39, dan empat cahaya mata Mohd. Faridzulhelmy, 18, Nurul Liyana, 15, Nurul Syazwani, 12, dan Mohammad Aiman Hakimi, 7.

Abd. Azis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah seorang daripada enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak malam Sabtu lepas di Kampung Simunul. Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam anggota kumpulan bersenjata itu terbunuh. — BERNAMA

ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan

Posted:

ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan

ATM di barisan kedua bantu kawal keselamatan

04/03/2013 7:19pm

KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri...PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.

Abdul Latif berkata, rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.

Sementara itu, di LAHAD DATU, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan, penambahan kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga keamanan di pantai timur negeri ini.

"Kami akan berkerjasama dengan polis bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved