Isnin, 4 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Anggota gabungan ada kuasa'

Posted:

'Anggota gabungan ada kuasa'

'Anggota gabungan ada kuasa'

TINGGAL KENANGAN... Annuar (kanan) tidak lagi berada dalam saf
kepimpinan FAM selepas dikenakan hukuman penggantungan selama
30 bulan daripada memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM
dan Presiden KAFA.


ANGGOTA gabungan mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapus Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memajukan sukan bola sepak negara.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, masih tidak terlalu lewat untuk ahli gabungan FAM melakukan perubahan pada artikel tersebut yang sebelum ini menyekat kebebasan bersuara anggotanya dalam mengkritik badan induk bola sepak negara itu.

"Ahli gabungan FAM menerusi kuasa kongres boleh melakukan segala perubahan termasuk menukar kepimpinan, meminda statut dan peraturan serta meluluskan apa jua usul," kata Annuar dalam laman sosial Facebook miliknya.

Beliau berkata, perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya ia mengikut proses dan prosedur yang betul.

Menurut Annuar, sudah tiba masanya untuk presiden anggota gabungan badan induk itu bermuafakat untuk menentukan hala tuju FAM seterusnya.

"Tanpa gentar atau pilih kasih, kita masih belum terlambat... biarpun lambat, lebih baik daripada tiada langsung," katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, peraturan tersebut dikuatkuasakan atas kelulusan anggota-anggota gabungan.

"Artikel ini dibuat oleh ahli gabungan, kalau perlu dikaji semula, mereka (anggota gabungan FAM) perlu tampil memberi cadangan.

"Ini kerana, peraturan itu dibuat bukan atas arahan Presiden atau Timbalan Presiden FAM, ini atas kelulusan ahli-ahli gabungan di semua negeri," titah baginda pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang.

Beberapa pemimpin bola sepak negeri dan kebangsaan sebelum ini dihukum oleh FAM kerana melanggar Artikel 88, antaranya Annuar sendiri yang dikenakan hukuman gantung selama 30 bulan daripada memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA.

Terkini, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bekas Menteri Besar Perlis, turut menjadi mangsa Artikel 88 setelah dihukum gantung dua setengah tahun dan didenda RM39,000 kerana mengkritik pentadbiran badan induk itu.

Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi mangsa hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap FAM.

Berdasarkan Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, hanya presiden dan setiausaha agung dibenarkan membuat kenyataan membabitkan skuad kebangsaan dan pengurusan FAM. - Bernama

Buruan gelaran hatrik bermula

Posted:

Buruan gelaran hatrik bermula

Buruan gelaran hatrik bermula

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) mahu meneruskan momentum kejayaan pada Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia bagi memburu gelaran hatrik Seluruh England 2013 yang membuka tirainya di Birmingham hari ini.

Sebagai rekod, Chong Wei muncul juara Terbuka Korea pada 13 Januari lalu sebelum dia mengungguli Terbuka Malaysia seminggu kemudian.

Ketiadaan seteru utamanya dari China, Lin Dan dilihat mampu memberi laluan yang mudah untuk juara edisi 2010 dan 2011 itu meraih gelaran ketiga pada kejohanan berprestij tersebut.

Chong Wei gagal meraih gelaran hatrik tahun lalu apabila dia terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika aksi final menentang Lin Dan.

Ditanya mengenai persiapan serta keyakinannya untuk beraksi di Birmingham minggu ini, Chong Wei berkata, dia akan memberikan aksi yang terbaik sepanjang kempen tersebut.

"Saya tahu Seluruh England sangat penting untuk saya tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya tetapi apa yang pasti saya akan lakukan yang terbaik.

"Undian juga telah keluar dan saya tahu siapa yang akan menjadi pencabar saya nanti.

"Jadi, saya harap segala-galanya akan berjalan dengan baik seperti pada Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia," kata Chong Wei.

Chong Wei yang akan bertemu Wong Wing Ki pada aksi pembukaan dan berkemungkinan menentang pemenang antara Wang Zhengming dari China atau Ajay Jayaram (India) dalam pusingan berikutnya.

Menurut Chong Wei, dia juga tidak boleh memandang rendah dengan pemain-pemain China yang lain biarpun Lin Dan tidak bersama mereka pada saingan kali ini.

"Setiap pemain mempunyai cara permainan yang tersendiri dan saya harus mencari cara yang terbaik untuk menewaskan pemain-pemain ini.

"Saya pun sudah membuat persiapan dan apa yang penting kekuatan mental ketika beraksi dalam gelanggang.

"Begitupun, buat masa ini saya tidak mahu fikir lagi kerana saya akan cuba menghadapi setiap lawan yang akan saya hadapi nanti," tambahnya.

Antara pemain perseorangan China yang akan beraksi pada kejohanan tersebut ialah Chen Long, Chen Jin, Du Pengyu, Zhengming, Gao Huan dan Yuekun Chen.

Ronaldo sedia jadi 'duri dalam daging'

Posted:

Ronaldo sedia jadi 'duri dalam daging'

Ronaldo sedia jadi 'duri dalam daging'

MAMPUKAH Ronaldo membantu Real Madrid menjinakkan bekas kelabnya, United dalam aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok?


MANCHESTER - Peledak berbisa Real Madrid, Cristiano Ronaldo memasang impian untuk merobek gawang Manchester United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi kedua pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi esok.

Kedua-dua pasukan sebelum ini terikat 1-1 dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu bulan lalu dan Ronaldo yang tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring dalam perlawanan itu, berazam mengulangi kecemerlangannya awal pagi esok.

"Ia satu kejayaan yang cukup bermakna jika saya berjaya menjaringkan gol di Old Trafford.

"Mungkin saya tidak akan meraikan jaringan itu, cuma saya tidak sabar berada dalam situasi sedemikian," kata Ronaldo.

Pada masa sama, dia optimis penyokong United masih menyayanginya biarpun berjaya mengekang bekas kelabnya itu daripada menyambar slot suku akhir.

"Saya yakin penyokong United masih menerima saya dengan baik. Saya menghabiskan beberapa musim yang indah bersama mereka.

"Biarpun saya menjaringkan gol, Old Trafford sentiasa mengalu-alukan kehadiran saya. Bagi saya, ia antara kenangan terindah yang pernah saya miliki apabila menyarung jersi United," kata Ronaldo.

Sementara itu, penyerang United, Wayne Rooney mengakui yang Ronaldo adalah ancaman utama kepada The Red Devils.

"Dia seorang pemain yang luar biasa. Saya pernah beraksi dengannya dan saya tahu betapa bagusnya dia.

"Dia adalah pemain yang paling saya hormati dalam pasukan mereka, sebagai seorang pemain dan juga sebagai kawan lama." - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved