Kosmo Online |
- SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini
- Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting
- Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe
SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini Posted: SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini17/02/2013 6:53pm KUALA TERENGGANU — Sistem semakan laporan polis secara online (SSO) dijangka diperkenalkan secara meluas ke seluruh negara pada pertengahan tahun ini. Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pada masa ini sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) masih dalam prototaip. "Ia masih dalam beberapa peringkat kajian terakhir sebelum ia dapat dilaksanakan pada tahun ini," katanya di sini hari ini. Mengikut sistem SSO, katanya, pengadu akan diberi satu kata laluan untuk memudahkan mereka menyemak laporan yang telah mereka buat. - BERNAMA |
Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting Posted: Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting17/02/2013 6:10pm TUMPAT — Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut ditemui lemas di Pantai Geting, di sini hari ini, sehari selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. Bustan Karudin berkata, mayat Muhamad Hazril Ab Rahim, 17, dari Kampung Laut 2 Palekbang, ditemui penduduk kampung. "Mangsa ditemui pada pukul 1.05 tengah hari tadi, tiga kilometer dari tempat dia dipercayai hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari semalam, Muhamad Hazril bersama sembilan rakan mandi di Pantai Sri Tujuh yang merupakan lokasi tumpuan pelancong. "Dua lagi rakan mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan rakan lain manakala Muhamad Hazril terus hilang," katanya. Mohd. Bustan berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari, pihaknya bersama beberapa agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam, melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. — BERNAMA |
Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe Posted: Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe17/02/2013 5:55pm GEORGETOWN — Dua lelaki ditahan polis selepas merompak sebuah kafe siber di Relau, dekat sini awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Ismail Toh Paduka Idris berkata, pada kejadian pukul 2.30 pagi itu, suspek yang berusia 25 dan 26 tahun mengarahkan kesemua pelanggan keluar dan mengacukan sepucuk pistol berbalut kain ke leher penjaga premis berkenaan serta memaksa mangsa menyerahkan wang kutipan jualan serta barangan berharga. "Sejurus mendapat maklumat dari orang awam polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang sedang berlari keluar dari premis selepas melakukan rompakan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kedua lelaki itu polis menemui semula wang tunai berjumlah RM379, dua buah telefon bimbit dan sepucuk pistol tiruan. Ismail berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang tinggal di Balik Pulau itu turut terlibat dalam kes samun di sebuah kafe lain di daerah ini menggunakan taktik serupa Jumaat lepas. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan