Ahad, 17 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini

Posted:

SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini

SSO akan diperluaskan pertengahan tahun ini

17/02/2013 6:53pm

KUALA TERENGGANU — Sistem semakan laporan polis secara online (SSO) dijangka diperkenalkan secara meluas ke seluruh negara pada pertengahan tahun ini.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pada masa ini sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) masih dalam prototaip.

"Ia masih dalam beberapa peringkat kajian terakhir sebelum ia dapat dilaksanakan pada tahun ini," katanya di sini hari ini.

Mengikut sistem SSO, katanya, pengadu akan diberi satu kata laluan untuk memudahkan mereka menyemak laporan yang telah mereka buat. - BERNAMA

Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting

Posted:

Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting

Pelajar ditemui lemas di Pantai Geting

17/02/2013 6:10pm

TUMPAT — Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut ditemui lemas di Pantai Geting, di sini hari ini, sehari selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. Bustan Karudin berkata, mayat Muhamad Hazril Ab Rahim, 17, dari Kampung Laut 2 Palekbang, ditemui penduduk kampung.

"Mangsa ditemui pada pukul 1.05 tengah hari tadi, tiga kilometer dari tempat dia dipercayai hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari semalam, Muhamad Hazril bersama sembilan rakan mandi di Pantai Sri Tujuh yang merupakan lokasi tumpuan pelancong.

"Dua lagi rakan mangsa yang hampir lemas berjaya diselamatkan rakan lain manakala Muhamad Hazril terus hilang," katanya.

Mohd. Bustan berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari, pihaknya bersama beberapa agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam, melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. — BERNAMA

Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe

Posted:

Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe

Polis tahan dua lelaki rompak siber kafe

17/02/2013 5:55pm

GEORGETOWN — Dua lelaki ditahan polis selepas merompak sebuah kafe siber di Relau, dekat sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Ismail Toh Paduka Idris berkata, pada kejadian pukul 2.30 pagi itu, suspek yang berusia 25 dan 26 tahun mengarahkan kesemua pelanggan keluar dan mengacukan sepucuk pistol berbalut kain ke leher penjaga premis berkenaan serta memaksa mangsa menyerahkan wang kutipan jualan serta barangan berharga.

"Sejurus mendapat maklumat dari orang awam polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang sedang berlari keluar dari premis selepas melakukan rompakan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap kedua lelaki itu polis menemui semula wang tunai berjumlah RM379, dua buah telefon bimbit dan sepucuk pistol tiruan.

Ismail berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang tinggal di Balik Pulau itu turut terlibat dalam kes samun di sebuah kafe lain di daerah ini menggunakan taktik serupa Jumaat lepas. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved