Ahad, 17 Februari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Askar Diraja Sulu sedia pulang

Posted:

Askar Diraja Sulu sedia pulang

Askar Diraja Sulu sedia pulang

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

HAMZA (baju merah) selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17, Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.

Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.

"Ya tetapi tidak tahu bila.

"Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik," katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bapa tukar kenduri kahwin jadi majlis kesyukuran

Posted:

Bapa tukar kenduri kahwin jadi majlis kesyukuran

Bapa tukar kenduri kahwin jadi majlis kesyukuran

Oleh NORAZLINA ISMAIL
berita@kosmo.com.my


ISMAIL bersama isteri, Salmiah menunjukkan laporan polis dan gambar Nor Azlina sambil diperhatikan oleh Nor Syamira di Taman Pekatra, Nibong Tebal semalam.


NIBONG TEBAL - Hasrat seorang bapa, Ismail Saad untuk melihat anak perempuannya bersanding semalam bukan sahaja tidak kesampaian malah, anaknya itu didakwa telah melarikan diri sejak Rabu lalu dari rumah mereka di Taman Pekatra di sini.

Menurut Ismail, 59, anaknya itu, Nor Azlina, 23, sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan majlis akad nikah yang telah diatur pada Jumaat lalu manakala majlis persandingan berlangsung semalam namun, dia didapati hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhelmi.

Lebih menyedihkan katanya, majlis persandingan untuk Nor Azlina yang sepatutnya berlangsung semalam telah bertukar menjadi majlis kenduri kesyukuran kerana majlis tersebut terpaksa diteruskan kerana segala persiapan perkahwinan termasuk jemputan kahwin dan tempahan katering sudah dibuat oleh pihak keluarga.

Antara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah saudara-mara terdekat serta rakan-rakan Nor Azlina terbabit.

Cerita Ismail, kehilangan Nor Azlina yang merupakan bekas pekerja kilang bermula pada pukul 10 pagi Rabu lalu ketika dia dan isteri tiada di rumah sementara anaknya itu tinggal di rumah bersama adiknya, Nor Syamira, 16.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gelombang ubah Kelantan

Posted:

Gelombang ubah Kelantan

Gelombang ubah Kelantan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


NAJIB menerima kain rentang bertulis perkataan Tukar bermaksud tukar kerajaan Pas Kelantan daripada Mustapa (kiri) sempena Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam mendapat sambutan hebat apabila dihadiri 15,000 anak Kelantan yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Ia menjadi lebih meriah dengan laungan dan sokongan mereka sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 4.30 petang bagi merasmikan program berkenaan.

Najib pada ucapan perasmiannya gembira menyaksikan ramai rakyat Kelantan di Lembah Klang menghadiri program tersebut sekali gus menunjukkan gelombang perubahan yang bakal melanda negeri itu.

"Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 merupakan program keempat yang saya hadiri pada hari ini (semalam) tetapi semangat saya pulih apabila tiba di Bukit Jalil kerana melihat terhimpun hampir 15,000 anak Kelantan.

"Ini menunjukkan orang Kelantan sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan mesej serta isyarat ini amat jelas," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved